Isnin, 30 November 2009

Selamat datang ke Universiti Hamburger, Kuala Terengganu


yeah, ini satu penjajahan bentuk baru. kapal pandu-lalu McDonaldland dah berlabuh di Kuala Terengganu. Kapal pertama dah berlabuh di Kerteh Kemaman dan ini kapal yang kedua.

budaya makan bende-bende segera 24 jam sudah bertapak disini. nasik dagang dan nasik minyak akan merosot penjualannya. 24 tahun dari sekarang nasik dagang dan nasik minyak akan pupus dari selera penduduk Kuala Terengganu. Orang Kuala Terengganu makan padi di McD, lunch di McD, makan malam di McD dan semuanya di Mcd.

budaya makan orang putih ni. orang melayu buat berniaga. abang-adik-kakak-tokwan-tok ki- melayu baru dijemput hadir semua. kata orang politik takpe buat bende ni semua, anak-anak melayu kita jugak yang bekerja. sekurang-kurang dapat duit simpan nak bernikah nanti.

yeah, selamat datang ke Universiti Hamburger, Kuala Terengganu.

notakaki: aku nak buat sajak sebenarnya, tapi dalam keadaan hujan sekarang ni feeling dia tak ada. Inspirasi dari buku Fast Food Nation karya Eric Schlosser.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keh nampak muka aok dlm buletin utama mlm semalam di gua bewah.

glamerla aok ye.

Rahimin Idris berkata...

bila nok bukak di lepih?

Hashim Zabidi berkata...

Orang besor kita memang begitule nak ngambil hati orang kecik. Dia punye koner baringpun ada, sampai bertimpa-
timba pun ada. Tak usah peliklah.

Tanpa Nama berkata...

tahniah muka kuar berita utama itu hari..rase mcm nampak org popular lak. hak hak hak

Jorji berkata...

kau dah mengulang 3 kali agaknya ke mcd tu?