Rabu, 4 Mac 2009

tolong jangan makan kuaci bila tengok bola...

15 minit terakhir aku hilang fokus. sibuk tengok penyokong kelantan sama penyokong selangor bergaduh kat sebelah kiri dan sebelah kanan. aku syak masing-masing meraikan 'sense of belonging' yang ada dalam jiwa masing-masing.

masa tu kelantan dah kena 2 - 0 sama selangor. para penyokong yang sedang gembira dan sedang marah masing-masing baling botol air antara satu sama lain. perasaan sentimental memang tak wujud masa tu. walaupun hujan lebat petang sebelum perlawanan, suasana memang panas masa tu. 27 darjah celcius.

kekadang aku pikir salah satu sebab mengapa penyokong di malaysia tak 'cool' sebab dalam stadium suhu dia memang tinggi. itu belum kira para penyokong yang makan kuaci dalam stadium. lagi panas bila ada orang isap rokok. kalau ikut aku memang aku dah panas.

tapi buat apa nak rasa panas dengan kawan yang meminati satu team yang sama? takkan aku nak suruh brader yang hisap rokok depan aku supaya isap rokok jauh-jauh. lagi satu takkan aku nak suruh pakcik-makcik-adik-kakok yang duduk belakang aku yang begitu semangat makan kuaci supaya membuang sisa kuaci dalam kocek mereka dan selepas tu buang dalam tong sampah yang disediakan diluar stadium. perlukan aku menjadi orang yang sivik?

aku SETUJU dengan kata fredie dalam blog dia tentang 'skill' para penyokong malaysia dan pasukan-pasukan negeri yang ada. kita lebih sibuk kutuk pengadil, kutuk pemain yang terlepas peluang, sibuk kutuk penjaga garisan yang angkat bendera, sibuk itu dan sibuk ini.

stadium penuh sebab team kita main sedap. tak pun sebab team kita berada di kelompok teratas liga. korang tgk pasukan pahang. duduk no 2 last.try korang pergi stadium darul makmur tengok. berapa kerat yang ada. mana patriotiknya orang pahang? bukan cerita pahang jee, tapi satu malaysia. team sedap main, orang mesti ramai. try tengok pasukan terbawah epl. cikai macam mana pun kedudukan diorang stadium tetap penuh tak patut.

aku rasa penyokong kita kena sedap dulu sebelum kita dapat team yang sedap...


ps: gambar pakcik aku yang sanggup turun dari melaka. kelihatan dalam gambar beberapa pemuda yang sedang main sms semasa tengok bola. pehh, nasib baik tak bawak laptop...

4 ulasan:

Pyanhabib berkata...

alamak, terlepas!
(sedap tengok bola!)

Gen Mayhem berkata...

hahaha..
aku penah tgk bola depan aku kapel sedang bergaduh..

Freddie berkata...

bila mau join kitorg sembang bola kat www.harimaumalaya.com?

bukan la sembang bola sangat,sejak red warrior dgn red giant army bergaduh haritu masing2 tuduh siapa paling monyet antara diorg.kelakar pulak tengok sebab diorgla sebnarnya lebih mirip dengan monyet.

PKMPL berkata...

bola bisa enak klu ditambah dengan coke dn sekotak roko serta koci matahari!

penyokong bola kampong !