Isnin, 6 April 2009

sedang sibuk memikirkan tentang perkara-perkara dibawah. akan menulis setelah semua persoalan ini dijawab.

1. Adakah kita mahu bangsa melayu menjunjung nilai-nilai kebudayaan dagangan yang meruntuhkan akhlak dan mementingkan keuntungan diri serta membelakangkan kesejahteraan ramai?

2. Adakah kita mahukan sebuah bangsa melayu yang terus diselaputi oleh pengaruh feudal yang memupuk perasaan takut walaupun demi kebenaran, semangat menyerah, jiwa hamba serta sikap pak turut?

3. Adakah kita mahukan sebuah bangsa melayu yang membiarkan agama dicemar oleh golongan yang mahu memperalatkannya untuk kepentingan diri atau untuk menahan arus perubahan serta kebebasan?

4. Adakah kita mahu melanjutkan struktur serta nilai ekonomi, politik dan agama yang menimbulkan ketegangan serta pertentangan kaum dan mengancam perpaduan nasional?

5. Siapa yang begitu hina sehingga mahu hidup sebagai hamba? - Marcus Junius Brutus

6 ulasan:

Gen Mayhem berkata...

Perubahan akan tetap berlaku mengikut arus. Sesuatu yang ditakuti itu akan datang tanpa dapat dihalang. Kita tidak mampu menjadi penyelamat dunia tetapi mampu menjadi penyelamat diri.

Jorji berkata...

terlalu banyak persoalan utk suatu kaum juga bukan satu petanda elok.

stam berkata...

Apex, ada banyak lagi persoalan yang jauh lebih besar dan penting untuk difikirkan

antaranya:

kenapa aku takde makwe lagi

etPichan berkata...

hampeh Otam..aku igt apa mender la isu yg lebih besar tuh!!!tergelak pulak aku..

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

satu gagasan yang hebat tu... abe li ada d rumah daaaaa balik dari tengok bulan naik di bkt gantang

Tanpa Nama berkata...

salam sham.. pekabo...
berpuluh taun xjumpe mende tah cite... jd cekgu dh ke skang ni