Khamis, 27 Januari 2011

Cikgu Azian (bukan edisi marah sama Matematik Tambahan atau edisi mengumpat)

tahun 1996.

hari ini kertas matematik tambahan. aku melangkah tenang melintasi jambatan parit untuk ke dewan besar. dalam ketenangan ada keberatan. air-air parit mengalir deras. mungkin semalam hujan dihulu parit. jika hujan lebat semalam, maka jangan sekali sekala mandi di parit.

dalam perjalanan ke dewan besar, masing-masing bercakap dengan bahasa yang pelik-pelik. fx tambah gx kuasa 8, gx kurungan x dan beberapa hal yang membuatkan aku berfikir bahawa ini semua satu konspirasi amerika atau mungkin semua terpengaruh dengan cerita x-files.

semua nampak tenang, semua nampak cool. yang konpiden dapat a1 dalam matematik tambahan berborak tentang cerita alam perwira. aku jadi cool. kata orang sebelum pekena periksa, rokok mesti dihisap. paling cool rokok dunhill.

aku kebelakang dewan. hembusan rokok terbang berteraburan. aku memandang dinding. aku pikir jadi dinding pun dah ok time time gini. tapi kekadang aku pikir kalau jadi dinding nikmat berjimak tak ada. oleh yang demikian baik terus jadi manusia. rokok diisap, asap dihembus dan tiba-tiba asap rokok bertukar menjadi rajah-rajah koordinat geometri.

" gampang " aku berbisik manja.

" geometri tu bende? " aku tanya diri sendiri. aku cuma mengagau poket untuk mencari buku mini matematik tambahan.

" gampang" aku bercakap kuat tapi manja. tak jumpa. seseorang perlu ditanya tentang hal ini. nak tanya cikgu mesti mendatangkan bencana.

tiba-tiba dari jauh aku nampak kelibat Cikgu Azian. dengan semangat kena bertugas dihari SPM kertas matematik tambahan aku lihat cikgu Azian mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajarnya.

sampai kat aku Cikgu Azian angguk-angguk. nak ucap selamat berjaya mungkin dia malu agaknya. aku senyum sama dia dan dia pun senyum sama aku. senyuman bertukar dan aku merasa dosa-dosa aku terhadap cikgu azian terhapus. senyuman itu memberi semangat pada aku. aku yakin akan dapat kredit. kata orang kalau cikgu redha dengan kita, kita akan berjaya. aku yakin dalam dewan periksa nanti tuhan akan mendatangkan banyak pengetahuan luar biasa atau ilmu laduni untuk aku. aku tunjuk ibu jari keatas kepada dia. kalau tunjuk jari tengah itu satu hal yang sangat punk.


" gampang "


matematik tambahan aku dapat 7.

5 ulasan:

d u t a berkata...

amin, at least tak 8! jejejejejej

lara_nur berkata...

suka baca blog saudara.jadi tersenyum seorang diri.tahniah add math dapat 8.saya pun dapat 4 saja.hihi

oni berkata...

okeh sikit dari gua dapat 8. perghh bukan senang tu beb. gua dengar-dengar time gua dapat 5 markah pun dapat 8. memang 5 markah gua tu untuk geometri koordinat je kompom. lain gua jawap dalam bentuk esei.

devilyus berkata...

gampang.. lu buat gua mengimbau memori hitam gua dapat 7 addmath.

Irwan berkata...

saya merekomenkan entry ini untuk pembaca di blog saya. harap awak OK dengan ini...

http://aderberani.blogspot.com/2011/02/rekomendasi-kepada-cikgu-azian-bukan.html