Rabu, 6 Mei 2009

Tasik Kenyir - Cerita Empat


dalam bot ada jugak satu diskusi ilmiah 'cara-cara bermain 400'. 2nd boss aku ada ajar dan buat sedikit praktikal. serius aku tak faham. sebenarnya main terup 400 ni merupakan satu aktiviti yang aku dah tengok sejak aku darjah 4. masa tu husen, bakar and the geng selalu main kat bawah rumah flat tempoyang. kalau nak ikut aku dah kira master main 400 kalau aku duduk melepak dan study sama geng-geng tue. tapi aku hairan kenapa kemahiran bermain 400 memang tak masuk dalam jiwa aku.

tak faham dengan 400 aku layan novel yang aku bawak. 5 jam perjalanan pergi sama 5 jam perjalanan pulang memang satu perkara yang membosankan jika tidak diisi dengan aktiviti berfaedah. kalau tak bawa buku memang aku syak aku akan terer main 400 sambil makan kuaci. hedonist tak patut!

novel Gerila merupakan satu novel yang sangat true dan berlatar belakang pada tahun akhir 70an. pertama ia ditulis oleh Lukman Iskandar. seorang bekas tahanan ISA dan dah pun arwah. dia juga merupakan bekas gerila bagi Barisan Revolusi Nasional melayu Patani(BRN).aku yakin semua latar belakang dan fakta-fakta yang dibentangkan dalam novel ini adalah benar. cuma aku tak pasti sama ada nama TPP (tentera pembebasan patani) dan nama-nama lain yang digunakan dalam novel tu benar-benar wujud atau ada nama lain yang sebenarnya digunakan di alam realiti.

ya kawan-kawan, novel ini telah membuka minda aku tentang sejarah-sejarah yang tidak aku pelajari di sekolah rendah dan menengah. tidak terlintas langsung dalam kepala otak aku tentang sebab dan akibat mengapa pergolakan di selatan thai tidak pernah selesai sehingga ke hari ini. yang aku tahu ada 4 buah negeri melayu yang dijajah oleh Siam dan mereka dikatakan memperjuangan kebebasan negara daripada siam sejak 1902 iaitu selepas Siam menghapuskan sistem beraja di sana.(baca sistem beraja kerajaan Melayu)

aku terfikir nak menulis tentang ini bila aku jumpa satu blog yang namanya Kampung Perdamaian Sukhirin -Kini dan Silam dari blog dhani. dalam blog itu ada diceritakan dalam bentuk komik tentang Tentera Pembebasan Nasional Malaya, sayap militen Parti Komunis Malaysia. Kampung Sukhirin merupakan satu penempatan yang duduknya para bekas kader dan perajurit(? perajurit bagi pihak siapa? rakyat malaysia? ) Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Merekalah komunis yang diburu oleh bapak aku dulu-dulu. Ya tuan-tuan, bapak aku merupakan bekas polis hutan dimana tugas hakikinya ialah memburu komunis-komunis dalam hutan malaysia. untuk maklumat anda semua para komunis ini juga merupakan musuh kepada golongan perjuang pembebasan patani ni walaupun dikatakan bahawa PKM bukan musuh utama orang patani. untuk cerita yang lebih sedap tentang perjuangan gerila patani boleh rujuk kepada website ini,ini juga. dan jugak ini. dalam novel ini menunjukkan bahawa selain tentera Thai, PKM merupakan satu pihak yang sentiasa diperangi oleh pejuang gerila Islam patani. so kesimpulan aku mudah, PKM jahat dan kita tak perlu sokong sebab gerila Islam pun tak sokong komunis. so mengapa perlu melayu Islam sokong komunis? Haha

aku pikir, jika anda membaca novel ini dan juga rujukan-rujukan blog yang diberi, gambaran yang diberikan ialah masalah orang melayu yang tidak boleh bersatu. bila beza sikit je idea dan pemikiran kita maka kita akan mudah berpecah. ambik contoh Patani, terdapat tiga pertubuhan besar yang mempunyai objektif yang sama tapi berpecah-pecah akibat mungkin daripada 'pemikiran yang berlainan'. Habis macam mana nak menang?

Buku ini memang direkemankan untuk sesiapa yang nak jadi askar dan suka kisah sejarah tapi perlu diingat bahawa kisah percintaan yang dipaparkan tak sedap dan tak realistik langsung...

" ...perlu ingat yang titik politik nasionalisme Patani adalah bersifat ketuanan Melayu yang mencakupi seluruh Kepulauan Melayu atau Malay Archipelego. Politik Patani adalah bayangan kepada orang melayu Malaysia. Selagi orang Melayu Patani bergelar Melayu dan orang Melayu Malaysia bergelar Melayu maka sikap politik secara parlimenteri berbeza dengan politik orang melayu Patani yang radikal, agresif dan revolusioner. "


BERSATULAH MELAYU!

ps: Langkasuka itu Patani!

2 ulasan:

Pyanhabib berkata...

selamat hari khamis! :)

dance4life berkata...

"bila beza sikit je idea dan pemikiran kita maka kita akan mudah berpecah"

setuju dgn pernyataan tu..amek cth SIS..hanya kerana parti pembangkang merupakan yg awal mengkritik dan mengelaskan SIS sebagai salah, parti pemerintah "yg tidak boleh serupa idealoginya dgn pembangkang", membela perilaku SIS walaupun mmg terang2an ianya salah...bila nak bersatu?bila nak maju?