Khamis, 10 September 2009

Mat Tiara

satu hari pada satu musim dalam tahun 1992.

aku tak ingat musim apa masa tu kat Malaysia pada tahun 1992. Musim bunga, musim luruh, musim sejuk atau musim panas, aku tak pasti. tapi masa tu memang bermusim.

kalau tak silap aku masa tu musim muzik-muzik. musim muzik-muzik dia punya top biasanya pada akhir tahun. bulan 12. musim banjir. sebab hujan selalu maka sebagai rocker sejati yang tak pernah mendengar muzik-muzik dagangan dari luar yang seharusnya negatif, maka rancangan muzik-muzik merupakan satu rancangan yang mesti di tengok.

setiap bulan aku mesti tunggu siapa jadi juara bulanan. ada satu bulan lagu Tiara daripada kumpulan Kris menjadi pujaan hati aku dan tup-tup jadi juara kumpulan. boleh kata aku hafal lagu tiara tu. kalau aku reti main gitar memang aku dah hafal kod gitar lagu tu.

kegilaan rock KRIS dengan TiARAnya terbawak-bawak sampai aku masuk belajar kat mrsm. sekolah budak pandai kononnya. aku sebenarnya kagum jugak dapat masuk mrsm ni. aku hairan macam mana dengan upsr 3a 1c yang aku bawa dari SR Clifford telah membawa aku ke tahap pelajar berasrama penuh. nampak sangat kerajaan nak tolong orang melayu.

disebabkan tensen dengan keputusan 3a 1c sedangkan orang lain masuk mrsm dengan 4a, maka setiap kali masuk dorm asrama aku mesti menyanyi lagu tiara. pergi tandas tiara, masuk kelas tiara, masuk dewan selera tiara, main bola tiara. maka ada seorang mamat ni yang nama dia ajuba telah senang hati mengelarkan aku mat tiara. katanya,

" Hisham, sebab ko nyanyi lagi tiara selalu maka aku panggil kau Mat Tiara.."

sejak hati tu sampai sekarang budak-budak mrsm panggil aku Mat Tiara. amacam? lagenda tak nama?

ps: korang bayangkan kalau dulu aku hari-hari nyanyi lagu Isabella tak pun ada satu lagu rock melayu yang puja gadis bernama Rokiah. kalau tak sekarang diorang panggil aku Mat Isabella atau pun Mat Rokiah. amacam? tak ke sawan dibuatnya tu...

9 ulasan:

paiseh berkata...

gua rasa ralat laa lu punya cause n effect tu..
nyanyi Tiara sebab masuk MRSM pakai 3A1B.. pelik..pelik..

fizzahyahiya berkata...

Mungkin disebabkan ko lah aku frust menonggeng tak dapat masuk asrama penuh masa tingkatan 1 walau pun dapat 4A. (mungkin time tu kerajaan mmg amik calon2 zuhud je kot untuk masuk mrsm)

Akhirnya aku tersadai kat SM Clifford..

Dan lepas kena gantung sekolah seminggu kat Clifford (after habis exam PMR), dengan cemerlangnya aku tinggalkan sekolah tu dan p masuk mrsm... hahahahaha.. terus tak menyesal kena gantung... (kalau ingat zaman-zaman rebel dulu, memang boleh buat tergelak sendiri).


ps: aku tahu aku komen luar skop.. kasi can layan blues... LOL

Bobo Brazil berkata...

kalau mat Isabella, mungkin panggil bella je kot.. HAHAHAHAHAHA

terrarosa berkata...

hahaahaaa keh ingat lagi muzik2 yg ada Kris - Tiara tu,
peh siap berlakon gaduh2 gan pisau lagi...

kesian juga aok, form 1 dah masuk asrama, nak kuar bandar pun kena pakai baju seragam kikikiiii...

TUPAI berkata...

MAT TIARA okey apa.....kalau panggil MAT BANGLA....amcam bro???

meorazor berkata...

perghh..ni geng zulkapan la nieh..
hahaha..bley jadik geng AnSARA laa..

Azuan berkata...

Aku sebagai rakan seMRSM dengan Mat Tiara mengesahkan cerita itu benar...

Adam Ruslan berkata...

Ingatkan dah nak sembunyi dah nama itu di dunia blog ni.

FdausAmad berkata...

Jap gua bayangkan kalau lu nyanyi lagu WoW..Mat WoW!!

cool gila woiih.