1. aku dah start bersenam, jogging dan main angkat berat. ini semua semangat dari video amer khan yang di terrarosa hantar. kagum gak aku sama amer khan, umur kat 50 baru start kasi bina badan. panas tul aku sama dia.
2. masa aku borak sama sorang mamat kat gim kuala terengganu, katanya ramai star-star bina badan start lewat. malek nor katanya start umur 25, brader sazali start masa umur 26/27/28 gitu laa dan aku start umur 31. aku rasa ini masa sesuai untuk kau dan aku.
3. sebenarnya aku dah mula main angkat berat pada tahun 2002/03 kalau tak silap. sebab kerja belia dan sukan maka secara auto semua gimnasium hak kerajaan aku boleh masuk free. so sebab bende free maka aku start main kat gim area pasir panjang kuala terengganu. tapi aku tak ada niat langsung nak bina badan. saja nak kasi perut ada bidang sikit.
4. sepatutnya setiap sekolah perlu ada gim. sekurang-kurangnya atlit peringkat sekolah boleh berlatih dalam gim. rasanya masa aku main untuk sekolah dulu banyak latihan kat padang. sebab tu sukan malaysia tak maju aku rasa. atlit peringkat akar umbi tidak didedahkan dengan pelbagai latihan kardio dan sebagainya.
5. salah satu sebab mengapa gim tak ada kat sekolah ialah sebab kos beli peralatan gim mahal tak patut. salah satu sebab mahal ialah permintaan yang kurang. cuba bayangkan pemintaan banyak. mesti murah macam sim kad.
6. tolong kasi aku 4 bulan untuk kasi perut kasi bidang. aku rindukan zaman perut kempis tak patut masa dulu...
ps : ada senamrobik free pagi jumaat kat taman awam batu buruk, kuala terengganu.
1 ulasan:
hoh aok target 4 bulan ?
peh Adam Khoo dgn Irfan Khairi memang sukalah kalau kita war - warkan azam baru dekat orang ramai,
deme kata buleh jadi tekanan yang positif untuk mencapai sesuatu azam,
keh keh keh....
jadi tak jadi, kita sama - sama tengok siapa yang kena !
Catat Ulasan