" kita harus memahami bahawa era kerajaan yang bertindak mengawal secara keterlaluan dan mengamalkan sikap " kerajaan lebih mengetahui" (goverment know better) sudah berlalu...kepada rakyat Malaysia terimalah cabaran saya...terutamanya golongan muda..untuk bersama-sama memadu tenaga kearah pembaharuan negara.." PM - Najib Tun Razak
kata-kata PM tempoh hari buat gua banyak berpikir tentang negara. ya, tentang negara dan kerajaan. dua konsep dan teori politik yang bertahan sehingga kehari ini.
sudah tiba masanya untuk kita memikirkan sesuatu perkara yang serius sekarang. lupakan tentang filem-filem sedih, serius dan seram yang menghantui hidup kita. lupakan pelbagai teori-teori dan hipotesis gampang yang membebankan minda seperti teori RAHMAN, teori keynes serta pelbagai teori dalam subjek kimia dan juga fizik.lupakan bolasepak. liga juara-juara tiada makna tanpa liverpool dan piala FA buatan Malaysia tiada makna tanpa Kelantan.
sebenarnya kalau ikut cakap orang dulu-dulu, kerajaan dan negara adalah dua entiti yang berasingan. kalau tak ada kerajaan dalam negara pun takpe tapi negara perlukan kerajaan untuk menjalankan kerja-kerja bagi pihak negara.
sebab pentingnya kerajaan dalam negara maka kita akan melihat betapa seriusnya orang bercakap pasal pembentukan kerajaan dalam negara. bende ni boleh buat orang mati dengan tragedi-tragedi.
orang muda dan muda mudi pada hari ini tak melepaskan peluang untuk bercakap dan menyoal jawab tentang perkara-perkara ini. kebanyakan daripada mereka ini mempunyai nilai bangkangan yang sangat tinggi. boleh kata apa yang kerajaan buat semua benda tak betul. tapi kita tak boleh nak salahkan mereka. mungkin mereka melihat sesuatu perkara mungkin berdasarkan persepsi, pengetahuan dan juga pengalaman-pengalaman mereka.
realitinya depa tak boleh dipersalahkan...
adakah ini kerana tiada komunikasi antara orang muda dan kerajaan? mungkin tiada tempat untuk anak muda menyampaikan rasa tidak puas hati mereka? mungkin kerana terlalu lama 'pihak kerajaan' mengawal mereka sehingga mereka lemas dan bila munculnya sistem teknologi seperti sms dan laman web maka mereka melepaskan segala-segalanya?
kekadang aku pikir sikap kebangkangan anak muda hari ini merupakan satu perkara yang sementara. macam mamat hardcore straightedge yang pangkah tangan sambil bercakap dan menjerit " tidak merokok, tidak ambik dadah dan tidak sex bebas " tapi 3 tahun kemudiannya dia kaki gudang garam.
sudahlah, sudah tiba masanya untuk anak-anak muda mengumpul duit untuk ke afrika selatan pada tahun 2010. aku dengar cerita dari seorang mamat otai yang jadi teman borak dan makan pada waktu pagi aku di hulu terengganu, katanya pada tahun 1982 masa piala dunia kat spain, pihak kerajaan ada kutip duit seringgit sorang untuk kasi ada siaran langsung kat TV.
sebab bola punya pasal maka ramailah rakyat malaysia menderma dan dikatakan lebihan derma tu banyak lagi. aku syak sebab tu sampai tahun 2008 tak bunyi orang kerajaan mintak duit nak buat live kat tv lagi. terima kasih kepada rakyat malaysia pada tahun 1982 yang kasi derma, sebab anda kitaorang dapat tengok siaran langsung bolasepak sampai sekarang.
habis kita nak sumbang apa agar anak-anak-cucu-cucu kita ucap terima kasih pada kita 30 tahun akan datang?
5 ulasan:
Sewaktu anak lelaki saya berumur 10 tahun,dia pernah tanya soalan,kenapa kerajaan boleh adakan kempen anti dadah dan tak nak rokok tapi tak pernah buat kempen menutup aurat....
Skrg dia dah 17 tahun,dia selalu kritik penampilan saya,pakai lipstik pun saya ditegur.Saya tak salahkan dia kerana dia merujuk pada buku2 agama.Saya kena rasional,jika ianya baik maka apa salahnya saya ikut,walaupun saya yang melahirkannya.
Begitu juga dengan kerajaan,sepatutnya kerajaan perlu mendengar pandangan dari rakyat,jika ianya memberi kebaikan kepada semua tak ada salahnya ia di laksanakan.Cumanya berbagai pandangan/cadangan yang di lontarkan,berbagai alasan pula sebagai jawapan...
Salam,
Dasar pendekatan kerajaan kepada rakyat termasuklah belia2 ni seperti yang kita tahu adalah melalui program2 kemasyarakatan,kebudayaan,kerohanian dan sebagainya.Dan yang pasti kita tahu perlaksanaan program2 seperti ini adalah melalui jabatan2 kerajaan yang diwujudkan bagi memudahkan urusan rakyat untuk meminta bantuan dari kerajaan.Mana mungkin seorang pemimpin tertinggi satu2 kerajaan mampu meluangkan masa sekali sebulan dengan semua rakyat yang sentiasa membangkang.Dan saya melihat itulah gunanya dan perlunya setiap jabatan2 yang diwujudkan tidak terlalu mengamalkan birokrasi yang keterlaluan,terutamanya semua jabatan yang bernaung dibawah Kementerian Belia dan Sukan.Kalaulah semua pegawai di pejabat belia dan sukan daerah sama seperti Pegawai di Hulu Terenganu,saya percaya matlamat dan sikap mesra kerajaan pasti sampai kepada rakyat.Tapi adakah semua pegawai kerajaan menyokong kerajaan?
Percaya atau tidak tuan,saya pernah ke satu jabatan kerajaan untuk membuat kad pengenalan.Kebetulan waktu tu baru lepas pilihanraya.Kerenah pegawai disitu memualkan saya selepas dia memarahi seorang lelaki tua.Lepas tu lelaki tua itu duduk sebelah saya.Katanya:"Ingatkan undi BN senang belake,rupanye payoh juge,dahlah pegawai ek nk mapuh"(dalam bahasa trg).Kebetulan pada waktu itu ada seorang kawan saya disitu dan saya tanye siapa pegawai tu,cerita punye cerita,org kuat PKR rupanya.
Yang busuk nama..tetap kerajaan.Perkara sekecil ini pun saya percaya mampu membuatkan org benci dengan kerajaan sebenarnya.
Apa yang ingin saya sampaikan,mana mungkin kerajaan mampu menangani hal sekecil ini melainkan harapan dan amanah yang digalas oleh pegawai2 dan pekerja2 kerajaan yang dilantik untuk melaksanakan tanggungjawab membantu kerajaan untuk merealisasikan impian rakyat.
Setakat pernyataan dasar dan sekadar ingin meakar sejarah tetapi usaha yang besungguh-sungguh tidak disusuli. Pembntukan satu masyarakt yang bebar-benar berpenghayatan Islam akan gagal. Keamaman dan kebahagian yang kala hanya melalui cara hidup Islam.
mannmusa.blogspot.com
tak payah kata nk pg afrika2010 la suruh diorang selengarakan padang kt malaysia ni bg elok dulu ni tak masih main macam budak 10 tahun brgelumang dgn lecah bodoh......
hmmm..
Catat Ulasan