dulu kat bawah flat Tempoyang ada rumah orang. bukan bawah taman sekarang, tapi kawasan mengadap ke arah kebun getah. seingat aku ada 3 buah rumah kat situ. 2 rumah di duduki oleh 2 orang yang aku panggil aki.
sebagai seorang budak belia yang agresif, bersifat pengembaraan dan glokal, budak-budak flat ni semua jenis kaki rekreasi. meredah hutan dan mencari rahsia flora dan fauna didalam hutan kecik tempoyang merupakan satu hal yang agak steady untuk dibuat oleh kami semua. untuk maklumat anda, masa tu amin kumprinx, pp, padeli dan amar budak lagi. berkawan dengan diaorang ni sebenarnya buat malu diri sendiri.
berbalik pada cerita umah aki-aki tu, kalau kitaorang nak ke kebun getah mencari biji getah, kitaorang akan melalui rumah aki tu. rumah diaorang ni nak kata rumah tak rumah jugak, nak kata pondok tak jugak tapi yang pasti rumah diaorang ni tak ada api. mengikut cerita-ceritanya rumah diaorang ni merupakan satu rumah yang paling hujung dalam Kg Tempoyang. kalau nak ikut ceritanya maksud hujung tu ialah paling hujung dari masjid Tempoyang.
aku sebenarnya baik dengan seorang aki ni. aku anggap dia kira seorang tua yang di kaki flat Tempoyang. orangnya kira misteri, anak dan bini aku tak tahu. dia kaki masjid. setiap malam kalau tak silap aku dia akan berjalan ke masjid melalui satu jalan kampung yang aku rasa memang seram kalau berjalan waktu malam.
dari flat tempoyang tu sebenarnya ada satu jalan belakang untuk ke Masjid Tempoyang. budak-budak zaman sekarang mesti tak tahu jalan tu. mail rockers pun aku rasa tak tahu jalan tu. orang yang rebel dan berani jee lalu jalan tu. yang menarik tentang jalan tu dikiri-kanan perjalanan ada pokok rambutan dan pokok salak. kalau kena gayanya balik dari masjid ada peluang kenyang makan salak sama rambutan.
dulu sebelum masjid tempoyang bertukar jadi simen dan batu, masjid tempoyang ni merupakan satu masjid yang agak luas dan diperbuat dari kayu yang berbentuk 4 segi kalau tak silap aku. dalam banyak2 bahagian, bahagian dapur dan belakang masjid Tempoyang merupakan satu tempat yang sedap dan cool untuk melepak. abah gua selaku orang masjid selalu jugak bawak gua melepak kesitu. masa tulah boleh dikatakan aku baik sama aki tu. aku sendiri tak tahu nape air teh masjid tetap sedap sampai sekarang.
lepas surau Flat Tempoyang siap, hubungan gua dengan aki tu kira terputus, tapi aku still lagi jumpa aki tu berjalan malam ke masjid Tempoyang dengan lampu suluhnya.
sebenarnya aku nak cerita pasal sepohon pokok buah kundang yang ada kat umah aki tu. korang tahu tak buah kundang tu macam mana? rupa dia macam mempelam, tapi dia kecik-kecik macam buah tomato mini. rasanya masam-masam tapi kalau pekena lama-lama rasa manis pulak kadang-kadang. pokok dia bergetah dan kalau lepas ambik buah dia kena basuh betul-betul.
kalau kitaorang datang ramai-ramai kerumah aki ni, dan kebetulan ada buah kundang. maka kita akan dijamunya. kalau ada buah salak pun dia akan jamu kami. melepak rumah aki tu kekadang buat aku bertanya-tanya tentang kenapa pondok yang didiami oleh aki ni tiada eletrik? dimanakah keadilan sosial? siapakah yang mendapat apa, bila dan bagaimana? kenapa hanya segelintir sahaja manusia yang mendapat manfaat politik? sudah betulkah dasar kita?
KAU FIKIR ORANG TUA INI TIDAK TAHU BAHAWA PENINDASAN WUJUD SEBAB ADA PERGOLAKAN DALAM MASYARAKAT DAN KEPINCANGAN ORGANISASI ? KAU FIKIR AKU TAK TAHU?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan