Selasa, 12 Mei 2009

rempit silat unite!


tadi petang aku melepak sambil makan roti canai dengan 2nd boss dan seorang pengiat silat yang terkenal di Terengganu.

perbincangan berkaitan dengan hal-hal semasa yang berlaku di negeri seperti keadaan cuaca yang pelik sejak kebelakangan ini, hal-hal berkaitan dengan masalah orang berkahwin dua dan juga hal-hal masalah sosial yang melanda golongan belia pada hari ini.

aku ada cadang pada boss aku supaya kerajaan kasi peruntukan untuk hidupkan kelas silat kat kampung-kampung. kasi pengerusi JKKK buat kerja untuk budak-budak belia. kumpul budak-budak belia, ajar diaorang silat lepas tu buat pertandingan silat antara kampung-kampung. biar budak-budak bergaduh antara kampung-kampung. bila dah bergaduh antara kampung-kampung dia orang akan berdebor nak keluar malam.

yang menang kampung wakil mukim, yang menang mukim wakil daerah, yang menang daerah wakil negeri, yang menang negeri wakil negara. macam karate kid. kita wujudkan dendam antara kampung-kampung. sense of belongi kata orang putih.

bila dah kuat perasaan kekampungan, perasaan balas dendam mesti wujud. yang tak terer akan menuntut sampai dalam gua. belajar ilmu kebal, bela hantu raya dan masa tu mesti tak pikir hal-hal nak merempit.

tapi masalahnya kata guru silat tue ialah mereka kekurangan tenaga pengajar. kebanyakan yang ada ilmu silat buat masa ini lebih utamakan keperluan asasi mereka seperti bekerja untuk membayar bil eletrik, astro dan api/air.

so aku rasa ini peranan kerajaan. kita wujudkan permintaan-permintaan. so boss aku cadang kita wajibkan setiap kampung buka gelanggang silat. so setiap guru silat itu kita suruh mereka mengajar 3 atau 4 kali seminggu. 2 kampung seminggu. kita bagi seorang pengajar ini elaun rm600 sebulan. kita try buat untuk 6 bulan. so guru-guru silat boleh tambah pendapatan dan yang menganggur tu tak lepak kosong. agak-agak dalam 6 bulan budak-budak dah tak turun merempit kita up sampai setahun.

budak-budak rempit yang degil, daripada kita rotan dia baik kita paksa diorang belajar silat dalam setahun. letak satu tempat, paksa belajar silat dan belah kayu kalau nak makan.

kalau diorang tak minat silat, kita panggil chuck norris ajar karate. amacam?

ps : gua rindu sama barry prima. last sekali aku tengok dia berlakon dalam Janji Joni. sekarang ni tak tahu dia berlakon lagi ke tidak.

notakakis : gambar budak bersilat masa pelancaran Rakan Muda Sekolah Peringkat Negeri Terengganu di SMK Sultan Ismail, Kemaman. Sambil tangkap gambar aku jerit " terajang kuat sikit dik!! "

1 ulasan:

shafik berkata...

ah demeh kampung tempoyang takde orang mengajar silat ke, meh ke sini taman cheneras jaya ni ada lagi.