Rabu, 1 April 2009

" saya Jamil Md Shah, saya Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji wahab, saya Lans Koperal 7186 Jidin bin Umar, saya 10533 Osman bin Yusof....."

aku menangis bila selesai menonton the curious case of benjamin button. situasi sama bila menonton forrest gump satu ketika dulu. tak cerita lagi pasal menangis tonton cerita hindustan waktu petang jumaat sama mak aku.

tak tahu berapa banyak filem yang membuatkan aku menangis. setiap kali ada babak sedih aku akan gerenti menangis. salah satu filem melayu yang buat aku menangis ialah cerita bukit kepong. cerita perang tapi jiwa dan sentimental di akhir ceritanya buat aku menangis dan rasa benci giler pada komunis.

lepas tengok bukit kepong aku rasa benci sama komunis masa kecik dulu. dalam pikiran aku komunis tu mesti cina, mata sepet dan tak ada agama. tapi bila dah besar sikit dan cerdik sedikit aku dah mula paham dengan penghayatan kepada fahaman-fahaman ideologi manusia.

buku manusia dan islam tulisan dr. harun din dan rakan-rakannya dari UKM merupakan satu buku yang aku baca sejak kecik hingga sekarang. dulu buku tu merupakan satu buku yang dibuat dengan kerjasama UKM dan PDRM (masa hanif omar kalau tak silap aku)dan sebagai anggota polis abah aku diwajibkan beli buku tue. aku tak ingat tahun berapa buku itu dikeluarkan tapi aku dah start baca buku tue dan ada satu bab tentang perbezaan ideologi-ideologi ciptaan manusia dengan islam terutamanya komunisme dan sosiolisme yang aku betul-betul baca.

yang aku mengerti komunis bukan ideologi tetapi satu jenis bentuk pelaksanaan ekonomi. begitu juga dengan sosiolisme dan begitu juga dengan kapitalisme. aku mula terpikir bahawa adakah kehidupan ini hanya kerana ekonomi semata-mata? adakah semua aliran pemikiran sama ada kiri dan kanan melihat ekonomi sebagai satu pencapaian utama dalam hidup manusia?

dalam tahun 1971 seorang mamat bernama tadd fisher ada menulis dalam bukunya yang bertajuk " dunia kita yang sesak ", dia mengatakan kebimbangannya bahawa dunia pada tahun 2000 merupakan satu dunia yang sesak, 2 per 3 manusia akan hidup dalam kemiskinan dan sering kelaparan dan dia juga bimbang bahawa sumber-sumber yang terhad yang ada di dalam muka bumi ini seperti tidak dapat menampung sejumlah manusia yang ramai pada tahun 2000.

manusia yang ramai, ideologi yang mengelirukan dan filem-filem yang menyedihkan merupakan satu nikmat yang merancakkan hidup aku. manusia yang ramai melahirkan seribu juta kisah yang tersendiri. ideologi yang mengelirukan melahirkan sejuta buah fikiran dalam kepala otak ini dan filem-filem yang sedih bisa melembutkan jiwa yang keras dalam hati yang hitam ini. tidakkah itu nikmat hidup?

bak kata-kata dari filem the curious case of benjamin button,

" Some people, were born to sit by a river. Some get struck by lightning. Some have an ear for music. Some are artists. Some swim. Some know buttons. Some know Shakespeare. Some are mothers. And some people, dance.."

hidup memang begitu....

5 ulasan:

Seladang berkata...

Sdr ...

Tagisan orang yang beriman berbeza dengan tangisan orang yang duniawi! Anda berada di tangisan yang mena?

Hashim Zabidi berkata...

Ammosham,

Komunis adalah ideology terakhir mengikut struktur ideology manusia yg bermula dgn Zaman Batu,Zaman Perhambaan,Zaman Feudal, Zaman Imperial, Zaman Kapital/meterial, zaman Sosial dan Zaman Komunis.

Kemungkinan ada benarnya tahun 2000 merupakan permulaan kpd satu lagi isme yg tak pernah dimimpikan oleh manusia spt orang melayu. Apabila manusia hidup dibawah paras kemiskinan, ras dan kelas tidak akan ada lagi.

Agama tidak dapat menyelamatkan semua ini kerana pemahaman sempit yg di bawa oleh manusia.

Tetapi percayalah, Islam mentafsirkan bahawa, "Tidak bergerak sesuatu itu melainkan dengan izin Allah"

Penanam Sayur berkata...

Baru saya nampak maksud dialog itu

Jorji berkata...

atuk mentua aku kata

"zaman dulu zaman susah..tapi manusia hidup senang dan aman. zaman sekarang zaman senang,tapi manusia hidup kesusahan,tiada makanan,perang dsbnya"

isme2 ni semua tak betul.

padeli berkata...

cerita tak best langsung..