Jumaat, 5 Februari 2010

working for the better youth..

bro, nama gua hisham. nama dunia underground scene orang panggil gua apex. gua memulakan sebuah zine bernama against all dengan rijal pada tahun 1997/98. selepas tu gua buat zine sendiri bernama neon. gua dengar cerita rijal sekarang main muzik sama meetpakcikhusin.

bro, nama gua apex dan kini gua seorang straightedge. gua cuba menjadi seorang vegetarian tetapi gua tak mampu untuk melakukannya kerana diet masyarakat sekeliling gua telah mengancam corak pemakanan gua ( alasan jee bro)

bro, esok-lusa masa BOLD turun kl gua ada kerja dengan belia. bro, bagi gua hardcore bukan hanya sekadar muzik. hardcore lebih dari itu. hardcore bukan sahaja satu muzik pantas dan jeritan anak muda yang penuh dengan idealisme. buat kerja dengan youth seperti gotong royong, bersih kubur, cuci longkang, hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes, makan nasik bersama warga tua dan menolong orang tua/buta melintas jalan juga hardcore.bro, teori, idea dan pratikalisme sangat penting dalam hardcore.

bro, nama gua apex dan gua still hardcore. less talk more ROCK!

2 ulasan:

paiseh berkata...

lu nak kasi sape surat ni brader?

TheIndividualist berkata...

mat, you rock!!! hehe.