Jika rumah kamu tiada penghawa dingin di ruang tamu atau dibilik tidur tetamu, aku pikir jangan kamu sesekali mempelawa saudara mara kamu, adik- beradik kamu yang mempunyai anak-anak kecil, ibu dan bapa mertua kamu atau ibu bapa kamu bermalam kerumah kamu.
Jangan kamu memaniskan muka dan kemurahan hati kamu untuk mengajak mereka tidur dirumah kamu. Jangan kamu pikir kipas siling dan set toto mahal kamu bisa menyenangkan tidur malam mereka. Kamu pikir mereka tidur dengan lenanya seperti kamu didalam bilik hawa dingin kamu.
Jika kamu tidak tidur dengan penghawa dingin kamu mungkin kamu tidur seperti cacing kepanasan dan kamu mungkin memaki hamun seperti mulut kamu dipenuhi pantat ayam.
Aku tak pasti sama ada ini Fenomena La Lina atau El Nina. Kata TV tadi fenomena ini sedang melanda negara. Kemuncaknya pada bulan Ogos ini. Aku pikir sudah tiba masanya untuk kamu-kamu yang sayang pada ibu dan bapa kamu, ibu dan bapa mertua kamu, sanak saudara kamu, adik beradik kamu yang mempunyai anak-anak kecil atau abang dan kakak ipar kamu yang kamu kasihi untuk kamu memasang penghawa dingin tambahan di bilik tidur tetamu kamu atau diruang tamu kamu.
Kamu jangan peduli sama kloroflorokarbon (CFC). Apa saintis yang menemui CFC peduli dengan tidur malam kamu? Apa mereka peduli sama kesedapan mimpi malam kamu yang diganggu oleh kepanasan malam kamu. Sesungguhnya tidur malam merupakan satu nikmat yang diberikan oleh Tuhan aku dan kamu yang Maha Pemurah itu.
Cuaca kini memang celaru.
2 ulasan:
Lebih suka tidur tanpa kipas dan aircond.
motif blog ni pasal cuaca?aircond?atau jgn bagi org dtg umah?motif?motif?
Catat Ulasan