Jumaat, 8 Mei 2009

kalau gua tak pakai jersi Malaysia, sape lagi yang nak pakai?

Bersyukur kepada tuhan kerana Inggeris yang menjajah Tanah Melayu. Jika tidak kerana Inggeris mungkin tanah melayu ini duduk dibawah negara Indonesia Raya atau pun kita semua tengah menyembah kaki Paduka Yang Mulia Raja Bhumibol Adulyadej.

Bersyukur kepada tuhan kerana usaha mulia Tony Blair. Bekas PM Britain diatas semangatnya yang mempopularkan EPL sehinggakan setiap orang di Malaysia sanggup berjaga sehingga pukul 5 pagi untuk menonton pasukan kegemaran mereka. dari abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan pakcik-makcik mempunyai pasukan EPL kegemaran mereka. Bak kata Tony Blair " Tengok lah Liga kami, Lupakan Peperangan, jangan bimbang tentang sistem kesihatan dan forget about the crime yang berlaku di tempat anda..."

ya lupakan pasukan negara anda. jika anda rasa terhina dengan kedudukan negara anda dalam ranking fifa. jangan menyokong pasukan negara anda. sokong lah england. jika tidak mahu menyokong england carilah negara yang pernah menjajah negara anda. ya, kita ada Portugal, Belanda dan Jepun.

jangan malu dan segan memakai jersy negara lain. jika anda minat pada messi, pergi cari jersi negara argentina. jika anda minat torres, cari jersi negara spain yang ada namanya di belakang, jika anda peminat ronney cari jersi england. hey, freedom of choice! jangan malu, jangan segan dan jangan takut dengan nilai jajahan dari luar!

X X X globalisasi 3.0 dan penerusan kuasa imperialisme barat. tahniah. kita semua telah berjaya X X X

Rabu, 6 Mei 2009

Tasik Kenyir - Cerita Empat


dalam bot ada jugak satu diskusi ilmiah 'cara-cara bermain 400'. 2nd boss aku ada ajar dan buat sedikit praktikal. serius aku tak faham. sebenarnya main terup 400 ni merupakan satu aktiviti yang aku dah tengok sejak aku darjah 4. masa tu husen, bakar and the geng selalu main kat bawah rumah flat tempoyang. kalau nak ikut aku dah kira master main 400 kalau aku duduk melepak dan study sama geng-geng tue. tapi aku hairan kenapa kemahiran bermain 400 memang tak masuk dalam jiwa aku.

tak faham dengan 400 aku layan novel yang aku bawak. 5 jam perjalanan pergi sama 5 jam perjalanan pulang memang satu perkara yang membosankan jika tidak diisi dengan aktiviti berfaedah. kalau tak bawa buku memang aku syak aku akan terer main 400 sambil makan kuaci. hedonist tak patut!

novel Gerila merupakan satu novel yang sangat true dan berlatar belakang pada tahun akhir 70an. pertama ia ditulis oleh Lukman Iskandar. seorang bekas tahanan ISA dan dah pun arwah. dia juga merupakan bekas gerila bagi Barisan Revolusi Nasional melayu Patani(BRN).aku yakin semua latar belakang dan fakta-fakta yang dibentangkan dalam novel ini adalah benar. cuma aku tak pasti sama ada nama TPP (tentera pembebasan patani) dan nama-nama lain yang digunakan dalam novel tu benar-benar wujud atau ada nama lain yang sebenarnya digunakan di alam realiti.

ya kawan-kawan, novel ini telah membuka minda aku tentang sejarah-sejarah yang tidak aku pelajari di sekolah rendah dan menengah. tidak terlintas langsung dalam kepala otak aku tentang sebab dan akibat mengapa pergolakan di selatan thai tidak pernah selesai sehingga ke hari ini. yang aku tahu ada 4 buah negeri melayu yang dijajah oleh Siam dan mereka dikatakan memperjuangan kebebasan negara daripada siam sejak 1902 iaitu selepas Siam menghapuskan sistem beraja di sana.(baca sistem beraja kerajaan Melayu)

aku terfikir nak menulis tentang ini bila aku jumpa satu blog yang namanya Kampung Perdamaian Sukhirin -Kini dan Silam dari blog dhani. dalam blog itu ada diceritakan dalam bentuk komik tentang Tentera Pembebasan Nasional Malaya, sayap militen Parti Komunis Malaysia. Kampung Sukhirin merupakan satu penempatan yang duduknya para bekas kader dan perajurit(? perajurit bagi pihak siapa? rakyat malaysia? ) Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Merekalah komunis yang diburu oleh bapak aku dulu-dulu. Ya tuan-tuan, bapak aku merupakan bekas polis hutan dimana tugas hakikinya ialah memburu komunis-komunis dalam hutan malaysia. untuk maklumat anda semua para komunis ini juga merupakan musuh kepada golongan perjuang pembebasan patani ni walaupun dikatakan bahawa PKM bukan musuh utama orang patani. untuk cerita yang lebih sedap tentang perjuangan gerila patani boleh rujuk kepada website ini,ini juga. dan jugak ini. dalam novel ini menunjukkan bahawa selain tentera Thai, PKM merupakan satu pihak yang sentiasa diperangi oleh pejuang gerila Islam patani. so kesimpulan aku mudah, PKM jahat dan kita tak perlu sokong sebab gerila Islam pun tak sokong komunis. so mengapa perlu melayu Islam sokong komunis? Haha

aku pikir, jika anda membaca novel ini dan juga rujukan-rujukan blog yang diberi, gambaran yang diberikan ialah masalah orang melayu yang tidak boleh bersatu. bila beza sikit je idea dan pemikiran kita maka kita akan mudah berpecah. ambik contoh Patani, terdapat tiga pertubuhan besar yang mempunyai objektif yang sama tapi berpecah-pecah akibat mungkin daripada 'pemikiran yang berlainan'. Habis macam mana nak menang?

Buku ini memang direkemankan untuk sesiapa yang nak jadi askar dan suka kisah sejarah tapi perlu diingat bahawa kisah percintaan yang dipaparkan tak sedap dan tak realistik langsung...

" ...perlu ingat yang titik politik nasionalisme Patani adalah bersifat ketuanan Melayu yang mencakupi seluruh Kepulauan Melayu atau Malay Archipelego. Politik Patani adalah bayangan kepada orang melayu Malaysia. Selagi orang Melayu Patani bergelar Melayu dan orang Melayu Malaysia bergelar Melayu maka sikap politik secara parlimenteri berbeza dengan politik orang melayu Patani yang radikal, agresif dan revolusioner. "


BERSATULAH MELAYU!

ps: Langkasuka itu Patani!

kenapa gua kena pergi BEKWOH maskara shorties?


1. rumah nenek gua kat kg pintu geng, kota bharu. gelangang seni tue dekat jee dengan rumah dia. agak-agak nak pergi tandas boleh balik rumah nenek gua. gua selalu dengar cerita tandas kat gelangang seni tu selalu tutup.

2. pp janji melayu betul. kata nak pos kacip. mula-mula nak kasi free, tapi tiba-tiba jee kasi no akaun bank. apa kes? sepatutnya dia kasi free pada persekutuan. tanpa persekutuan mungkin dia tak hidup dalam dunia blog nie. pasal kes ni laa gua dengar cerita kumprinx nak buat buku jugak. lepas tu padeli, lepas tu amar dan lepas tu otam. semua nak buat buku.so aku pergi ni pasal aku nak beli banyak-banyak kacip dan lepas tu jual kat terengganu. bak kata morrissey ' WE HATE IT WHEN OUR FRIENDS BECOME SUCCESSFUL!'

3. gua nak jumpa mamat khalid. mana tahu ada watak-watak sebagai orang gomen dalam filem-filem dia yang akan datang. bukan susah jadi watak orang gomen. masuk kerja pukul 8, minum air bersama rakan-rakan, bincang hal berita semalam, baca paper, mengumpat boss, belek-belek file, ada masa main facebook dan keluar kerja kul 5 petang.

4. gua saje nak berjalan kat kota bharu cari tapak stadium bola baru. ada sesapa kenal pegawai tanah kat sana?

Selasa, 5 Mei 2009

Tasik Kenyir - Cerita Tiga



malam kedua tak ada aktiviti yang nak dibuat. semua ikan tak makan umpan. Ikan-ikan kat Tasik Kenyir ni makin cerdik. umpan sawit memang diorang tak makan, umpan roti jauh sekali. aku ada try kasi letak umpan cacing tapi haram tak makan.

malam kedua semua jadi boring. so buat julung kalinya kami menonton cerita Hindustan ramai-ramai. malam tu kitaorang layan cerita bertajuk Shakti-The Power. Lakonan hebat daripada Karisma Kapoor, Sanjar Kapoor, Nana Patekar dan penampilan khas Datuk Shahrukh Khan.

cerita tu start dalam kul 9 malam lepas masing-masing menikmati hidangan ikan kelah yang ciput. sebab tak puas hari, malam tu kitaorang bakar ikan atas bot. sambil bakar ikan kami layan cerita ini.

Lakonan Nana Patekar sebagai Narasimha memang betul-betul melekat dalam kepada otak aku. bagi aku dialah penarik kepada filem tersebut. Narasimha ni merupakan kepala samseng dalam kawasan dia. tahu tak berapa besarkah kawasan jajahan dia? ketua samseng bagi 40 buah kampung yang dihuni kira-kira 4000 orang penduduk. dah kira macam satu DUN.

Nama Narasimha tu dah kira menakutkan. kalau ikut agama Hindu, Narasimha tu merupakan nama Dewa yang melindungi orang-orang yang menyembah Wismu. Wismu ini kira dewa hindu yang tertinggi laa. So, pada firasat aku pengarah filem ni memang letak nama Narasimha sebab dia melindungi 4000 orang yang duduk dalam 40 buah kampung dalam jajahan takluknya. So sebab nama dia Narasimha maka dia memang membuat apa sahaja bagi mengamankan kampungnya. adakah cerita ini pro anarki?

aku dan beberapa kawan yang lain rasa nak bakar bot bila tengah-tengah cerita orang yang kami anggap hero filem iaitu Sanjar Kapoor yang berlakon sebagai Sektar, anak kepada Narasimha mati kena tembak. apa kes pengarah ni? jam baru 10.30 malam, cerita habis pukul 12.00mlm dan ini menimbulkan persoalan sape hero dalam cerita ini. mula-mula aku syak filem ini jenis filem anti hero tapi mustahil cerita hindustan tak ada hero. maka siapa yang akan balas dendam kematian Sektar? adakah anaknya? adakah isterinya iaitu Karisma Kapoor? atau ayahnya sendiri, Narasimha?

suasana jadi panik bila muncul Shahrukh Khan. apa kejadahnya Shahrukh Khan muncul diakhir-akhir filem bersama-sama unta-untanya. yang lebih panik tiba-tiba muncul Aiswarya Rai dalam mimpi Shahrukh Khan.

Sebenarnya bagi aku cerita ini simple je. cerita ini berkisahkan kepada pemikiran tradisional india Vs pemikiran moden orang india. India moden tak dapat menerima tindakan-tindakan yang tidak berbentuk undang-undang. macam zaman arab jahiliah. perasaan kabilah tu kuat sangat. hutang darah mesti dibalas dengan darah. Narasimha ada tangkap sorang mamat yang bunuh menantunya. maka mamat tu dibunuh. bila mamat tu kena bunuh maka anaknya Shektar jadi mangsa bunuh. maka Narasimha ini pun ambik cucunya sebagai waris supaya cucunya itu jadi sepertinya. maka Karisma Kapoor yang memiliki pemikiran moden dari barat ini mengangap ia satu tindakan yang gila dan tak bertamadun dan merancang untuk melarikan diri untuk balik ke Kanada.

adakah karisma Kapoor dapat balik ke Kanada? Apa kena mengena Shahrukh Khan dalam cerita ini? Adakah Narasimha dapat membalas dendam atas kematian anaknya? Siapakah yang tercekik tulang semasa makan ikan bakar pada malam itu? dan siapakah yang tidur awal semata-mata nak tengok bola antara MU sama Arsenal?

Ada sen boleh cari cerita ini. Shakti The Power

notakaki : Watak Narasimha merupakan satu watak samseng yang terbaik selepas Godfather. cool, psiko, pakai kain, tembak orang suka hati, terajang bini suka hati dan duduk mencangkung bila rasa tak puas hati.

Ahad, 3 Mei 2009

Tasik Kenyir - Cerita Dua



Terdapat 2 objektif utama penganjuran program ini. pertama untuk mengenali tasik kenyir dengan lebih dekat dan keduanya adalah untuk meransang ekonomi pelancongan di Hulu Terengganu.

rupa-rupanya masih ramai daripada kami dan juga para peserta tak pernah sampai ke kawasan Taman Negara Terengganu. so bila lagi nak berjalan-jalan secara percuma? sebab itu kekadang aku pikir ada untungnya join apa jua jenis NGO. ada rezeki boleh jalan satu dunia.

pakej ransangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini merupakan satu kaedah yang baik bagi menghadapi krisis ekonomi yang melanda dunia kini. kalau ikut teori ekonomi keynes, dalam menangani krisis ekonomi, kerajaan dituntut untuk memainkan peranannya untuk campur tangan dalam meransang ekonomi dengan mewujudkan permintaan-permintaan.

sebagai contohnya, bila krisis ekonomi berlaku maka orang akan kurang duit. bila kurang duit maka akan kurang belanja. bila kurang belanja maka mereka tak buat apa-apa seperti melancong misalnya. kalau diorang tak melancong ke Tasik Kenyir,Hulu Terengganu sape yang nak sewa rumah-rumah bot yang ada sini? maka dengan penuh keinsafan bagi membantu para pengusaha-pengusaha bot ini maka program ini pun dijalankan. secara tak langsung program-program yang dianjurkan oleh kerajaan ini berjaya meransang ekonomi diperingkat akar umbi. bukan setakat pengusaha bot sahaja mendapat faedah, tapi tokey buat baju, tokey buat banner, tokey bus dan sebagainya turut mendapat faedah.

malam pertama di Kenyir terdapat satu sesi pencambahan minda dibuat. turut hadir pengarah, timbalan pengarah dan juga wakil NGO belia daerah. kami bertukar2 pandangan dan idea tentang sejauh mana kerajaan dapat menolong belia, apa masalah belia, kemana arah tuju belia dan kami juga mendengar pandangan dan pengalaman orang lama belia tentang gerakan belia dan sebagainya. majlis tak rasmi malam itu berjalan dengan penuh rasa harmoni dalam keterbukaan minda semua para peserta yang hadir. walaupun program ini bermula dengan perkataan " riang ria..." tapi yang menarik apabila semua diberi peluang untuk bercakap dalam suasana yang penuh ceria walaupun isu yang dibangkitkan boleh menyinggung perasaan para pelaksana dasar.

yang memancing teruskan memancing, yang kaki bola tidur awal sebab nak berjaga pagi nanti untuk perlawanan antara Barca sama Chelsea. walaupun kami dalam hutan belantara dimana line telefon pun tak ada, kami masih berkesempatan menonton Buletin Utama sambil memikirkan tentang isu selsema babi dan isu para pegawai PTD yang kena smash sama PM Najib. Para PTD yang sangat cekap dalam bab-bab melaksana dasar kerajaan ini mungkin tak tidur malam pasal memikirkan tentang kerusi KSU(Ketua Setiausaha kementerian, satu jawatan tertinggi dalam sesebuah Kementerian)

Irama tasik kenyir terus berlagu dari unggas-unggas rimba yang mengagumkan dan menjadi simfoni syahdu menemani diri dalam malam indah ciptaan Tuhan.

Jumaat, 1 Mei 2009

Tasik Kenyir - Cerita Satu


satu tempat yang telah mempopularkan daerah Hulu Terengganu ialah Tasik Kenyir. Tasik buatan manusia yang terbesar di asia tenggara. mengikut kata-kata member yang ada disini terdapat lebih daripada 300 pulau, 20 air terjun, beberapa gua dan berpuluh-puluh jenis ikan yang terdapat di tasik kenyir. disini juga terdapat penempatan orang-orang zaman batu atau penempatan neolitik di gua bewah dan beberapa gua lain. dikatakan tasik kenyir ini mula dibuat pada tahun 1979 dan siap 2-3 tahun selepasnya dan ianya telah menengelamkan beberapa buah kampung dan juga kubur-kubur yang ada di kampung tersebut.

jika korang peminat alam semula jadi dan juga merupakan kaki pancing, Tasik Kenyir merupakan satu kawasan yang harus dan wajib korang lawati. masa aku mula-mula tengok kenyir dulu perkara pertama yang aku pikirkan ialah bagaimana hutan tebal ini boleh dipenuhi dengan air, berapa lamakan proses penangkungan air dan macam mana binatang-binatang yang ada dalam hutan ini dipindahkan?

baru-baru ini pejabat aku dengan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan satu program rekreasi yang dinamakan " Riang Ria Di Tasik Kenyir ". Program ini mendapat sambutan mengalakan sehingga terpaksa menyewa 2 house bot. untuk maklumat korang, jika korang tidak mahu berkhemah atau tidur di chalet-chalet yang disediakan, terdapat rumah bot untuk disewa. dalam rumah bot ini ada bilik tidur, tandas, tempat makan, dapur dan juga astro. yang mahal sikit mungkin ada karaoke. yang penting korang bawak bahan-bahan makanan seperti beras, gula, garam, teh/kopi sama gula, ayam sekilo dua dan bahan-bahan untuk korang makan sendiri. house bot hanya menyediakan peralatan asas untuk memasak di dapur mereka.

perjalanan kami ke Taman Negara Terengganu mengambil masa hampir lima jam dari Jeti Pengkalan Gawi. lima jam merupakan satu masa yang lama tuan puan sekalian, macam nak pergi kuala lumpur dari kuala terengganu. perjalanan yang panjang telah digunakan oleh peserta dengan menghayati keindahan alam semula jadi, membaca suratkhabar, bermain terup, memasang peralatan memancing dan memakan kuaci.jika korang adalah pembaca buku, inilah masa yang sesuai untuk membaca buku. anda boleh membaca buku dengan tenang dalam suasana yang aman damai dengan kandungan oksiden yang bersih lagi nyaman.

sebelum masuk ke Taman Negara Terengganu, terdapat satu kawasan macam transit ke taman negara. semua bot-bot dan house bot akan berhenti disitu untuk diperiksa bot-bot mereka oleh Pegawai Perhilitan. setiap joran akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 satu joran kalau tak silap aku. segala jenis pukat, senapang, bom ikan, c4, jala dan perangkap samar adalah dilarang sama sekali. golongan pemuja alam sekitar perlu berbangga dengan pihak kerajaan kerana peraturan yang kerajaan buat ini ada baiknya untuk alam sekitar.

disebabkan pejabat aku dah deal awal-awal sama pejabat perhilitan tentang program ini maka urusan kemasukan kami ke Taman Negara Terengganu berjalan dengan lancar dan cepat. hajat kitaorang untuk masuk ke Kawasan Sungai Cacing tak kesampaian kerana kawasan itu ditutup, maka kami terpaksa masuk ke kawasan Sungai Terenggan. Sungai Terenggan merupakan satu kawasan yang paling jauh dan dalam sekali di tasik kenyir. ianya berdekatan dengan Gunung Gagau dan sempadan dengan Negeri Pahang. Sila Lihat peta tasik kenyir untuk makluman yang lanjut.

semua kaki-kaki pancing dan bersiap sedia. siap jee parking bot, kapten bot menabur satu umpan yang dinamakan umpan buah sawit. umpan sawit itu direndam lama dan baunya cukup busuk. aku cukup kagum bila tengok betapa banyaknya ikan lampan memakan umpan tersebut. sahabat-sahabat kaki pancing dah siap sedia dengan joran masing-masing dari tadi dah tak sabar-sabar nak memulakan balingan. walaupun bukan kaki pancing tapi bila aku melihat banyak ikan lampan memakan umpan sawit tu maka tak pasal-pasal jadi panas. maka aku pun menjerit kepada sorang staf aku,

" zul, sediakan peralatan perang, kasi tambah peluru power sikit..aku dah tak sabar niii..."

adakah aku mendapat banyak ikan?

berjayakah aku menewaskan raja ikan air tawar?

benarkan aku berjaya mengangkat kelah seberat 3 kilo?

siapakah yang memesan prepaid kepada member yang hendak ke Pengkalan Gawi sedangkan kat dalam kenyir haram nak ada line?

benarkan kata PM bahawa bukan PTD layak jadi KSU Kementerian?

..tunggu sambungan akan datang.