sejak dua menjak ni aku kerap ke wikipedia. boleh kata hari-hari layan wikipedia. aku sedang dan tengah study tentang sejarah semua agama, hal-hal kejadian manusia dan perciptaan Adam dan Hawa dari pelbagai perspektif agama dan fahaman, hal-hal azazil, jibrail/gabriel dan malaikat yang lain, tentang Taman Eden/Garden of Eden/ Taman Firdaus dan sebagainya.
selain daripada Bahasa English, banyak daripada maklumat disana ditulis dalam Bahasa Indonesia. di mana perginya Bahasa Melayu?
Menyedihkan. Kita tak serius dalam penterjemahan. Orang-orang indonesia walaupun mereka selalu kelaparan, tak cukup makan dan kadang-kadang tidak rasional dalam tindakan, tapi mereka cukup serius dalam hal-hal ilmu pengetahuan. mereka prihatin dan murni dalam hal-hal perkongsian ilmu pengetahuan.
aku teringat dengan novel Ayat-Ayat Cinta. Pemegang watak utama dalam novel tu mencari pendapatan dengan menterjemah kitab-kitab yang ditulis dalam Bahasa Arab ke Bahasa Indonesia. Itu mahasiswa Indonesia, mahasiswa Malaysia?
dan orang-orang kita di malaysia cukup berbangga dengan Insititusi Terjemahan Negara Malaysia. Lalu dengan bangganya Insititusi ini menjual buku penterjemahan dengan satu harga yang agak mahal dan bagi mengalakan rakyat membeli buku penterjemahan maka di buatnya pertandingan menjawab soalan dengan hadiah sebuah kereta Myvi.
tahniah kepada pemenang kereta Myvi tersebut.
ps: Wikipedia dulu Persatuan Penterjemah Malaysia. People not profit!
4 ulasan:
mahasiswa Malaysia ketika dikampus ditaja dengan biasiswa tidakpun dengan pinjaman pelajaran PTPTN...mereka mewah dan tak perlu nak cari duit belanja. tak cukup minta sama bapak sama ibu...mereka mewah...duit pinjaman atau biasiswa digunakan untuk beli handphone dan motobike.
mahasiswa indonesia...mereka miskin..belajar dengan ongkos sendiri tanpa biaya dari mana-mana...kalau tidak usaha manakan dapat belanja...so mereka berusaha bagi memenuhi keperluan mereka untuk belajar....
itulah beza latihan pembentukan insan antara dua negara berjiran' cuma tidak semua dari negara jiran kita itu boleh kita jadikan contoh teladan....disana juga kertas ijazah dan sijilnya belum tentu pemiliknya berilmu.....tapi tidak disini....walaupun disini sedang dijangkiti wabak itu cuma belum seriuos.........
Suka tengok terjemahan filem tamil
ammo, aok pun dulu mahasiswa. aok ada ke usaha buat penterjemahan? wikipedia tu sapa2 blh edit, so aok terjemah dan edit la dalam bahasa melayu.
keh pun duduk KC 6 tahun, tak semua mahasiswa kaki joli. ada yang terpaksa guna duit ptptn dan JPA tu untuk belanja keluarga di kampung.
so, satu jari aok tunding pada org lain, 4 jari tunding diri sendiri. sama2 la kita usaha memartabatkan ilmu.
BERILMU BERBAKTI BOH.
Catat Ulasan