Sabtu, 5 September 2009

Wakaf Che yeh-yeh...

aku baru jee nak cerita hal wakaf che yeh ni. tiba-tiba aku tengok majalah 3 seronok benar cerita hal ni. so tak kisah laa. sekurang-kurang tv3 sekali sekala ambik hati tuan guru.

so semalam aku ke sana bersama anak dan isteri. target kita orang just nak jalan-jalan je. makan angin. lagi pun umah tok aku boleh kata belakang wakaf che yeh je. kalau tak pergi apa pulak kata orang sana.

tapi geng, suasana dia macam esok dah nak raya. aku dah kagum semalam. tapi mak sedara aku kata suasana kat sana hari-hari macam esok nak raya. dua kali kagum bila dengar cerita tu.

dulu wakaf che yeh cuma pasar biasa jee kalau tak silap aku. tapi masa aku kecik nenek aku dan sedara mara yang lain kalau cari makanan dapur mesti pergi ke pasar wakaf che yeh. murah kata diorang.

dengan tiba-tiba wakaf che yeh meletup. sesiapa yang pergi kota bharu atau kelantan mesti nak pergi wakaf che yeh. dia punya glamer mengalahkan erra fariza sama fasa sandra.

dia punya sesak toksah cerita. parking ada tapi kalau lambat parking jauh-jauh laa. semalam tujuan aku ke sana sebenarnya nak cari jersi man city tapi last2 bawak balik jersi liverpool kosong. peh, jersi ni memang ada liverpool pakai masa main kat france musim lepas.

bagi aku semua bende ada jual kat sini. bende eletrik jee yang tak ada kot. terbaru aku jumpa sampul duit raya yang corak duit. ada sampul duit Rm5, RM 10 dan RM50. so tahun ni aku beli sampul corak duit kasi budak-budak. biar semangat sikit raya diorang tahun ni.

aku yakin tahun ni dia punya sesak sama macam dulu-dulu. kalau rumah dekat aku cadang datang laa naik basikal. 15 hari sebelum raya pun berjalan kat situ dah sentuh-sentuh bahu. korang bayangkan kalau esok nak raya...

5 ulasan:

fizzahyahiya berkata...

bab sentuh2 bahu tu yang aku kurang berkenan.. masuk tempat2 cenggitu mmg kena pakai ilmu hikmat mengecilkan diri semasa mencelah2 untuk mengelakkan batal air sembahyang.

meorazor berkata...

hehe..
geng liverpool juge kamu.
cam uptown tak bro wakaf che yeh tu?

langkasuke berkata...

peh.. gua rindu saat gua blajar kelantan dulu.. balik raya je beg penuh isi baju raya.. memang solid..

tak lupe jersi arsenal hahaha..

terrarosa berkata...

Wakaf Che Yeh ?
keh kalu nak kesana , memang selepas magrib, tang parking pula keh lebih suka masuk parking berbayar dalam rumah orang tu ... harga tudung atau kain orang pompuan memang murah giler...mata pun dah mula kelabu , banyak sangat pilihan :P

p/s keh dah beli itu sampul duit RM50. Siapalah yg menjadi mangsanya nanti... hahahahaaa (gelak jahat)

meorazor berkata...

murah2 baju kat kelate nun..
mmg bley wat niage kat pasar mlm kl..hahaa..