Ahad, 16 Ogos 2009

How Soon Is Now?

Hari ini 16 Ogos 2009 genap 8 tahun gua berada di Negeri Terengganu. macam tak percaya. gua macam mimpi pulak rasanya. sedar tak sedar gua dah 8 kali sambut merdeka kat Terengganu. selalunya gua sambut merdeka kat Kuala Lumpur Kota Metropolitan tak pun kat Karnival Lipis.

Pada hari ini pada tahun 2001, gua datang sini dengan jiwa yang tak berperasaan sangat. perasaan sedih memang tak ada langsung masa gua blah dari KL hari tu. hati gua cuma syok giler bila pikir hal-hal pantai. gua tak ingat sape yang hantar gua ke puduraya pada malam 15 Ogos 2009. gua pikir member gua ajuba kot yang menghantar gua tak pun member yang bawak kereta honda ayah dia.

Gua sampai ke Stesyen Bas Tanjung pagi dengan berbekal satu beg deuter yang ada 3 helai baju kerja, 2 helai seluar kerja, pelbagai jenis baju, 7 -8 helai seluar dalam, sepasang kasut kerja bundle, satu tali leher mrsm pdrm, sehelai baju sejuk hardcore, walkman dan 4-5 kaset dubb. Tilam sama bantal gua tak pikir langsung masa tu. tak tahu laa pasal. boleh dikatakan gua turun Kuala Terengganu dengan ilmu hardcore di dada dan sebatang kara. sedara mara memang tak ada langsung kat sini.

Gua sampai stesyen bas tanjung pagi giler. ada dalam kul 5.30 pagi rasanya. sebab dah biasa tidur kat stesyen bas maka gua tak kisah sangat tidur situ. sampai jee gua terus cari kawasan tidur sebelum menanti hari pagi.

Lepas mandi gua cari tempat makan situ. gua cari satu kedai makan dan order nasik lemak. tapi makcik tu hantar satu nasik lemak ada ikan aya. gua sound makcik tu yang gua mintak nasik lemak yang ada ikan bilis tapi makcik tu sound balik yang ini nasik lemak terengganu. sejak daripada itu gua redha jee makan nasik lemak ikan aya.

Pagi tu gua mencari wisma persekutuan. gua kena lapor diri situ. hasil pertanyaan dengan orang ramai, diaorang cakap wisma persekutuan tak jauh mana dari situ. ada dalam 3 atau 4 km. bagi gua setakat 5 km gua boleh berjalan macam biasa. masa duduk KL gua pernah menapak dari Puduraya ke Central Market dan terus ke Pertama Kompleks dengan tak ada perasaan apa-apa.

Tapi sebab gua pakai kasut kulit maka gua ambik keputusan naik teksi. memang dekat tak patut tapi gua kasi RM5 ke pakcik teksi tu. dengan beg deuter yang besar, pakaian masuk pejabat dan bertali leher, gua pergi melapor diri. tiap-tiap tahun bila gua pikir hal ini balik gua rasa nak bakar jee beg deuter gua tu.

Bersambung ( siri ni ada 15 siri)

ps: Beg deuter tu sekarang ada kat member gua zaidi muda. dia beli sebab masa tu gua nak pakai duit pergi mana gua tak ingat. Takpe satu hari nanti gua pajak balik beg tu.

5 ulasan:

Pok Li berkata...

Cerita sedih sob sob sob.

fizzahyahiya berkata...

la.. dah tua dah aok ni rupanya.. keh ingatkan baya keh je..

paiseh berkata...

beg deuter?? jual bundle kat kole berang pun market tinggi lagi tu..!!

TUPAI berkata...

mamat....
aku perasan ngko mula2 lapor diri...org opis baru balik di stadium ada seorang mamat ada dalam opis.....mamat, masa tu mu "lapor diri" kat budak praktikal......lepas lapor diri ngko dihantar ke kemaman plak mamat......

Jorji berkata...

lu ni..citer pergi terengganu pun nak buat sedih macam merantau ke columbia!

wakakaka