Rabu, 16 September 2009

Bola Raya

suatu malam pada 'penghulu malam segala malam lepak' di lipis,

" kau balik beraya mana esok pp? " gua bertanya

" aku balik raub kejap jeee, petang tu ada sampai umah.." pp bercakap gembira

" kau padeli raya mana? " gua soal padeli

" aku balik kampung aku pagi jap, petang memang aku balik rumah. tak tidur umah nenek aku. pasal pek lu nak datang beraya ke? "padeli menjawab

" esok petang jadi ke main bola? 1 syawal kalau main bola macam sedap jee ni." gua kasi idea

" aku set jee. tengah semangat ni." pp setuju

" esok kalau main mungkin 4-5 gol aku shoot " padeli bercakap semangat.

lepas bersembang hal bola. masing-masing bukak topik lain. gua yang tepaksa beraya kat lipis tahun tu dah kembali bersemangat nak sambut raya. bukan apa raya kat lipis dalam kul 3 petang gua dah start tidur rumah selepas selesai sembahyang raya kat masjid tempoyang sama pusing-pusing satu taman seri tempoyang. so dapat main bola petang raya dah kira bonus.

" esok petang jangan lupa bola semua. sembahyang raya tak pe tak datang. sembahyang sunat je tu" pesan gua dalam keadaan perasaan tak takut tuhan.

padeli angguk, pp tersenyum, amar bercakap ok keriangan, amin tunjuk bagus dan boleh kata semua setuju malam tu. gua dah gembira.

+

+

+

petang tu sampai padang bola gua tengok pp terhiling-hiling main hoki sorang-sorang. cam celaka perangai masing-masing.

ps: tahun ni gua raya kota bharu.

7 ulasan:

en_me berkata...

salam aidilfitri maaf zahir bathin dr me dikejauhannns wat abang ammo ittewww

meorazor berkata...

hahaa..smangat bola tol..

slmt hari rayer bro..
maaf zahir batin

FdausAmad berkata...

Gua tengah prektis nak guna vocab terhiling hiling nih..belum kena rentak lagi ni pek..

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Woi..!!! apa jadah gua main hoki raya pertama??

paiseh berkata...

mael mana?? mael?

terrarosa berkata...

aok beraya di Kota Bharu ?
okess - never mind - berehh !

biar keh beraya di Kuala Lipis pulok, biar lega sket bandar KB, biar lega jugak kereta aok atas jalan nanti kikiikiiii

padeli berkata...

giler ape...biasa gua yang paling semangat..