Ahad, 14 Februari 2010

selamat tahun baru cina

tahun ni gua mintak sangat cina-cina taman seri tempoyang kasi bakar banyak sikit mercun. kasi puaka-puaka taman seri tempoyang lari. balik lipis hari tu gua dengar cerita hal-hal hantu pontianak ni tak habis-habis lagi.

gua betul-betul miss nak pekena limau mandarin kat rumah cina depan rumah gua. kat depan umah gua ada 8-10 buah rumah cina. diaorang ni setakat yang gua kenal cool tak patut. yang paling cool pernah gua tengok diaorang bersenam waktu malam.

gua harap seluruh penduduk taman seri tempoyang hidup dalam aman sentosa. budak-budak melayu kat situ memang gua dah sound awal-awal jangan cari pasal gaduh dengan cina sama india satu taman. kalau ada apa-apa bincang baik-baik. kalau abah gua takleh selesaikan gua sama ustaz maiyudin boleh selesaikan.

taman seri tempoyang kita ni kecik jee. jangan wujudkan class war atau semangat rasicm yang ultra. perpaduan atau semangat kekitaan perlu kita wujudkan bersama. keamanan tu penting. keadilan juga penting tapi kalau ikut Iman Al-Ghazali keamaman itu lebih penting sebab bila aman senang kita nak beribadat kepada tuhan.

ps: power to the people!