Isnin, 11 April 2011

Perjuangan yang belum selesai.

kita berjalan di atas bumi dan awan melindungi kita daripada terik matahari dan kemudianya kita bertemu di satu tiang lampu yang ada cahaya diatasnya.

kita melihat cahaya lampu dan matahari itu. dan baru kita sedar bahawa kita sebenarnya berkongsi cahaya yang sama.

kita saling bertepuk bahu dan menyapa setiap hari. kita bersalaman dan bersentuhan. kita lihat warna kulitnya berlainan daripada kita. tapi kita baru sedar kulit kita sama sahaja.

hentikan perkauman!

perjuangan tidak akan pernah selesai.

notakaki : perjuangan selesai bila ada 4 juta dalam akaun bank agaknya.

Tiada ulasan: