Isnin, 22 Jun 2009

muhammad haji salleh aku pikir dia punkrocker dulu.

aku kaget dan tersenyum bila baca satu sajak dari muhamaad haji salleh yang bertajuk " nasihat untuk penderita sakit angin " begini bunyinya,

jangan makan kacang
jauhi cempedak
jangan mendekati nangka
dan sendawa saudara.
dan jangan makan kipas angin
pendingin hawa.

aku tak tahu sama ada penyakit angin itu gastrik.jika angin itu gastrik dan gastrik itu angin maka amat malang bagi beratus-ratus ribu pelajar dan bakal pelajar universiti malaysia.

jarang jumpa pelajar malaysia bersarapan pagi. yang tiada duit sarapan pagi mereka ialah makan tengahari pada jam 1.00petang. begitu juga dengan makan malam. kadang kala dan selalunya mereka akan berlapar pada pagi hari dan berusaha untuk mengenyangkan diri mereka dengan makan malam yang berat-berat.

jadi tak hairan mengapa para pelajar malaysia selepas tamat belajar ramai daripada mereka menghidap penyakit yang berkaitan dengan perut seperti gastrik, ulser dan sebagainya. korang tahu tak apa nasihat doktor bagi mengidap gastrik/angin?

" mintak encik makan ikut jadual. kalau tak ikut jadual nanti masuk angin."

soalan cepu emas : dalam satu semestar hasil bersih duit biasiswa/pinjaman seorang pelajar ialah sebanyak rm2000/1500 setelah ditolak yuran pengajian. jika satu semestar ada 6 bulan dan satu bulan ada 30 hari cukupkan duit lebihan biasiswa/pinjaman pelajar tersebut untuk menampung kos makan minum ( bajet dalam Rm 10.00 sehari), duit zerox nota, duit pen/pensel, duit prepaid, duit format komputer dan duit untuk beli buku? bagaimana dengan duit baju silat, yuran kelab dan persatuan dan duit minyak motor?

ps: makan berjadual untuk pelajar kaya-kaya.

5 ulasan:

Pok Li berkata...

ada yang hantar duit pinjaman/biasiswa kepada ibu dikampung.... sedih

en_me berkata...

sodeyyy kanns..

terrarosa berkata...

keh memang perjuangkan sarapan pagi sejak darjah satu lagi... mak keh yg ajar , dia siapkan air kopi 'o' sama roti kosong setiap pagi tanpa gagal.

zaman blajar dulu, sarapan pagi keh biskut jagung plastik ungu tu jek...

Penanam Sayur berkata...

Peluru kena lagi!!!

Penanam Sayur berkata...

Peluru kena lagi!!!