Jumaat, 8 Mei 2009

kalau gua tak pakai jersi Malaysia, sape lagi yang nak pakai?

Bersyukur kepada tuhan kerana Inggeris yang menjajah Tanah Melayu. Jika tidak kerana Inggeris mungkin tanah melayu ini duduk dibawah negara Indonesia Raya atau pun kita semua tengah menyembah kaki Paduka Yang Mulia Raja Bhumibol Adulyadej.

Bersyukur kepada tuhan kerana usaha mulia Tony Blair. Bekas PM Britain diatas semangatnya yang mempopularkan EPL sehinggakan setiap orang di Malaysia sanggup berjaga sehingga pukul 5 pagi untuk menonton pasukan kegemaran mereka. dari abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan pakcik-makcik mempunyai pasukan EPL kegemaran mereka. Bak kata Tony Blair " Tengok lah Liga kami, Lupakan Peperangan, jangan bimbang tentang sistem kesihatan dan forget about the crime yang berlaku di tempat anda..."

ya lupakan pasukan negara anda. jika anda rasa terhina dengan kedudukan negara anda dalam ranking fifa. jangan menyokong pasukan negara anda. sokong lah england. jika tidak mahu menyokong england carilah negara yang pernah menjajah negara anda. ya, kita ada Portugal, Belanda dan Jepun.

jangan malu dan segan memakai jersy negara lain. jika anda minat pada messi, pergi cari jersi negara argentina. jika anda minat torres, cari jersi negara spain yang ada namanya di belakang, jika anda peminat ronney cari jersi england. hey, freedom of choice! jangan malu, jangan segan dan jangan takut dengan nilai jajahan dari luar!

X X X globalisasi 3.0 dan penerusan kuasa imperialisme barat. tahniah. kita semua telah berjaya X X X

4 ulasan:

Freddie berkata...

aku tak tau kenapa aku suka baca entri kau ni.memang org kita ni mentaliti dia nak best je.

ulasan kepada entry kau ni,aku simpulkan spt kata seorang penjual apam balik kat selatan texas nun,"if u ashame of ur color,u better seek for another flag"

Dr. Sastera berkata...

Maybe this is what we call tolerance?

Saira berkata...

poyo aa ko..

padeli berkata...

babi..aku siap ada jersi ori lagi...mhl tu aku beli...tggu nk jadi jurulatih je nie...