Khamis, 27 Ogos 2009

Selamat merdeka kanak-kanak bermain riang!

ini gambar abah aku dan gengnya sebelum satu operasi memburu komunis di Miri Sarawak pada tahun 1974. kalau balik lipis cerita hal ini sekali sekala memang sedap mendengarnya. kekadang macam cerita Rambo ada jugak dia punya suspen sikit-sikit.

kamu mempunyai 2 ekor lembu yang menjadi hak kamu. kerajaan mengambil kedua-dua ekor lembu kamu itu dan kerajaan hanya memberi kamu sedikit susu daripada lembu kamu itu. dan kerajaan kamu itu adalah kerajaan yang komunis sifat ekonominya. kamu bangga dengan idea komunis kamu?

ada satu tahun selepas merdeka. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau nama glamernya HAMKA telah ditangkap dan dipenjara oleh kerajaan Sukarno selama 3 tahun kerana didakwa terlibat dalam cubaan membunuh Sukarno dan dikatakan mendapat peruntukan daripada Perdana Menteri Malaysia Tunku Abd Rahman setika itu. rasanya semua tahu bahawa HAMKA di tahan kerana tidak bersetuju dengan tindakan Sukarno untuk mengabungkan Nasionalisme, Agama dan Komunis( NASAKOM) sebagai satu idealogi negara. dan rasanya semua tahu bahawa pada masa itu Sukarno begitu kamceng sama Komunis Indonesia.

kenapa Islam macam ada hal sama komunis? rasanya semua penganut Islam dalam dunia ini macam bermasalah dengan komunis. betul tak? try tgk patani satu ketika dulu. selain daripada kerajaan thailand sendiri mereka memang banyak hal sama komunis.

tapi ada jugak geng-geng komunis cuma menyamakan tentang hasrat dan idea komunis itu adalah selari dengan islam. sebagai contohnya, Islam dan Komunis itu sama-sama anti kapitalis dan Islam dan komunis mahukan manusia hidup tanpa kelas sosial. bagaimana Islam dan komunis itu sama sedangkan asas komunis itu menidakan pekara-perkara yang ghaib? sila baca buku Engel kalau tak percaya. tajuk tak ingat.

so, bersyukurlah pada tuhan kerana hidup aman damai dalam Negara Malaysia ini. cuma sedih dengan sesetengah pihak dan anak muda yang cukup bangga dengan sejarah komunis dan keinteletualan kiri dan anti kapitalis mereka. walau bagaimanapun aku mengucapkan tahniah kepada mereka dan idea-idea intelek mereka. semoga mereka mencapai kesejahteraan dalam hidup mereka.

selamat merdeka abah!
selamat merdeka mak!
selamat merdeka nenek!
selamat merdeka melayu!
selamat merdeka cina!
selamat merdeka india!
selamat merdeka orang muda!
selamat merdeka orang tua!
kanak-kanak bermain riang! selamat merdeka juga!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

merdeka bile time 31 Ogos.. Bile time pilihan raya slogan nye MAU DUIT KA?
heheheh..

bagus la ko dah bole rase "darah patriot"..
ada betul and ada tak berape betulnye bile sebut pasal komunis nih..
tak kan lu tak pernah dgr, pak cik2 PPH kat tempat lu blaja dulu bercerite? tu belum doirang buka cerita pasal trajedi MEMALI, UP yang korup dan sebagai nye..
yang pasti, jangan terlalu mudah dikaburi dengan bende2 yang kite sendiri pun tak pasti..
SEJARAH pun dah bole 'di atur' apatah lagi cerita mulut ke mulut..

Ape guna merdeka 52 tahun kalo aku nak tengok blog ko pun kat CC and ofis je...
heheheh..

selamat berpose! yang lama2 tu jgn lupe ganti! wuahahah!

en_me berkata...

moga moga negara akan tetap aman damai sentosa sejahtera sentiasa.. n salamm ramadhan abang ammosham ittewww

Pok Li berkata...

salam merdeka

Jorji berkata...

merdeka itu cuti.

Shidah berkata...

Eh mat..ayah shidah pun berjaga kat sarawak gak time 2..
ayah ko PPH ke polis bandar..