Jumaat, 10 April 2009

Please, Please, Please Let Me Get What I Want


kepada pengusaha-pengusaha atau usahawan kapitalis yang prihatin,

tuan kapitalis yang mulia,

adalah saya ingin memohon pihak tuan agar dapat membuka satu kedai buku yang benar-benar kedai buku di Kuala Terengganu. adalah malangnya negeri yang dipenuhi manusia yang ulul albab ini tidak mempunyai satu kedai buku yang betul-betul kedai buku.

pustaka seri intan, kedai segala kedai buku yang ada di Terengganu ini merupakan satu kedai buku yang poser dan tidak true. ia bukan kedai buku tapi kedai menjual alat-alat pejabat termasuk pen lamy, parker dan nikko. saya juga confused sama ada pustaka seri intan ni kedai buku atau kedai menjual alat tulis atau kedai menjual pen-pen mahal. yang lebih malang setiap buku yang dijual telah dibalut dengan plastik sehingga ia menimbulkan tanda tanya saya sama ada kedai buku ini mahu menjual buku atau buku bersama pembalut plastik.

tuan penyokong dasar ekonomi bebas yang disayangi,

kedai buku popular yang ada di mesra mall juga tidak mesra pengguna. baru-baru ini dengan harapan dan perasaan DEB dalam jiwa ini saya telah ke kedai buku Popular untuk mencari beberapa buku yang mahu dibaca. antara buku yang mahu dicari ialah buku yang berjudul The Kite Runner karangan Khaled Hosseini. buku ini dah lama dah. tahun 2003 lagi dah keluar. tapi memandangkan pada masa itu saya tidak dapat berbahasa english dengan baik dan setelah sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris maka pada tahun 2009 inilah baru saya dapat membaca novel-novel dan surat khabar dalam bahasa english. terima kasih kepada kerajaan Malaysia.tapi malangnya kedai buku ini tidak menjual buku yang saya cari. saya merasa sangat sedih lalu semasa pulang saya singgah di kedai McD yang dah lama dibuka di Kerteh, Kemaman.

sahabat setia Adam Smith,

saya mohon jika kedai buku MPH dibuka di Kuala Terengganu. semasa di subang parade, subang jaya kedai buku MPH disitu betul-betul buat saya rasa kagum. kalau boleh semua buku saya nak beli. siap ada sale pulak tu. tetapi disebabkan duit gaji saya juga digunakan untuk beli lampin anak-anak maka saya memasang cita-cita untuk kembali ke sini semula bila dapat bonus nanti. harap bonus tahun ini lebih banyak dari tahun sebelumnya. mungkin keuntungan petronas yang dimiliknegarakan oleh kerajaan boleh buat bayar bonus kepada pegawai dan kakitangan kerajaan pulak. mungkin tahun ini bonus sampai 5 bulan gaji.

saya meminta maaf jika pemintaan saya ini melampau. buku Kite Runner ini pun dicari selepas menonton filem Slumdog Millionaire. Kata orang filem jika saya menyukai movie ini maka saya juga akan menyukai The Kite Runner movie. saya tak tahu pun apa-apa sebelum ini dan saya sangat malu sebab saya baru tahu tentang hal ini. Ia umpama peminat bolasepak Kelantan yang tak tahu bahawa Peter Butler yang menjadi jurulatih kelantan sekarang pernah main dengan West Ham United dulu-dulu. Sebab tue Kelantan sedap main dan sebab tu penyokong kelantan mengamuk bila kalah. Oh ya tuan kapitalis, tolong bina satu stadium baru di Kelantan. Please, Please, Please Let Me Get What I Want...

ps: i love u kapitalisme! Harapan baru orang muda di Kuala Terengganu (Panggung Wayang dan sebuah kedai buku yang benar-benar kedai buku)

8 ulasan:

Cg berkata...

library?


http://chronicgerillagallery.blogspot.com/

Penanam Sayur berkata...

soalan soalan di bawah sudah terjawab?

Tanpa Nama berkata...

apa saja tekanan lah kau di Terengganu tu

kamarul arifin berkata...

slumdog mmg style.patut pembuat filem mesia berfikir sikit..

Jorji berkata...

wakaka..aku faham perasaan kau tu.
dulu aku pernah melaluinya.

nway,gunakanlah pesanan melalui internet,nanti dia pos ke rumah terus.

tapi sebelum tu,cuba dulu maktab adabi gaya pos.kalau sampai surat anda,maknanya,pos KT boleh dipercayai. :P

kite runner best!

Pok Li berkata...

Beli buku tak kira tajuk ghitewww.

en_me berkata...

ghiteww larr fulakkks..

toke sayur berkata...

tak semua buku yang kita nak boleh dapat di kedai buku.ada berjuta2 buku di dunia nih

cara yg elok dikenali sebagai Purchase online...gunakan kemudahan itu!