Isnin, 31 Januari 2011

Mana Amerika di Mesir?




Cinta Buatan Asrama Penuh

" awak suka saya tak? "

" suka sangat, nape tanya camtu? "

" betul ke awak suka saya ni?"

" sumpah demi Allah..tak tipu.."

" betul? "

" betul tak tipu, sumpah makan sate 30 cucuk! "

" awak janji? "

" janji pe? "

" janji tak tipu saya? "

" tak betul tak tipu...serius "

" saya tak percaya awak! "

" la nape pulak, saya cakap betul.."

" awak tipu..awak tipu.."

notakaki : gua ingat nak tulis cerita sejarah lepas ni.

Khamis, 27 Januari 2011

Cikgu Azian (bukan edisi marah sama Matematik Tambahan atau edisi mengumpat)

tahun 1996.

hari ini kertas matematik tambahan. aku melangkah tenang melintasi jambatan parit untuk ke dewan besar. dalam ketenangan ada keberatan. air-air parit mengalir deras. mungkin semalam hujan dihulu parit. jika hujan lebat semalam, maka jangan sekali sekala mandi di parit.

dalam perjalanan ke dewan besar, masing-masing bercakap dengan bahasa yang pelik-pelik. fx tambah gx kuasa 8, gx kurungan x dan beberapa hal yang membuatkan aku berfikir bahawa ini semua satu konspirasi amerika atau mungkin semua terpengaruh dengan cerita x-files.

semua nampak tenang, semua nampak cool. yang konpiden dapat a1 dalam matematik tambahan berborak tentang cerita alam perwira. aku jadi cool. kata orang sebelum pekena periksa, rokok mesti dihisap. paling cool rokok dunhill.

aku kebelakang dewan. hembusan rokok terbang berteraburan. aku memandang dinding. aku pikir jadi dinding pun dah ok time time gini. tapi kekadang aku pikir kalau jadi dinding nikmat berjimak tak ada. oleh yang demikian baik terus jadi manusia. rokok diisap, asap dihembus dan tiba-tiba asap rokok bertukar menjadi rajah-rajah koordinat geometri.

" gampang " aku berbisik manja.

" geometri tu bende? " aku tanya diri sendiri. aku cuma mengagau poket untuk mencari buku mini matematik tambahan.

" gampang" aku bercakap kuat tapi manja. tak jumpa. seseorang perlu ditanya tentang hal ini. nak tanya cikgu mesti mendatangkan bencana.

tiba-tiba dari jauh aku nampak kelibat Cikgu Azian. dengan semangat kena bertugas dihari SPM kertas matematik tambahan aku lihat cikgu Azian mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajarnya.

sampai kat aku Cikgu Azian angguk-angguk. nak ucap selamat berjaya mungkin dia malu agaknya. aku senyum sama dia dan dia pun senyum sama aku. senyuman bertukar dan aku merasa dosa-dosa aku terhadap cikgu azian terhapus. senyuman itu memberi semangat pada aku. aku yakin akan dapat kredit. kata orang kalau cikgu redha dengan kita, kita akan berjaya. aku yakin dalam dewan periksa nanti tuhan akan mendatangkan banyak pengetahuan luar biasa atau ilmu laduni untuk aku. aku tunjuk ibu jari keatas kepada dia. kalau tunjuk jari tengah itu satu hal yang sangat punk.


" gampang "


matematik tambahan aku dapat 7.

Rabu, 26 Januari 2011

Pantai, Laut dan Planet

aku pagi tadi bila bangun tidur tiba-tiba dapat angan-angan. aku sendiri tak tahu jenis setan apa yang kasi angan-angan canggih selepas bangun tidur. aku agak ini setan jenis moden. takpun jenis setan yang kena lastik dengan malaikat apabila cuma mendengar rahsia-rahsia langit.

angan-angan dia macam ni. kalau ada peluang, aku nak berkhemah tepi pantai atau tepi sungai. kat depan aku mesti ada gunung yang tinggi. belakang gunung tu mesti nampak planet besar. kalau boleh ada dua 3 planet besar kat belakang gunung tu. lepas tu bila waktu malam dari dalam khemah aku akan lihat hujan-hujan mateor dari langgit. kalau berkesempatan kelihatan 2-3 ufo berterbangan riang.

dari dalam khemah aku akan mendengar binatang-binatang hutan menyanyikan lagu mereka. angin bayu bertipu tenang, bintang-bintang berkelip dan planet-planet dibelakang gunung itu bergerak perlahan.

canggih tak patut cita-cita.

Selasa, 25 Januari 2011

Masa, Filem dan Buku

bukan untuk meninggi diri, bukan untuk menunjuk, bukan untuk mengUJUBkan diri dan bukan untuk membanggakan diri. aku cuma nak memaklumkan tentang beberapa perkara yang serius untuk kita kongsi bersama.

kat rumah aku ada 35 buah buku yang tidak habis dibaca, 23 keping dvd yang belum ditengok, 20 cerita dalam hard disk yang belum juga disentuh, 350 lagu untuk dikaji, 5 minyak angin yang belum dicuba dan berkeping atau berbotol ubat gastrik yang dimakan secara bercampur-campur.

aku start tengok raja lawak 5 selepas minggu ketiga dan juara Kamilah Bintang dalam Astro Ceria aku masih tak tahu siapa yang menang.

so aku anggap diri aku jenis manusia yang agak ketinggalan bas dan kekadang seperti manusia yang lemah fikirannya. manusia yang lemah fikirannya adalah manusia yang gagal untuk menjadi aset-aset berguna dalam setiap revolusi.

mencuri kata-kata dari abang tukartiup. solut pada anak muda yang menghabiskan masa untuk menonton dan membaca filem! solut pada anak muda yang membaca buku! solut pada anak muda yang tidak membuang sampah merata-rata! solut pada anak-anak muda di Tunisia! solut pada penentang kapitalisme! solut kepada anak muda yang menentang ketidakadilan! solut kepada anak muda yang sedang bikin zine pada masa sekarang! solut pada anak muda yang bangun malam dah mengaji Quran! solut pada anak muda yang berani!

Solut pada anak muda yang membaca blog ini! solut!

Isnin, 24 Januari 2011

Dongeng Sokernet

suatu masa dulu disatu petang selepas satu perlawanan persahabatan peringkat dunia aku melepak bersama Yunus Alif. sebagai peminat bolasepak tempatan menengok perlawanan peringkat liga daerah, liga kampung dan liga malaysia merupakan satu hal yang wajib bagi aku.

tiba-tiba Yunus berkata pada aku.

" sham, ko budak sokernet ke? '

aku paling tengok muka dia sambil berkata,

" taik laa soketnet, buang masa jadi budak soketnet..tuihhh.." air liur pekat jatuh ke padang bola.

" habis yang mung pakai baju ni nape? " tanya Yunus dalam bahasa Terengganu.

" Jangan pandang diri melalui pakaian bro. aku tak ada baju nak pakai tadi."

" budak-budak sokernet reti main bola tak? " dia tanya aku lagi.

" tuihhh...cakap je lebih. hanya pandai berkata-kata. saiz bola entah kenal atau tidak..."

petang itu burung-burung kembali ke sarang, matahari semakin terbenam dan cengkerik hutan menyanyi riang...

Ahad, 23 Januari 2011

Pagi Panas, Malam Sejuk dan 10 tahun lagi ada salji kat sini.

tadi gua tgk hoki. uitm lawan sapura. masa tu uitm 2 sapura 0. gua jadi hairan pasal uitm ni kira pasukan paling lauk yang gua tahu dalam liga hoki malaysia dan sapura pulak lebih kurang macam liverpool.

gua tengok hoki zaman sekarang dah begitu simple. peraturan menang dah berubah gila tak patut. dulu masa gua main hoki offside hoki ni macam offside bola. tak silap gua masa gua tingkatan 4 offside ni dah macam tak ada.

gua rasa dulu peraturan hoki yang paling teknikal dan susah. kena kaki pun foul. sikit-sikit foul. hala punggung ke pemain pun foul. entah apa-apa.

gua ingat bola kalau tak ada offside cool jugak.penjaga garisan tak perlu ada. pakai 2 pengadil je. jimat pun jimat kalau nak buat kejohanan.

sempena piala asia ni gua pikir pasukan paling cool ialah India. taraf dia macam malaysia itu hari. sekarang gua hairan kenapa kat sabah jersi malaysia pun boleh habis.

Khamis, 20 Januari 2011

surat eletrik!

sebelum kemunculan laman-laman sosial yang ramai orang pakai sekarang ni, hubungan aku dengan email memang kacip. membuka email sejak tahun 1997 hingga tahun 2007 merupakan satu hal yang benar-benar mengujakan seperti menunggu posmen datang kerumah.

dari tahun 1997 hingga tahun 2000 hubungan aku dengan posmen betul-betul baik. kalau jumpa tengah pekan sari memang aku akan hai. kalau yang baik sangat tu siap tepuk-tepuk bahu. masa tu zaman jadi editor zine. menulis surat dan menghantar surat dengan duit beli zine + kaset merupakan satu hal yang sangat biasa. paling seronok bila surat yang mintak order tu dibalas dengan madu. paling madu aku tengok saha editor embrace zine. sekali hantar surat dengan aku dia sedekah 2-3 kaset, cd sama zine. nostalgia tak patut.

dalam tahun 1997-1998, revolusi teknologi maklumat sedang naik. masa tu hubungan aku dengan fakulti sains komputer memang kacip. masuk belajar UPM dulu aku dapat email UPM. nama dia d59208@telnet.upm.edu.my, lebih kurang gitu. masa tu hari-hari pergi situ cheak email. masa tu main email sedap dia macam bukak facebook atau laman porno sekarang.

lepas tu sebab straightedge sangat aku bukan email xvaskularx@hotmail.com. email tu khas untuk hardcore/punk scene. sebab ada x kat depan aku terima jugak sekali sekala gambar porno dalam email tu. hal ini kekadang bahaya dan kekadang sedap. tapi yang banyak kearah sedap.

lepas tu entah berapa banyak email aku bukak. vespamail.com ada, doramail.com ada, rocketmail pun ada, petmail pun ada dan macam-macam email masa tu. paling tidak aku rasa ada 10 akaun email.

lepas tahun 2007 penggunaan email makin kurang. orang semua dah main laman sosial. friendsterlah, myspacelah dan paling canggih sekarang facebook. sape tak ada akaun facebook kira kodi lah orang kata. kodi tu macam kicap masam atau kicap basi. pernah rasa kicap basi?

tahun 2011 ni aku nak start email balik. sesiapa nak beremail boleh email norhisham1979@yahoo.com. ini kira email rasmi. password email ini aku tukar sebulan sekali. kata orang yahoo password aku ni tahap paling susah sebab kekadang aku pun boleh lupa password email ni. harap korang boleh email aku. viva email!!!

terima kasih. selamat beremail.

notakaki : tulisan hari ini berkaitan dengan email.

Ahad, 16 Januari 2011

cabaran melayu baru

semalam bini aku hantar damia pergi tusyen. sebagai bapak yang agak steady, berpikiran terbuka dan manja aku mengeleng-geleng kehairanan. kesian budak-budak zaman sekarang, belum masuk darjah satu dah kena pergi tusyen.

kalau tengok iklan kelas tusyen sekarang, para usahawan kelas tusyen yang kebanyakan cikgu-cikgu sekolah begitu pandai memainkan perasaan hati mak bapak. mereka telah menyediakan satu pakej yang menarik dari darjah satu sampai darjah enam. model ekonomi baru telah berjaya nampaknya.

kata bini aku, cabaran budak darjah satu semakin berat sekarang. masuk darjah satu terus diajarkan mengeja. bab-bab belajar ABC memang tak ada. maknanya sape tak belajar betul2 ABC kat tadika maka dia ketinggalan. sebab tu damia kena pergi tusyen.

bab kta Abdullah Hussain " saya menulis untuk dibaca dan difikirkan, sentimen yang timbul saya tak tahu ". apa yang penting tulisan Abdullah Hussain tu sama dengan aku.

Selasa, 11 Januari 2011

Sekarang Musim Hardcore

kemarin atau semalam aku pergi satu kedai kaset/cd yang terletaknya di satu tempat rahsia. sebelah kedai cd tu kedai jual minyak dan disebelah kiri kedai tu ada satu kedai makan yang orang kebanyakan, orang politik wannabe dan orang koperat duk makan dan melepak. biasa aku pun makan situ jugak sebab ada satu jenis makanan yang namanya peria masak telur goreng yang menjadi kegemaran aku. aku hairan kenapa peria yang dia masak tak pahit. dimanakah keadilan rasa pahit?

aku ingat scene hardcore tengah naik sekarang. dibarisan tertinggi cd biasanya kedai tu letak cd yang popular. dengan seriusnya aku perhatikan bahawa cd band hardcore memang berada di tahap tertinggi tu dan semestinya hardcore itu dari Victory Records. so siapa kata hardcore dah mati?

disini aku letakkan satu muzik hardcore untuk pendengaran bersama yang aku jumpa dalam PES2011. sape kata tak hardcore memang tak true. siap ada lirik lagi ni.


Isnin, 10 Januari 2011

Komuniti

sebenarnya dalam hal drama-drama tv aku memang ketinggalan. aku agak dalam 400 meter kebelakang. itu drama orang putih. kalau drama melayu aku agak dalam 250 meter kebelakang. prestasi tengok drama dalam suasana melepasi kelab 3 kupang ini begitu mencabar.

nak main games lagi, nak mengaji quran lagi, nak tulis novel lagi, nak main basikal lagi, nak ambik gambar lagi, nak main bola dengan anak lagi, nak tulis blog lagi dan menimba ilmu pengetahuan lagi dan banyak hal lagi. aku rasa 24 jam ni macam tak cukup.

tapi syukur pada tuhan dengan hujan yang diturunkan. bila hujan rasa berjalan memang malas dan ini boleh mendatangkan suasana kekeluargaan dirumah.

hari jumaat sama sabtu itu hari aku layan satu tv drama yang bertajuk " Community" drama ni aku rasa tak keluar tv3. terima kasih kepada budak praktikal pejabat aku yang kasi muat turun drama ni. yeah, drama ni terbaik. good, clean tak clean dan yang paling penting fun! viva!!!


disini aku letak satu babak yang sedap untuk dikongsi bersama.

Panas dan Tanda Seru

kenapa jersi malaysia boleh habis sekarang??!!! buat letih aku cari parking!!!! parking dah laa susah kat sini!!!! buang masa masuk kedai!!!

kenapa baru sekarang beli jersi malaysia!!! kenapa!!!! kenapa tak dulu!!!! kenapa!!!!! pergilah sokong EPL tu!!!!! pergilah!!!

kenapa jersi malaysia habis!!!! aku bukan nak sokong bola!!!! aku nak sokong hoki!!! aku nak sokong polo air!!!! aku nak sokong basikal!!!! aku nak sambut merdeka pakai jersi bola!!!! yang penting aku sokong malaysia sebab ini negara aku!!!! kenapa habiss!!!! kenapa korang sokong malaysia sekarang!!!!!!

pergilah sokong mu!!!! pergilah sokong arsenel!!! pergilah kat chelsea!!! pergilah kat liverpool!!!! pergi sokong bolton!!! pergi sokong orang putih punya team!!!! pergi sokong team england!!!!!

kenapa!!!! kenapa!!!! kenapa!!! kenapa gerard!!! bad boy betul!!! kenapa mesti beli jersey malaysia!!!! kenapa!!!!!!

notakaki : letih jugak bila menggunakan jari manis untuk menekan shift sambil jari hantu memetik tanda seru. bende macam ni takleh di ajar dirumah.

Ahad, 9 Januari 2011

My Name Is Jonas

satu hari dalam tahun 1996

pagi tu pagi sabtu. hujan melanda lebat. air dalam longkang belakang blok 10 yang dekat dewan besar tu mengalir laju. aku pandang longkang melalui tingkap bilik. tiba-tiba teringatkan Reduan. dia dah tak ada, pergi sambung belajar kat mrsm Taiping. apa entah sedap duduk mrsm Taiping tu. bukannya ada longkang besar kat sana. kalau dia ada gerenti dia tokey perlumbaan longkang.

pagi yang sejuk. sejak lebat gugur umpama peluru-peluru dari langit. dalam suasana hujan lebat ni perasaan marah pada Pendekar Awan dan Pendekar Angin sama Pedang Setiawan sikit-sikit ada. kalau hujan, perasaan nak keluar ke bandar Kulim atau Bukit Mertajam memang tak ada.

pagi jumaat dan pagi sabtu merupakan satu pagi yang paling tak true kalau nak pergi dewan selera. hanya sekumpulan pelajar-pelajar yang lapar, mat buku yang hendak belajar secara berkumpulan dan juga pasangan yang ingin beromen di kelas sahaja yang pergi ke sana. yang malas bangun pagi, yang benci sama sekolah, yang benci sama add math, yang layan nirvana dan yang banyak duit cari makanan kat luar pagar asrama.

aku masuk bilik Sham Halil. Sham atau Panjang merupakan rakan seblok yang bukan sahaja rakan, tapi sahabat sekelas, sahabat seperjuangan rock, sahabat serokok, sahabat seagama dan sahabat segala sahabat di bumi mrsm.

bilik Sham ni kira kopitiam atau dah kira syurga duniawi. nak maggi ada, nak roti ada, kekadang nasik lemak ada, teh ada, kopi janda ada, nak rokok ada, nak gudang garam ada, nak ehem-ehem ada dan sebagainya ada. aku masuk bilik Sham untuk sepinggan maggi, secawan teh dan juga sebatang rokok.

sebagai budak alternatif dan pengkaji makhuk asing sebab banyak sangat tengok X-Files, memakan maggi, meminum teh dan menghisap rokok tanpa mendengar lagu indie merupakan satu kesalahan besar. musim tu pulak Weezer tengah hit.

di atas meja sham ada radio. sebelah radio tu ada buku add math dan diatas add math tu ada bekas abu rokok. add math masa tu dah kira satu subjek yang dipandang serong oleh aku, sebab dipandang serong maka layak abu rokok tu diletakkan diatasnya.

dalam keadaan angin bertipu sepoi-sepoi bahasa, hujan turun dengan lebat, air longkang berlari deras, katak-katak melompat kesukaan dan perut penuh kekenyangan akibat maggi dan secawan teh.

aku menjerit kejahilan,

" my name is Jonas, my name is Jonas"

dan jugak,

" yeah..yeah...yeah"

dengan rokok dikepitkan dijari sambil tangan kiri memusing buku teks sejarah dan berfikir bahawa tak ada sape cikgu nak buat tangkapan pada budak-budak merokok time-time hujan ni aku merasakan sampai sekarang bahawa itulah satu hari dalam musim hujan yang paling heaven semasa belajar di mrsm dulu.

yeah..yeah..rebel and yell!!!


Jumaat, 7 Januari 2011

Nor Huzairi Mohamed

gambar profile blogger yang korang selalu tengok tepi belah kanan ni ialah gambar adik aku yang bongsu. nama dia Huzairi. orang tempoyang panggil dia jeri.

dalam keluarga aku melalui pemahaman dan penglihatan jiwa aku, aku perhatikan bahawa jeri ni merupakan seorang keturunan melayu-kelantan-sunni yang paling art sekali.

dia reti main gitar. adik aku jeman bab mengorat power tak patut. aku hairan macam mana awek boleh tangkap jiwang sama jeman. adakah dia seorang yang bermulut manis.

berbalik kepada jeri, tahun ni dia tingkatan 5. bila masuk tingkatan 5 semangat nak study spm sepatutnya memang tinggi. siapa tak bangga bila anak keluar tv3 waktu keputusan spm diumumkan nanti. bila besar nanti boleh jadi orang berguna dan boleh dapat rumah sebiji. rumah tu mungkin lebih besar dari rumah pemain bola malaysia yang menang piala aff.

tapi jeri itu hari hantar sms ke aku katanya nak buat zine. sebagai seorang abang-abang yang mempunyai karektor kelakar seperti zizan, badan chubby dan ketinggian intelektual yang tak sampai PHD. maka aku pun dengar lantas menjawab

" lu interview gua sudah..."

sebenarnya buat zine bukan satu hal yang boleh buat main pada zaman teknologi maklumat ni. kalau silap-silap boleh kena tangkap, kalau salah tangkap kena jumpa Suhakam, lepas tu kena buat report polis dan lepas tu hempas pintu bilik kuat-kuat tanda protes kepada kenaikan harga minyak.

bakat jeri main gitar aku tengok makin power. kalau ikut perkiraan aku boleh lawan sama mail. silap-silap mail jatuh nombor dua. mail memang power sekarang, mungkin berkat duduk saf pertama masa sembahyang tarawikh kat taman seri tempoyang tu hari. dah laa iman tarawikh tu kawan hilman, pakai jubah hitam. entah wahabi, entah syiah atau true sunni. tak tahu. tapi dari mesir.

aku ingat nak belikan gitar karen kepada jeri. aku tengok kat giant harga dalam 499 ringgit malaysia. aku ingat nak beli, tapi lepas memikirkan banyak hal dan kajian positif dan negatif
terhadap budaya rock dan roll ini maka aku cadangkan cadangan itu ditutup.

tapi aku merasakan cadangan itu terpaksa di buka semula bila dengar ada lagu yang rock-rock insaf dalam radio IKIM. hari tu IKIM pasang lagu sheila majid. sheila majid tu dengar ceritanya jazz, aku hairan kenapa jazz jadi macam satu muzik yang elit, kenapa tidak dirakyatkan kepada masyarakat marhain? adalah ini satu penyelewengan muzik?

jika wujud penyelewengan agama maka penyelewengan muzik jugak perlu ditumpaskan. sejak tadi aku tengah pikir untuk membawa muzik jazz dalam jiwa masyarakat marhain terutamanya dikalangan penghuni rumah murah dan juga flat-flat 3 bilik yang ada di bumi malaysia.

jazz untuk semua!!

Khamis, 6 Januari 2011

kah kah kah

hujan turun dengan lebat. ramai orang kampung rumah kena naik air. disana sini penempatan pelindungan banjir telah dibuka. sebagai seorang yang kelakar dan chubby gua berusaha untuk ke sana kemari untuk mencari publisiti murahan.

kah kah kah kah

berselawatlah banyak-banyak dalam hujan yang sedap ni woi.

kah kah kah kah

gelak lagi gelak lagi

kah kah kah kah

kalau panas lagi pergi cari kipas woii

kah kah kah kah

sokong liverpool woi..

kalah lagi

kah kah kah kah

kalau panas musim hujan ni kipas sendiri

kah kah kah kah kah

Rabu, 5 Januari 2011

5 Januari 1992

Abah kata Kulim tu jauh. dari Kuala lipis kena naik Fraser Hill, lalu Perak dan Kulim tu dekat-dekat dengan Penang. abah kata jugak masa aku kecik-kecik dulu dalam umur 2-3 tahun abah pernah bertugas dekat Balai Polis Kulim.

5 Januari 1992 merupakan hari pendaftaran pelajar perintis MRSM PDRM. aku tak sangka dengan 3A 1C aku boleh dapat masuk MRSM PDRM. orang flat lagi tak sangka sebab budak yang banyak kes macam aku boleh pergi belajar situ. itu belum lagi perasaan terkejut budak-budak kelas 6 Bendahara yang dapat 4A dan 3A 1B yang hanya dapat pergi sambung belajar kat SMK Clifford. sebagai seorang pelajar yang selalu dapat no 5 terakhir dan kekadang hampir dapat no last semua cikgu-cikgu, ustaz-ustazah dan pakcik-makcik terkejut bila mendengar aku dapat belajar sambung kat MRSM PDRM. diaorang naik hairan. disebabkan sejak kecik dah pandai mencarut dan bersikap kurang ajar dengan rakan-rakan maka bila aku jumpa diaorang maka aku pun berkata,

" ha, sape suruh ayah kau tak kerja polis??!! "

sebenarnya ramai kawan cerdik pandai dalam kelas 6 Bendahara aku selalu kutuk aku bila aku cakap Polis nak buat MRSM untuk anak Polis kat Serendah Selangor. diaorang selalu cakap mana ada MRSM kat Serendah. aku pun sebenarnya dapat maklumat dari abah aku. maka satu hari aku pun merajuk dan menangis sebab aku ingat abah aku tipu aku sebab nak kasi semangat ambik UPSR. disebabkan tercabar dengan sikap aku maka abah aku bawak balik keratan akhbar yang mengatakan MRSM akan dibuka untuk anak polis. sejak dari itu, hubungan aku dengan Berita Harian semakin rapat seperti hubungan aku dengan Mail XPDC.

pergi Kulim memang jauh. mak muntah banyak kali. masa tu abang Nie adik kepada pakcik Mie bas yang bawak. masa tu pergi naik kereta proton plat CAD. pergi pulak konvoi tak silap aku. perjalanan jalan jauh-jauh syok rupanya dapat naik proton. tapi aku rasa lebih heaven kalau dapat naik van veenet (entah betul ejaan ni).

sampai Kulim kitaorang tidur umah kawan abah yang satu kerja kat IPD Kulim. hari masa sampai Kulim tu rasa seronok tambah sedap bukan main. perasaan nak jumpa kawan-kawan baru memang tengah berbunga dalam hati. apa yang penting ialah awek jenis mana yang aku nak tekel kali ni. malam sebelum tidur aku berangan untuk cari awek yang pertama pandai main bola jaring, yang kedua rambut panjang mengurai, hidung mesti mancung, pipi tersorong-sorang, gigi takleh jonggang sangat, dahi mesti licin dan yang penting pandai mengambil hati mak aku.

pagi 5 Januari 1992 selepas pekena nasik lemak rumah pakcik Tumian namanya kalau tak silap aku, kitaorang blah slow-slow dalam keadaan perasaan jiwa dan perasaan aku berdebar-debar tak patut. abah kata MRSM PDRM ini dalam kem polis. style dia ada lebih kurang macam Maktab Tentera diRaja. dalam kepala aku terpikir perasaan boring bila pakai uniform polis. aku terpikir yang aku kena bangun awal-awal dan mandi air sejuk. tiba-tiba aku rasa nak balik Lipis. tapi kalau aku cakap nak balik Lipis mesti aku kena sekolah kat SMK Setiawangsa balik. kalau sekolah SMK Setiawangsa kes aku mungkin kena buka balik. hal ini betul-betul mendatangkan perasaan berbelah bagi seperti bagaikan pinang dibelah dua.

Sampai dewan besar kat tempat pendaftaran aku tengok ramai betul manusia. ini kali pertama aku tengok ramai manusia berkumpul ramai-ramai hantar anak pergi sekolah.lagi pun sebelum 1992 aku tak pernah ada kesempatan hantar sesapa pergi Haji kat Subang. orang kata biasanya lepas hantar haji kat subang ramai pergi melawat Batu Caves. entah betul entah tidak cerita ni.

disebabkan aku tak ambik port langsung pasal hal-hal pendaftaran maka aku anggap memori masa pendaftaran itu tak ada. dalam banyak-banyak hal aku tengok ramai gak budak tak pakai tudung. ada sorang tu dah laa tudung tak pakai, spek mata pulak besar tak patut. ini betul-betul 60an.

dari dewan besar kitaorang blah slow-slow ke asrama. aku sebenarnya trauma sungguh dengan perkataan asrama. salah satu sebab ialah tandas kat hujung dan cerita hantu kat tandas betul-betul telah melahirkan seorang aku yang penakut. bab tu cerita lain.

aku duduk satu katil dengan Aswad. orang kedah, sebelah aku Dasrulnizam orang penang dan bawah Das ialah Farid Izwan, geng kerinting dari Negeri sembilan. depan aku entah sape nama. tapi sebelah depan aku budak nama Nurul Fadli(Ajooba) dan atas dia Shan, budak India pertama dalam Malaysia yang masuk MRSM PDRM. disebabkan kitaorang perintis maka apa barang dengan senior. abang seniur memang tak ada. kelas WAR memang tak wujud masa tu. yang wujud hanya perang GENDER.

dekat-dekat tengahari mak dan abah nak blah. katanya takleh lalu bukit Fraser malam-malam. masa tu perasaan sedih tak ada langsung. mak abah nak blah, blah laa..

tapi malam itu aku rasa nak menangis. tiba-tiba aku rasa satu rindu sama mak dan abah aku, aku rindu sama adik aku jeman. aku rindu sama kepala dia. aku menangis sebenarnya malam tu. dalam esakan aku tu aku berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh sampai luar negara, tak akan abaikan pelajaran, belajar dengar lagu nasyid, berbuat baik dengan cikgu dan kawan-kawan dan yang lebih penting aku akan cari makwe lepas dapat kerja nanti. kalau boleh makwe tu nanti seorang doktor dan juga pandai menjaga hati mak aku dan lebih penting pandai memasak dan mengaji.

aku betul-betul pandai berjanji sejak itu.

SELAMAT ULANG TAHUN KE-19 PELAJAR PERINTIS MRSM PDRM, KULIM KEDAH. IN GOD WE TRUST!

Selasa, 4 Januari 2011

1 Januari 2011

1 Januari itu hari aku dan keluarga buat satu perjalanan balik kampung. balik kampung kali ini bukan ke Kuala Lipis tapi ke Kampung Lembah, Pasir Putih, Kelantan. Kg Lembah kiranya kampung belah bini aku.

perjalanan balik kampung ini merupakan satu perjalanan kerana "melawat orang mati". "melawat orang mati" ini merupakan satu istilah tradisional masyarakat melayu Malaysia. sepupu bapak mertua aku telah meninggalkan dunia ini pada 31 Disember 2010, sehari sebelum dapat menghidu udara baru 2011.

suasana 1 Januari 2011 merupakan satu suasana sejuk dan sedap. hujan turun dengan begitu cool. sekejap hujan dan sekejap tak hujan. pandai sungguh hujan memainkan perasaan orang yang membasuh baju. lebih-lebih lagi perasaan dan jiwa anak bujang yang berdoa agar baju yang dibasuh dapat disidai diluar rumah dan matahari dapat mengeringkan baju-baju mereka.

perjalanan ke Pasir Putih ini melalui dua daerah. satu daerah Setiu dan satu lagi daerah Besut. ada ceritanya dari orang-orang besar daerah mengatakan bahawa dulu-dulunya daerah Setiu ini berada dibawah daerah Besut dan dikenali dengan Hulu Besut. disebabkan besarnya Daerah Besut ini dan memudahkan urusan pentadbiran negeri maka dipecahkan daerah Besut ini kepada dua. maka secara tak langsungnya wujudlah daerah Setiu ini. tentang daerah Besut kita akan cerita lain kali. ingat tak cerita Anak raja kalah menyabung ayam? ha..lepas ni cerita.

sebenarnya untuk makluman dan perkongsian cerita, ada satu riwayat mengatakan bahawa daerah Setiu ini daerah pada satu ketika yang dulu-dulu pernah dilanda tsunami. jumlah korban tidak dapat diketahui dan mengikut satu sumber penempatan yang melanda tsunami dulu masih lagi tidak dihuni oleh manusia pada masa sekarang.

salah satu yang special di Terengganu ialah kat sini ada dua jenis jalan yang korang boleh lalui bermula daripada kemaman hingga ke Besut. Jalan pantai dan jalan dalam/hutan/darat. biasanya orang luar suka jalan pantai sebab boleh nampak pantai. tapi orang 'dalam' macam aku lebih suka jalan darat ini sebab katanya lebih dekat.

di Setiu kalau ikut pantai, korang akan melalui pantai-pantai menarik dan yang paling top sekali kat situ ialah Pantai Penarik. Situ memang tempat king of udang, sotong, dan ikan goreng. nak pekena gaut boleh pekena kat situ. aku dulu masa bujang hari-hati makan sotong goreng. hampir sudah mahu kena gaut.

yang penting ialah kat situ orang ada buat budu. budu merupakan satu hal yang bukan boleh buat main-main. ini dah kira makanan warisan melayu. sepatutnya budu dah jadi makanan warisan dunia. nasik lemak boleh pergi mati. budu, cencalok sama belacan patut dah lama diiktiraf sebagai makanan terkemuka alam melayu.

kalau true makan budu, carilah budu yang masih ada ikan lagi dalam botolnya. mengikut perbualan aku dengan pengusaha-pengusaha budu, nak dapatkan budu yang still ada ikan dalam botol kena datang Setiu dalam bulan 3. bulan 3 ni bukan boleh main-main, sekarang dah bulan 1.

hari ni tak hujan. dalam hujan, makan nasik sama budu sama telur dadar goreng dah heaven. kenapa tak hujan hari ni?

notakaki: tumpang taip pakai wifi kat rumah orang. nanti sambung

Isnin, 3 Januari 2011

untuk persekutuan

mari kita berfikir secara serius tentang beberapa hal penting dalam hidup kita. lupakan sebentar tentang penyelewengan kapitalisme dan juga tentang kegagalan komunisme dalam menjadikan kehidupan manusia itu lebih sempurna. Idealogi merupakan satu perkata yang menjengkelkan dan semua idea-idea manusia yang menjadi anutan hidup bersistem adalah ass. itu satu realiti. sebagai contoh dunia tidak akan senyap selagi patriotisme itu masih berada didalam hati manusia.

ini bukan tentang idealogi atau satu idealisme. ini tentang latarbelakang. suasana sekeliling yang perlu digambarkan dengan jelas. satu hal sistem sosial yang perlu di ceritakan dengan penuh keindahan. suasana dan keadaan merupakan satu hal yang sangat penting.

ingat ini untuk semua orang dalam persekutuan. ini merupakan satu amaran kepada pp, amin, mail, stam, amar dan hilman. jika mahu menulis pastikan suasanan dan keadaan itu digambar dengan betul dan dengan menggunakan bahasa yang indah. pastikan betul. pastikan kampung tempoyang itu digambar dengan keadaan yang paling cool sekali.

pastikan hal seperti perbalahan antara tok pat dengan orang PAS Tempoyang tidak diceritakan dalam keadaan menyebelahi orang PAS. jangan cerita pasal orang PAS tampal poster kat luar masjid tempoyang itu diceritakan dengan betul. kasi tipu sikit. biarkan suasana menjadi panas.

latar belakang dalam sebuah penulisan adalah penting. cerita tanpa sebuah latar belakang merupakan satu hal yang boleh digambarkan sebagai satu idealogi yang menyesatkan umat manusia. sains politik dan sosiologi boleh pergi mati.

kejayaan dalam kehidupan manusia ialah apabila kita berjaya memanupulasikan sebuah tragedi dalam kehidupan dan dapat membuat untung darinya. bravo amerika!!

Tahun

tahun baru 2011. setiap kali masuk tahun baru mesti aku dengar ada azam baru. azam baru pulak nak cerita kat orang. tak relevan. aku pikir azam baru tu kita senyap sudah dan simpan dalam hati.

aku pikir sambut tahun baru jugak dah tak relevan. dalam dunia akhir zaman sekarang aku rasa dari bulan Januari ke bulan Disember dia punya sekejap tu rasa sekejap tak patut. sebagai contohnya tahun 2010. sikit punya kejap aku rasa dia punya tahun. sedar-sedar dah masuk 2011.

kenapa ini terjadi? adakah bumi telah bergerak dengan terlalu pantas? adakah mentari adakah orbit bumi ada sedikit rosak? adakah bulan dan mentari berpakat untuk berjalan secara laju-laju?

kecepatan masa ini menjadikan dunia ini tidak berapa tenang. menjadi tua jugak menyebabkan manusia itu tidak begitu tenang sebenarnya.

namun demikian aku pikir walaupun mempunyai azam baru tak berapa relevan namun aku tetap berazam buat benda-benda yang sama seperti tahun lepas dengan lebih konsisten.

1. yang pertama dalam satu minggu habis satu buku aku baca. dulu azam sama jugak, tapi perangai main games memang takleh tinggal. sekarang apa cerita PES2011 aku dah terer?

2. yang kedua berkayuh basikal dengan lebih kerap. bukan nak riak, kat umah aku ada 3 basikal. entah perangai membazir sape aku tiru. bak kata bini aku, bila masa nak berkayuh banyak-banyak basikal ni?

3. yang ketiga, menangkap gambar dan menjadikan gambar lebih art. yang penting belajar pakai photoshop. hari-hari pakai picasa bila nak art gambarnya...

4. yang keempat dan yang paling penting ialah lebih konsisten dalam beramal dan buat baik kepada manusia dan Tuhan. bab ini penting. rock rock jugak, sembahyang jangan tinggal.

5. yang kelima dan agak penting ialah untuk tulis menulis dengan penuh konsisten dalam blog dan menghabiskan penulisan novel pertama aku yang bertajuk " Cinta Buatan Asrama Penuh" yang agak meleret sekarang dan cerita dah macam Tamar Jalis. ini sangat penting dan akan diberi keutamaan untuk tahun 2011.

so, ini bukan azam. ini hal tahun lepas yang tak beberapa konsiten untuk dilakukan. harap-harap semua ok tahun ini. harap ok.

2011 gua caya sama lu!

Sabtu, 1 Januari 2011