Selasa, 31 Ogos 2010

Kemerdekaan Tempoyang

Kuala Lipis perlu ditabalkan sebagai satu daerah yang penuh dengan sejarah kemerdekaan. kawasan yang paling utama ialah Padang Tembak, Tempoyang.

kawasan Padang Tembak kini dah dikenali dengan PAKR Tempoyang. Perumahan Awam Kos Rendah bukan PKR. sekarang geng Pakr Tempoyang dah ada laman Facebook. ramai pulak tu. anak sape entah tak kenal.

ada ceritanya kisah hantu jepun berkawat tak ada kepala di kawasan bukit nak naik Taman itu menunjukkan bahawa sesungguhnya banyak khazanah kemerdekaan tetanam di sini.

ada sebabnya masyarakat sibuk membicarakan tentang hal wahabi tak wahabi. mat belia dengan akademi fantasianya, mat rock dengan band indienya dan pakwe dan makwe sini sibuk menguruskan status dalam facebook mereka maka kita lupa tentang sejarah diri kita.

bangkitlah anak muda. belajarlah sejarah. kenali tokoh pejuang kemerdekaan kita sama ada kiri dan kanan. perhatikan dunia dulu dan dunia kita hari ni. timbulkan persoalan sama ada tuk nenek kita gagal dalam proses globalisasi 1.0 yang dibawa oleh kuasa-kuasa dunia pada waktu dulu.

adakah kita berjaya dan lulus dalam penjajahan globalisasi 3.0 pada hari ni? adakah kita perlu belajar sejarah dari rancangan jejak rasul atau rancangan "hari ini dalam sejarah?"

merdekakah kita pada hari ini? merdekakah tempoyang? merdekakah lipis?

merdekakah fikiran mereka yang membuang sampah dari dalam kereta?

selamat hari merdeka dan selamat bercuti.

Power to the People!

Isnin, 30 Ogos 2010

Teka Teka Syawal

semalam aku ada satu program. program ini memerlukan aku memakai songkok sama baju melayu siap bersampin.

baju melayu tak ada masaalah.

sampin tak ada masalah.

butang baju melayu masalah sikit sebab ada 3 jee. tapi kira ok

masalahnya songkok. di manakah harus aku cari songkok.

sampai di tempat program aku jumpa satu kedai jual songkok. sukanya takleh digambarkan.

tempat program aku ialah sebuah masjid peringkat daerah. bila sebut peringkat daerah tok iman sembahyang tarawih dia mesti iman thafiz. tak pun orang dari mesir.

sampai-sampai aku lepak luar macam biasa. berbual hal-hal dunia.

tiba-tiba aku main teka teki,

" kalau korang terer songkok aku ni harga berapa? "

" 40 ringgit boss? betul tak? "

" salah.."

" aku rasa 29.90 songkok ni..."

" salah..salah...teka lagi..."

" 15 ringgit ni..aku tengok kat mydin...'

" wrong....wronggg...elizabeth wrong..."

" kain baldu ni...aku rasa lebih 50 ringgit..."

" semua salah....harga dia tujuh ringgit sembilan puluh sen..." jawab aku sambil bersiul-siul diluar masjid yang mulia itu.

Ahad, 29 Ogos 2010

Pose @ Tempoyang

hari jumaat itu hari aku balik tempoyang. tujuan utama balik ialah berbuka pose dengan keluarga. perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lipis melalui Tasik Kenyir-Felda Aring- Gua Musang memakan masa selama 4 jam. syukur kepada tuhan kerana kerajaan Malaysia buat jalan ni.

kalau balik jalan gua musang merapoh ni aku mesti gelak dalam hati bila jumpa Kg Petola. tak tahu nape. cam kelakar laa pulak. tapi cam racist pulak bila ketawakan nama kampung orang. bayangkan apa bila orang namakan kampung Tempoyang dengan tempoyak. tak belajar muzik ke masa kecik?

sampai tempoyang aku kasi rehat badan satu jam. cukup satu jam aku terus pergi bazar ramadan bandar Lipis. tujuan utama tak lain tak bukan ialah rendang Jamil. dalam perjalanan ke bandar aku rasa panas sama Majlis Daerah Lipis. keadaan jalan kiri kanan macam tak terurus, ikan emas bulatan central point macam tak basuh, rumput kiri kanan macam tak kasi terbang, jalan naik zoo lipis macam lepas perang, tempat permainan kanak-kanak sebelah Masjid Lipis tempat parking dia bahaya tak patut. kalau disenaraikan rasanya macam tak pose pulak hari tu.

tapi aku memang rasa panas.

rendang Jamil aku beli 10 ketul. 5 bawak balik makan pose dan 5 lagi bawak kasi balik Terengganu. kena bawak balik sebab rendang jamil dah kira lagenda kat sini.

malam aku pekena tarawih kat surau Al-Hidayah Taman Seri Tempoyang. keluarga sapik buat makan buka pose. sapik memang kuat tangkap pendatang tanpa izin sekarang. Mail rocker tempoyang turut serta. dia dah baju sekarang apabila berjaya menempatkan diri disaf pertama bila solat Isyak sama Tarawih. Ramadan tahun depan aku rasa Mail masuk tabligh.

anak ustaz maiyudin pun ada. faker aku lupa nama dia. sama ada norman, lokman atau rosman. dia baru balik dari mesir. cuti 3 bulan katanya. jelas menunjukkan mukanya macam ustaz maiyudin. walaupun baru balik dari mesir kitaorang melepak luar surau walaupun orang dah start sembahyang. dia cerita orang Mesir mencarut tak habis bila kalah dengan Algeria masa kelayakan piala dunia itu hari. walaupun belajar hal agama, semangat bola dia tetap tinggi.

habis tarawih mat gunx datang. sapik balik awal. mengikut laporan bininya yang mengandung pitam masa rakaat ke 3 solat tarawih. adik aku syikin tukang sambut dia sebelum dia jatuh. mat gunx, mail sama aku melepak sambil bincang hal kerajaan. perkara macam ni memang tak leh tinggal.

hal borak yang jarang dengar yang melanda hidup mail sekarang ialah kurangnya bekalan api kat rumah dia. gunx cerita hal palestin dan aku puji lakonan mail sama kumprinx dan melihat seni lakonan memang ada pada diaorang tapi tak ada pada pp sama amar.

balik tarawih tiba-tiba mata aku rasa mengantuk sangat. ini mesti letih bawa kereta punya pasal. jeman ada call katanya mail ajak melepak minum air. disebabkan mengantuk dan tak ada sape boleh ajak teman keluar, aku ambik keputusan tidur.

hal cerita pergi pasar pagi sabtu malan nak story. panjang giler. nantilah sambung.

ps: amar sekarang sombong. orang call tak angkat. dia dah ikut pp dah nampaknya. kalau kereta satria dia rosak...haaaa lu tengoklah nanti.

Khamis, 26 Ogos 2010

Angin Rindu Tempoyang

perlahan-perlahan bunyi enjin bas Cik Mie hilang dari telinga. angin subuh dari ladang getah belakang flat bertiup lembut. kicau burung berbunyi perlahan tapi mempersonakan. sekali sekala terdengar jeritan budak menangis di atas rumah.

" sham, bangun subuh.." gerak mak dari dapur

aku bangun malas menuju ke ampaian kain. aku perhatikan pohon-pohon getah sambil berharap agar keluar seekor dua harimau dari hutan bukit itu.

" Tempoyang ini macam Visoko jugak ye " getus hariku.

aku pandang bukit getah itu. aku pandang langit. masih lagi hitam. aku lihat burung-burung bermain riang.

aku juga lihat anak-anak bermuka masam. mungkin tanda protes kepada kerajaan. protes juga pada alam. sepatutnya sekolah start pukul sembilan bukan tujuh atau lapan.

" macam mana? nak sambung belajar kat UPM ke nak sambung tingkatan 6 kat SMK Mahmud Raub? "

aku bilang pada abah dalam hati,

" aku tak mahu belajar. nak kerja kontrak. jadi punk lepas tu merayau satu dunia. balik tu aku dapat phd. "

aku bilang pada abah kat mulut,

" takpelah pergi UPM buat diploma tu "

" member-member lain semua dapat buat matrikulasi kan? "

aku bilang pada abah dalam hati,

" matrikulasi tak menjaminkan dapat awek yang pakai kereta honda bah "

aku bilang pada abah kat mulut,

" ye, dia orang semua buat matrik akaun kat UUM"

" kita ini bukan orang senang. orang susah. harta pun bukannya ada. kalau nak belajar, belajarlah sungguh-sungguh. bab-bab duit tu janganlah awak pikir sangat. ini hal kami yang uruskan. tugas awak belajar je..."

aku dengar dari suara hati mak.

aku terus pandang bukit hijau itu. aku pandang Blok B. aku pandang cina-cina dan india-india marhain disitu. aku pandang mereka dengan sayu. semua mereka bukan orang-orang kaya.

ada yang kerja jaga sekolah. ada kerja tukang kebun sekolah. ada kerja jaga pagar keretapi. ada kerja cuci baju. ada kerja tukang sapu. ada bukak runcit kat umah. ada kerja petani. dan yang besar sikit mungkin kerja kerani.

perut melayu, perut india dan perut cina sama bunyinya bila lapar.

aku pandang bukit hijau itu.

aku tak mahu Tempoyang jadi macam Sarajevo. aku tak mahu kita bermusuh sebab aku melayu, Maniam india dan Ah Chong cina. aku tak mahu gaduh sebab aku Islam, Maniam Hindu dan Ah Chong Buddha.

" ini bukan Visoko!!!!!!! Ini Tempoyangggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

aku jerit. jerit. terus jerit. jerit terus di subuh yang mulia itu.

Putty


pemuisi. punk rocker. kaki gim. buat audio book dan spoken word. penyajak pun dia. pelakon pun dia. dj radio dan pelawak pun dia. boleh kata dia memang orang 'art'.

semalam masa gua layan The Alibi dalam Astro 131, gua gelak jugak tengok dia berlakon. lawak dan cool.

gua pikir tahun depan persekutuan kena hantar wakil untuk program Lawaking.

Rabu, 25 Ogos 2010

Solat

Ibnu Majad dan al-Baihaqi, dari Abi Darda ra, dia berkata " Telah berwasiat padaku kekasihku SAW :

" Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu, meski kau dipotong atau dibakar. Jangan kau sengaja tinggalkan solat wajib, siapa sengaja meninggalkannya, kau lepas dari menanggungnya dan jika kau minum arak, sungguh ia kunci tiap kejahatan "

Ibnu Abi Syaibah dan Bukhari dalam tarikhnya merawikan Hadis Mauquf pada Ali ra, dia berkata,

" Siapa tidak solat, dia kafir "

Kitab Mukashafah Al Qulub, Iman Al-Ghazali

------------------------------------------------------------------------------------------

hari tu gua ada borak sama member gua. hal-hal borak kitaorang dalam kereta lebih menjurus kepada hal-hal dan perkara agama dan hal ehwal syurga dan neraka. gua berkata pada dia kalau tak dapat syurga kelas A takpelah, syurga kelas bawah pun dah ok.

berbincang tentang ini menyebabkan gua timbul rasa menyesal bila memikirkan tentang hidup gua. salah satu amalan yang menjadi kunci untuk masuk syurga mengikut ulama-ulama dan kitab-kitab adalah amalan solat.

solat adalah tiang agama. kalau tak solat seperti meruntuhkan agama. sabahat gua berkata bahawa kalau kita tak solat masa muda-muda dan kalau dah datang insaf wajib untuk kita mengadar solat-solat yang kita tinggalkan. ini kerana kita sebenarnya berhutang dengan Allah.

gua cuba menghitung hutang solat ni. peh, banyaknya tak patut. ini menunjukkan aktiviti masa muda gua seperti menperjuangkan hak asasi manusia dan haiwan, menggalakan orang hidup sihat, memperjuangkan keadilan, kebebasan dan kesamaan antara manusia dan paling penting melawan kapitalis adalah sia-sia kerana gua jarang-jarang bersolat dulu-dulu.

hal ini merupakan satu perkara yang menjahanamkan diri sendiri. jahanam dan rugi. siapa yang ada indie band boleh buat tajuk lagu " jahanam dan rugi". gua pikir daripada buat lagu, " tengah hari di kuala lipis" baik buat lagu-lagu yang suruh budak sembahyang ke, ajak pose ke dan keluar pergi gotong royong kubur ke. baru true dan tidak nampak terlalu hedonist.

gua pikir gua dah nak start baca blog "assalamualaikum" lepas ni.