Khamis, 18 Februari 2010

Kota Sepi Balakong

aku masih belum lagi tidur. jam hampir 4 pagi. aku bangun dari kusyen rotan yang dijadikan tempat tidurku.

aku berada di beranda. memandang sepi kota raya balakong. sunyi tapi tidak sepi. sekali sekala terdengar jeritan lori-lori. sekali sekala terdengar rempikan motor-motor dan sekali sekala terdengar suara-suara manusia.

balakong adalah satu perlabuhan sepi. seri jasa satu persinggahan yang penuh memori. satu memori yang penuh sepi.

" asal ko tidur lagi mat? esok ko nak berkonvokan? " terdengar satu suara. entah siapa.

" entah laa. aku takleh tidur. mungkin sebab beralih tempat tidur kot " aku kasi penjelasan

aku diam. dia diam. balakong juga diam.

kediaman kami merupakan satu keindahan.

" aku rindu kat balakong. aku rindu suasana malam. lepak kat beranda, merasai atasnya atas. kita boleh tengok semua. kita boleh tengok orang buat apa, kita boleh tengok apa yang kita nak tengok. kita jerit kat sini, kita makan, kita isap rokok, kita bina harapan, kita ketawa. " aku berkata-kata

diam. kami diam lagi. balakong juga diam.

" ko lonely ke mat? " dia bersuara

aku diam. dia diam. balakong gelak.

" esok rasanya tak ada orang nak kasi aku bunga. ha ha ha.."

aku gelak. dia diam. balakong gelak.

aku diam. dia diam. dan balakong terus gelak.

Tiada ulasan: