Isnin, 15 Oktober 2012
Demi sebuah Pejuangan
semalam aku dapat cuti. jarang-jarang dalam hidup ni pergi kursus dapat cuti sehari. mungkin kursus ni susah agaknya sampai kena kasi cuti.
semalam jugak pade kahwin. pade ni jiran aku sejak aku kecik lagi dari flat tempoyang. sekarang ni rumah dia belakang rumah aku. disebabkan kenal sejak kecik maka secara auto aku kena laa pergi dia kahwin. dah laa masa adik dia faizal kahwin aku tak sempat nak pergi. tapi semalam aku tengok faizal dah maju. anak 3. anak pertama kembar. power tak power faizal ni.
disamping tu juga aku sempat laa jumpa mail sama hilman. diaorang ambik gambar. power jugak cara diaorang ambik gambar. tapi isu mail tak keluar rumah malam sebenarnya jadi isu dalam meeting neon terbit. punca tak keluar malam ni entah kenapa aku tak tahu. mungkin sebab makwe, mungkin sebab hantu atau mungkin sebab facebook.
habis makan aku keluar dewan diikuti jamal. sampai keluar aku terserempak dengan ustaz maiyudin, ada sedikit dialog untuk dikongsi bersama.
" ha hisham, aok bila balik? " tanya ustaz maiyudin
" saya kerja gua musang dah lee ni ustaz.."
" aaa..bagus laa gitu...senang sikit nanti..."
" senang bendenya niii ?"
" senang laa tolong-tolong PERJUANGAN kat sini...PERJUANGAN kita..."
lantas dengan tenang aku jawab,
" Isyallah, bende kecik jee ni ustaz. saya akan tolong punya..."
kami saling bertukar senyuman.
atas motor aku pikir payah jugak kalau kena pacak bendera PAS kat tempoyang tu. apa entah kata najib nanti.

Selasa, 9 Oktober 2012
Kutuk kutuk Keretapi
katakan ko sudah bekerja di suatu tempat lebih kurang 10 tahun. dalam tempoh 10 tahun itu ko boleh dikatakan telah berjaya dalam hidup. kau dapat isteri yang baik, bapak mertua yang banyak harta dan juga anak-anak yang comel. kau sangat bahagia disana. kau rasa disana hujan emas manakala rumah kau disini hujan batu. kau rasa kau suka dengan hujan emas.
tiba-tiba tanpa petir dan guruh hidup kau di landa hujan diantara batu dan emas. kau katakan hujan perak. tapi kau tak anggap perak bernilai sangat. kau mahu gangsa. kau pikir gangsa menjadikan hidup kau sedikit bahagia. kau jadikan pandelela sebagai idola kau. dapat gangsa dan kau tiba-tiba jadi kaya.
tiba-tiba aku rasa mengantuk. aku sambung nanti. diluar mahu hujan atau tidak aku tak tahu. tak tah faham dengan cuaca.

Isnin, 1 Oktober 2012
Tok Mat
dipendekkan cerita Tok Mat ni jenis manusia garang. prestasi garang dia dalam usia emas ni pun boleh dibanggakan. ada satu hari aku naik kereta dengan tok mat, dia bawak kereta sebab aku jenis kurang mahir bawak manual.
tiba-tiba ada sebuah kereta buat onar pintas kereta dia tanpa mengikut peraturan jalan raya. sebab dia bekas polis maka secara auto dia menjadi marah. dah tok mat macam biasa kejar kereta wira bikin tu dengan kancil manual biasa. aku geleng-geleng kepala tanda kagum. namun syukur dia dah tua dan tak aku rasa kondisi badannya membuatkan dia malas nak marah marah sangat.
masa kecik perkara paling sedap dalam dunia bila tok mat pergi out station. masa tu punya laa enjoy hidup. main bola dalam hujan ok, balik lambat maghrib ok, cari biji getah masuk hutan ok dan main terup sampai tak ingat dunia pun ok. ok laa sebab masa tu budak budak.
tapi sekarang ni bila pikir balik garang tok mat ni ada asas-asas yang jitu untuk diikut. tapi sebagai bapak yang belajar pembangunan manusia aku jenis tak apply garang-garang ni kepada anak-anak aku. sebab apa aku taknak anak aku tak happy bila aku balik rumah.
tapi bila kita tak garang tapi bini kita garang, kaki anak kita boleh sampai kepala kita. korang faham tak? anak aku berani tumbuk perut aku tapi tak berani nak cubit mak dia. korang nampak tak berapa tak garangnya aku?
notakaki : tugas hakiki tok mat sekarang ialah hantar aku pergi stesyen keretapi pukul 5 pagi dan ambik aku pukul 9 malam. entah garang ke tidak dengan tugas hakikinya sekarang.
Khamis, 27 September 2012
Bunohan
aku ada tanya Tok Mat pasal Kg Bunohan. Kata Tok Mat Kg Bunohan ni jauh dengan kampung dia iaitu Kg Kelong tapi masih lagi dalam jajahan yang sama iaitu Tumpat. kata bapak aku Kg tu kg campuran pasal banyak orang Siam sama melayu duduk situ.
Bila filem Bunohan ni keluar aku sebenarnya memang nak pergi tengok kat wayang tapi korang tahu laa betapa sepinya Kuala Terengganu dan Kota Bharu bagi aku sebab sampai sekarang masih takada panggung wayang. kalau ada kat Terengganu pun ada kat Kemaman. Disebabkan zaman canggih maka filem ni ada kat Astro First. sebagai seorang yang suka menonton dan membaca filem maka aku order Bunohan ni.
aku tengok filem ni 3 kali. pertama tengok dia dah start bertumbuk. kata orang awalan filem ini adalah rumusan kepada keseluruhan filem ni. pertama kali tengok aku tak faham. art dia tinggi sangat. sebagai seorang individu yang tak belajar pasal filem maka aku pikir Bunohan mungkin tentang kasih sayang, mungkin pasal kurang ikatan kekeluargaan, mungkin juga tentang kemodenan dan anti kemodenan dan kekadang macam ada unsur-unsur mistik aku tengok. masuk kali ke-2 pun aku masih lagi tak faham tapi aku dah rasa best bila tengok cerita ni. kali ke 3 aku tengok aku just nak rasa enjoy dengan bahasa-bahasa kelantan yang sedap untuk didengar dan sebagai orang kelate aku rasa nak gelak jugak bila 2-3 orang pelakon yang bukan orang kelate bercakap bahasa kelate. orang kata 'teelo'
tapi masa tu aku tengok Pekin Ibrahim punya lakonan memang power. entah apa bende entah aku suka betul dengan lakonan Pekin sebagai Bakar. Bakar mengingatkan aku dengan seorang dua rakan aku yang muka nampak baik tapi perangai macam setan. dalam pikiran aku Pekin Ibrahim ni boleh pergi jauh dalam seni lakonan malaysia. aku sebenarnya jarang-jarang minat pada pelakon-pelakon filem ni. sekarang ni pun aku minat seorang pelakon iklan lelaki yang berlari memegang bendera. Sejak berlakon iklan ni jarang-jarang dia bbm aku.
Masa kat Jb itu hari aku sempat jumpa Pekin, kasi buku Mat Tiara satu lepas aku kata kat dia,
" kawe minat sungguh lakonan demo ni boh..kelah! "
notakaki : Jangan lupa buku Pekin bertajuk Memoir Bukan Memori. Aku syak Pekin ni Punk Rock masa muda-muda dulu.
Buku Puisi
bila aku baca buku puisi proses berfikir aku lama sikit. aku akan cuba memahami setiap bait bait dalam sajak sajak yang ada. setiap patah perkataan perlu di baca berhati hati agak aku faham maksud yang cuba disampaikan oleh penulisnya. sebab tu sampai sekarang aku takleh into buku puisi sangat. lagi pun sekarang ni aku sibuk bertweet-tweet.
Langgan:
Catatan (Atom)