Khamis, 31 Mac 2011

London

tadi masa aku bawa kereta ke opis, hujan pun turun. tapi kali ini hujan turun dalam keadaan yang tak selebat mana seperti semalam. aku ingat sekarang dah masuk bulan 11 atau 12. kalau dah masuk bulan 11 dan 12 kenapa budak-budak pergi sekolah lagi?

aku terpikir tentang London. kat London boleh kata hujan hari-hari. masa aku duduk London dulu hujan yang turun hari-hari menyebabkan matahari tak keluar. apa gila matahari tak keluar? macam mana proses fotosentesis nak berlaku. jika tiada matahari macam mana proses pengaratan boleh berlaku? Jika tak karat maka itu tidak besi. jiwa mesti karat.

disebabkan hidup di London tak begitu baik maka aku ambik keputusan balik Malaysia. di Malaysia aku pilih Terengganu sebagai tempat lepak yang paling cool sebab yang pertama di Terengganu tiada panggung wayang, tiada hiburan, pentadbiran masa tu di perintah oleh alim ulama Islam tapi tiada hudud dan yang paling penting ada pantai dan matahari yang bersinar terik sehinggakan habis rumput-rumput padang bola mati.

tetapi sekarang hujan semakin lebat, ribut kembali menganas, ombak-ombak menjadi sangat jahat, rintik-rintik hujan berbunyi kuat apabila terkena atap zink dan aku teringatkan London. Aku rindu sama London.


Kampung Tempoyang, Westminster, 27200, London.

Tiada ulasan: