Khamis, 21 April 2011

Pelan Transformasi Diri


Senamrobik merupakan satu bende yang boleh bakar lemak, bakar kolari dan bakar imam. bende paling bahaya dalam senamrobik ialah duduk belakang sekali. gambar ini diambik diawal pelan transformasi diri penulis.

walaupun dah nampak kurus tapi perasaan chubby tu sedikit ada dalam jiwa penulis.

Rabu, 20 April 2011

Kedap Udara

semalam gua turun kl. tujuan utama turun kl ialah pergi tengok puduraya, tengok bukit bintang sama pergi tengok putrajaya. masa gua pergi putrajaya semalam gua tengok ok lagi putrajaya. tak ada tanda-tanda Pakatan Rakyat nak ambik alih kuasa pemerintahan.

gua taknak cerita pasal Pakatan Rakyat. ramai orang pakatan rakyat kecewa tak patut bila diaorang tewas kat Sarawak. diaorang sembang besar dalam internet. diaorang ingat kempen melalui facebook power ke? pakai twitter boleh dapat undi ke? gerak saraf perang safar untuk peringkat akar umbi diaorang tak belajar ke?

masalahnya sekarang bukan Pakatan Rakyat. ini tentang kereta yang gua bawak semalam. kereta ni kereta import. power dia memang power. masa gua bawa kereta tu semalam. gua pun terkentut. maklumlah banyak angin. gua buang angin dalam kereta tu bukan bukan sikit tapi banyak kali.

yang menjadi misterinya angin yang gua buang tu tak berbau. gua pun pelik. maknanya para penumpang yang naik bersama gua tak perasaan langsung yang gua tengah buang angin. gua jadi hairan. gua ingat teknologi kereta import ni power.

gua pikir ini semua manfaat kepentingan belajar fizik, kimia dan matematik tambahan. bende-bende macam ni kalau diadunkan akan melahirkan misteri dunia kereta. bayangkan kentut dalam kereta tak berbau. kalau naik kancil, myvi, persona sama gen2 memang kodi. baung angin sikit satu kereta bau.

apa yang paling penting taip mahumud power.

kah kah kah kah....makan panadol lah kalau gian sangat....kah kah kah kah

Sabtu, 16 April 2011

Borneo

Sejarah Sarawak ni panjang untuk ditulis. bab-bab sejarah sebenarnya lebih sedap di borak-borak di kedai-kedai kopi daripada menulis panjang jela dalam blog atau dalam buku sejarah. zaman sekarang ni tak ada orang nak baca buku. baca buku ni buang masa.

syarikat-syarikat besar dan kecik sibuk buat duit dengan buku. kata Adi Alhadi, cuaca Malaysia yang tidak bersalji ni menyebabkan ramai orang malas membaca. lu orang kenal Adi Alhadi? tak pernah baca majalah gila-gila? dulu-dulu tak pernah? kalau tak pernah lu orang kodi.

dulu Sarawak ni duduknya bawah kerajaan Melayu Brunai. Brunai dulu kalau ikut cerita merupakan sebuah empayar yang cukup power, kuat dan luas. boleh dikatakan hampir seluruh borneo tu menjadi jajahan takluk kerajaan brunai. kalau kat semenanjung ni kita macam kerajaan melayu melakalah.

disebabkan melayu, maka para pemimpin diaorang mempunyai tabiat typikal melayu iaitu suka enjoy, malas dan berpoya-poya. adapun cerita dikatakan di kawasan kuching ni banyak sangat gangster-gangster yang suka memberontak terhadap kepimpinan atau penjajahan brunai keatas negeri dan kawasan mereka.

disebabkan pemberontakan ni power dan merupakan satu kawasan yang paling jauh dan memerlukan kos yang tinggi maka boringlah para pemimpin melayu ni.

maka pada satu hari jumpalah panglima brunai ini dengan James Brooke. panglima brunai yang entah apa bende nama aku tak ingat ini memang dulu kamceng tak patut sama James Brooke ni. maka untuk menyenangkan kerja-kerja pemberontakan ni maka dibuatnya perjanjian dengan James Brooke ni.

maka dipendekkan cerita maka dapatlah James Brooke ini bahagian Kuching untuk dijadikan kawasan pentadbirannya. maka anda perlu tahu beberapa perkara seperti :-

1. Orang tempatan lebih suka kerajaan Brooke daripada masuk ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. dengar cerita disebabkan masalah kewangan untuk mentadbir Sarawak maka disetujukan juga untuk masuk Malaysia.

2. untuk mendapat bantuan daripada Ratu Baginda England maka dibuatnya surat oleh orang-orang untuk berdagang ke China tentang betapa teruknya ancaman lanun-lanun diselat-selat melaka, singapore dan berhampiran dengan Sarawak agar lebih ramai askar-askar dapat dihantar ke situ.

4. english dan belanda memang tak sebulu dari dulu. tapi rasanya bertuah jugak dapat orang english jajah tanah melayu. kalau belanda dah lama perang sana-sini.

5. James Brooke datang belajar kat Asian ni dengar kata sebab ada masalah jiwa ke apa.

6. macam mana orang biasa boleh jadi Raja?

7. cerita ni takada kena mengena dengan Pilihanraya kat Sarawak. cuma risau tgk Taib Mahmud lama sangat pegang jawatan. dengar cerita orang Kelantan kena bangga dengan Taib Mahmud ni.

Khamis, 14 April 2011

apa lu ingat masyarakat marhain tengok teater?

mula-mula gua pikir kerja yang paling seronok ialah kerja dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. kalau nak kerja 8 sampai 5 petang maka jawapannya kerja gomen. hari jumaat dan sabtu boleh rileks terbongkang depan tv. kerja yang lebih masa yang paling tak cool gua tengok ialah kerja bank. entah apa-apa punya kerja. kira duit pun susah.

tapi pikiran gua meleset. kerja gua sekarang ni dah bukan 8-5 petang dan bukan rehat jumaat sama sabtu. kekadang gua pikir kerja gua start pukul 7 pagi sampai 3-4 pagi keesokan hari ni. hal ni betul-betul menipu dan memainkan perasan gua yang smart ni.

sebab tu gua harap lu orang yang bercita-cita nak jadi artis macam budak-budak tempoyang tu supaya janganlah ada cita-cita dan ikut nak jadi artis macam gua.

perjuangan artis tu lu tahu tak macam mana?

" macam mana orang tak ART kasi makan sama orang ART tu "

itulah perjuangan diaorang. tak percaya tanya noreen nor, zaiton sameon sama ziela jalil.

Tazkirah

banyak pejabat gomen gua tengok pagi-pagi khamis buat tazkirah sama baca Quran. kat hospital pun gua dengar cerita pagi-pagi sebelum start kerja baca doa ramai-ramai.

gua ingat gua nak start jugak. tapi pagi-pagi sekarang kalau tak pekena lagu DR. DRE rasa macam tak sedap badan. bende-bende macam ni mungkin sebab setan banyak dalam saluran darah agaknya.

Isnin, 11 April 2011

Perjuangan yang belum selesai.

kita berjalan di atas bumi dan awan melindungi kita daripada terik matahari dan kemudianya kita bertemu di satu tiang lampu yang ada cahaya diatasnya.

kita melihat cahaya lampu dan matahari itu. dan baru kita sedar bahawa kita sebenarnya berkongsi cahaya yang sama.

kita saling bertepuk bahu dan menyapa setiap hari. kita bersalaman dan bersentuhan. kita lihat warna kulitnya berlainan daripada kita. tapi kita baru sedar kulit kita sama sahaja.

hentikan perkauman!

perjuangan tidak akan pernah selesai.

notakaki : perjuangan selesai bila ada 4 juta dalam akaun bank agaknya.