Isnin, 7 Mac 2011

jogging - basikal - berenang

masuk petang semalam dan mengikut pengiraan diari aku, aku dah 16 hari berjogging. maknanya dah 2 minggu. daripada 98 kilo aku berat aku sekarang dalam 92/93 kilo. kalau ikut pengiraan matematik tambahan aku dah kurang dalam 5 atau 6 kilo. secara falsafahnya aku telah berjaya mengurangkan berat badan dengan berjogging. ini merupakan satu hal yang paling cool pernah aku buat.

aku target tak banyak, kalau ikut bmi aku kena dalam 75kg. so dalam tempoh 3 bulan ni aku sedang berusaha untuk sampai ketahap 80kg. hal ni tak susah sebenarnya tapi memerlukan tahap kesabaran dan jatidiri yang tinggi. aku sendiri tak dapat bayangkan betapa hensemnya aku bila berada dalam keadaan berat 75kg.

lepas berjaya turun kepada 75kg aku akan start belajar main gitar. lepas tu aku buat lagi macam budak aizat af tu. lepas tu aku akan menang ajl. lepas tu berlakon dalam sitcom raja lawak.

manusia-manusia yang dulunya gemuk dan kemudinya kurus akibat daripada amalan kesihatan yang true seperti berjogging, bersenam, main basikal tanpa memakan ubat-ubat kurus merupakan manusia-manusia yang memberi inspirasi yang boleh menyebabkan hatiku terguris.

hidup kaki jogging! hidup kaki basikal! hidup kaki berenang! hidup kaki angkat berat !

2 ulasan:

Bijen M. berkata...

Aizat kurus sebab buat vidio kelip Fikirlah tu kot.
Tengok dalam vidio tu dia kerja lari je.

StingRay berkata...

Steady lah! Terus berjoging.98kg? dasat.

Apahal calon BN kat kerdau tu macam muka ko ammosham? hehehe..