bini aku kena sakit mata. semalam pergi klinik, orang ramai tak patut. memang sedap kalau dapat join industri sakit kat dunia ni. kaya cepat, boleh beli kereta besar dan boleh interview budak-budak dari kolej jururawat yang berlambak sekarang kat malaysia.
aku pikir budak-budak yang belajar ilmu-ilmu kejururawatan sekarang memang susah nak jadi penganggur. lepas habis belajar aku rasa kerja boleh dapat mudah. tak kat klinik kerajaan boleh apply kerja kat klinik swasta atau klinik-klinik persendirian tepi-tepi jalan.
yang susah nak dapat kerja mungkin para pemegang ijazah pengajian Islam. tak tahu laa diorang nak kerja apa lepas ni. paling jauh boleh pergi kerja kerajaan dengan join JAIS, JAWI, JAIP dan sebagainya. kalau hebat sikit boleh join kumpulan nasyid. agak-agak boring apply KPLI, jadi cikgu agama. aku pikir pelajar-pelajar pengajian Islam patut terus dapat kerja macam jururawat.
habis belajar terus posting kat masjid-masjid. lantik jadi pegawai masjid. jadi pengurus masjid. dalam satu daerah ada beratus masjid. budak-budak pengajian Islam ini diberi tugas untuk mengurus masjid. ramaikan orang kat masjid. kalau boleh buat apa-apa kelas kat masjid. kelas fotografi ke, kelas bahasa cina ke dan sebagainya. meriahkan masjid dengan pelbagai aktiviti. idea ni macam dr asri dalam bahtera perubahan yang ada siar dalam Astro itu hari aku dengar.
AJK masjid kena kreatif. aku rasa tak salah buat perlawanan akhir piala dunia kat afrika 2010 nanti kat perkarangan masjid. lepas habis bola boleh sembahyang ramai-ramai. tak pun try buat bengkel motosikal satu kat masjid. mana tahu budak-budak boleh insaf.
bab sakit mata memang tengah musim sekarang ni. bini aku dapat mc 2 hari. cam best jee cuti sakit mata ni.
ps: penulisan kali ini tak ada kena mengena dengan isu kes curi tongkat mimbar yang berlaku di Marang, Terengganu.
2 ulasan:
mmg industri kesihataan yg digabungkan dengan perlancungan amat menguntungkan.....melaka yang target sebagai negeri maju 2010...dah lama terokai industri pelancungan kesihatan...menyediakan hospital yang selesa dengan khidmat pakar kesihatan yang cekap dan kemduahan hospital ala hotel 5 bintang....pesakit dan keluarga pesakit selepas mendapat khidmat pakar akan berbintang-bintang kamar....tenguk bil (charge perkhidmatan)...ha ha ha
bro, wa setuju.
Catat Ulasan