Sabtu, 16 April 2011

Borneo

Sejarah Sarawak ni panjang untuk ditulis. bab-bab sejarah sebenarnya lebih sedap di borak-borak di kedai-kedai kopi daripada menulis panjang jela dalam blog atau dalam buku sejarah. zaman sekarang ni tak ada orang nak baca buku. baca buku ni buang masa.

syarikat-syarikat besar dan kecik sibuk buat duit dengan buku. kata Adi Alhadi, cuaca Malaysia yang tidak bersalji ni menyebabkan ramai orang malas membaca. lu orang kenal Adi Alhadi? tak pernah baca majalah gila-gila? dulu-dulu tak pernah? kalau tak pernah lu orang kodi.

dulu Sarawak ni duduknya bawah kerajaan Melayu Brunai. Brunai dulu kalau ikut cerita merupakan sebuah empayar yang cukup power, kuat dan luas. boleh dikatakan hampir seluruh borneo tu menjadi jajahan takluk kerajaan brunai. kalau kat semenanjung ni kita macam kerajaan melayu melakalah.

disebabkan melayu, maka para pemimpin diaorang mempunyai tabiat typikal melayu iaitu suka enjoy, malas dan berpoya-poya. adapun cerita dikatakan di kawasan kuching ni banyak sangat gangster-gangster yang suka memberontak terhadap kepimpinan atau penjajahan brunai keatas negeri dan kawasan mereka.

disebabkan pemberontakan ni power dan merupakan satu kawasan yang paling jauh dan memerlukan kos yang tinggi maka boringlah para pemimpin melayu ni.

maka pada satu hari jumpalah panglima brunai ini dengan James Brooke. panglima brunai yang entah apa bende nama aku tak ingat ini memang dulu kamceng tak patut sama James Brooke ni. maka untuk menyenangkan kerja-kerja pemberontakan ni maka dibuatnya perjanjian dengan James Brooke ni.

maka dipendekkan cerita maka dapatlah James Brooke ini bahagian Kuching untuk dijadikan kawasan pentadbirannya. maka anda perlu tahu beberapa perkara seperti :-

1. Orang tempatan lebih suka kerajaan Brooke daripada masuk ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. dengar cerita disebabkan masalah kewangan untuk mentadbir Sarawak maka disetujukan juga untuk masuk Malaysia.

2. untuk mendapat bantuan daripada Ratu Baginda England maka dibuatnya surat oleh orang-orang untuk berdagang ke China tentang betapa teruknya ancaman lanun-lanun diselat-selat melaka, singapore dan berhampiran dengan Sarawak agar lebih ramai askar-askar dapat dihantar ke situ.

4. english dan belanda memang tak sebulu dari dulu. tapi rasanya bertuah jugak dapat orang english jajah tanah melayu. kalau belanda dah lama perang sana-sini.

5. James Brooke datang belajar kat Asian ni dengar kata sebab ada masalah jiwa ke apa.

6. macam mana orang biasa boleh jadi Raja?

7. cerita ni takada kena mengena dengan Pilihanraya kat Sarawak. cuma risau tgk Taib Mahmud lama sangat pegang jawatan. dengar cerita orang Kelantan kena bangga dengan Taib Mahmud ni.

1 ulasan:

d u t a berkata...

wow! info ringkas itu menarik!