Rabu, 12 Ogos 2009

Kembara Seniman Jalanan Gua Musang

Gua Musang bukan jenis daerah yang boleh di pandang serong sekarang. Kalau dulu bila sebut Gua Musang aku rasa macam nak menangis jee. Nak menyampai ke Gua Musang dulu dari Kuala Lipis mesti muntah seround dua. Mak aku kalau nak balik Kota Bharu memang dah standby pelbagai jenis plastik sama coklat hacks dari rumah.

Dulu orang-orang gomen mesti cuak bila dengar nama Gua Musang. Daerah Hulu biasanya sinonim dengan pegawai-pegawai gomen yang bermasalah. Aku pun tak tahu pasal. Kalau nak buang daerah pun nama Gua Musang mesti top up.

Tapi Gua Musang sekarang dah lain macam. Gua Musang kira satu daerah yang cukup strategik bagi aku. Dari Gua Musang nak ke Kuala Terengganu perjalanan ada dalam 2 jam. Dari Gua Musang ke Kota Bharu pun dalam 2 jam jugak. Dari Gua Musang ke Cameron Highlands dalam 1 jam setengah je. Dari situ nak ke Ipoh pulak boleh pergi dalam 2 jam kalau tak silap aku. Kuala Lipis ke KL ada dalam 3 jam dan aku kira-kira dari Gua Musang ke KL ada dalam 5 jam kalau bawak kancil. amacam? Lu orang panas tak?

Aku memang panas sekarang ni. Lagi panas bila orang Gua Musang pergi Cameron Highlands balik hari. Macam pergi Mydin pulak bunyinya. Aku bukan apa Cameron Highlands bila orang sebut aku sensitif sikit. Feeling minum teh kat atas sana lain macam sikit. Seminggu sekali takpe pergi sana.

Aku tengah simpan cita-cita untuk duduk Gua Musang satu hari nanti. Balik lipis boleh naik keretapi. Aku pikir boleh dah kerajaan Malaysia buat satu jalan keretapi dari Gua Musang ke Kuala Terengganu lalu Tasek Kenyir.

notakaki : Tadi pun gua dah Need For Speed Undercover dari Kuala Lipis Ke Kuala Berang dalam 3 jam setengah naik kereta. Kalau ada jalan keretapi mungkin dalam 2 jam. Amacam Menteri Pengangkutan?

2 ulasan:

paiseh berkata...

mana lagi kodi.. gua mesang ke kole berang??

TUPAI berkata...

Mamat....

Sebab itulah aku suka kerja kat gua musang...sampai pencen pun aku suka....orang kata gua musang hulu lah.....salah tu mamat.....itu kalau 20 tahun dulu bolehlah kata cam tu.....sekarang, aku rasa gua musang ni baik dari kota bharu atau kuala terengganu...sebab jarak nak pergi ke bandar utama di semenanjung malaysia ni dekat jer....Ke Kuala Lumpur hanya 4-5 jam jer...ke ipoh? lagi dekat....3 jam dah sampai...

gua musang semuanya ok....
suasana ok....
masyarakatnya yang prihatin....
cuma tiada bangunan pencakar langit....tapi tak jadi masalah.....kalau nak tinggi, ada bukit batu kapur yang menjadi mercu tanda gua musang.....

aku sokong diaadakan keretapi ke hulu terengganu melalui tasik kenyir.....at least boleh jugak skali-skalaa aku pergi pekena nasi ikan sungai kat kampung Gaung tu....