Selasa, 16 Jun 2009
Pulau Perhentian - Cerita
Aku selalu berfikir tentang laut Pulau Perhentian yang lawa. Sangat lawa. Lawanya mungkin mengalahkan Redang tapi kekadang aku pikir Redang punya laut dan suasana still lagi juara.
Adik aku Dekna yang baru kahwin hari tu menikmati bulan madunya di Pulau Perhentian. Tengok laut sambil memadu asmara. Aku pikir jika mahu memadu asmara baik pergi ke bukit tinggi seperti Cameron Highlands atau Bukit Fraser sambil menghirup udara nyaman bukit hutan belantara dari mencium angin tak berbau dari laut.
Jika anda mahu berpikir dan menenangkan pemikiran anda dan mempersoalkan soalan-soalan kerohanian dalam jiwa anda maka ada baiknya ada melihat wajah laut dan berkata,
" apa kau katakan padaku lautan? "
Ada beberapa hal yang cukup menarik untuk dirakamkan dalam kotak memori yang melahirkan suasana insaf, syahdu dan 'pesona nan grata' dalam lubuk jiwa aku.
Solat jemaah Maghrib dan Isyak di tepi laut Perhentian yang dipimpin oleh Haji Amran Setiausaha Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu dan bacaan zikir munajatnya yang merdu dan penuh makna tentang kebesaran Tuhan merupakan satu hal besar dalam dimensi pengalaman kejiwaan. Hembusan angin laut senja Perhentian bukan sahaja bisa menyamankan badan tapi ia pergi jauh, jauh, jauh dan jauhhhhhh didalam lubuk hati dan sanubari perasaannnnnnnnn...
Pelancong membaca buku merupakan satu kebiasaan. Perkara akan menjadi luar biasa sekiranya para pelancong yang ada di sini melepak sambil menonton tv, bermain PSP, menulis email atau membalas SMS. Benar kata jorji, budaya membaca orang putih ni tinggi sekali. Aku ada tengok masa aku kecik dulu. Masa dulu aku selalu tengok mat salleh bukan Muhammad salleh membaca buku di air terjun di satu tempat di Cameron Highlands. Bukan setakat tu saje. Ada satu kes aku pernah lihat mereka membaca didalam satu bas menuju Gua Musang. Tak kala semua penumpang pening kepala dan muntah-muntah dalam perjalanan ke Gua Musang, Mat salleh ni boleh cool dan steady sambil baca buku. Macam tak ada apa-apa berlaku. Bab tu memang aku puji.
Yang menarik terdapat beberapa kedai buku terpakai disini dan yang lagi ajaib ada satu kedai runcit disini bukan sahaja menjual barang-barang runcit tapi turut juga menjual buku terpakai dengan harga RM12. Sebab cool aku sempat sambar dua buah buku iaitu Slumdog Millionaire dan juga Fast Food Nation (Eric Schlosser) dan yang menjadi lebih cool dua-dua buku tu aku tak sentuh lagi. Setakat belek-belek lepas tu lempar kat dinding dan pelakuan devian itu berterusan sampai hari ni.
Dan satu yang hal yang paling menarik ialah intenet kat situ laju. Sape-sape bawak broadband memang beruntung sebab dari situ korang boleh berlagak secara live dengan kawan-kawan kat pejabat sambil berkata,
" gua ym dari tepi laut ni. lu nak tengok laut? "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan