Rabu, 9 Februari 2011

MAKA Aku Pun Masuk Dalam Pasukan Bola Sekolah Asrama Penuh

tahun 1995

tahun ni aku start belajar MRSM balik selepas berjaya secara nasib dalam PMR 1994. MRSM ni salah satu hal yang paling kejam selepas Hosni Mubarak ialah sesape yang tak dapat A dalam Sains dan Matematik dalam PMR memang secara auto akan keluar pegi belajar sekolah menengah biasa. sebagai seorang yang selalu masuk kelas pemulihan hari-hari masa PMR dulu, aku memang dah target masuk belajar kat Setiwanga Lipis. tapi apa entah rezeki masa tu dapat sambung belajar balik situ.

maka pada satu hari Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah(MSSD) Kulim buat pertandingan lawan bolasepak. disebabkan MRSM aku ini kira MRSM perintis maka secara auto mana budak-budak yang masuk tingkatan 4 kira budak paling senior, tingkatan 5 memang takada. masa tu budak lelaki MRSM Tingkatan 4 memang takberapa ramai.

masa Tingkatan 1 sampai 3 aku tak berapa Maradona. aku cuma main pingpong sama Hoki wakil sekolah. walaupun aku tak main bola tapi sekolah aku menang bola bagi kategori menengah rendah atau bahasa sekolah ialau bawah 15 tahun pada tahun 1994.

so tahun 1995 ni kira kali pertama masuk kategori bawah 18. maka pada satu hari tiadalah pemain-pemain lagi yang handal-handal yang boleh main bola.kebanyakan yang ada pergi belajar sekolah yang lebih pandai atau berhijrah ke sekolah biasa sebab tak dapat A dalam Sains dan Matematik.

walaupun aku agak lincah main bola tapi disebabkan masa tu bukan musim Messi maka untuk bola menengah rendah aku tak wakil sekolah pada tahun 1994. tapi secara auto pada tahun 1995 tiba-tiba aku dipanggil untuk main bola untuk sekolah.

maka berlatihlah aku siang dan malam untuk bermain bola ini. maka sebagai pemain sempurna aku boleh main kat mana-mana posisi termasuk posisi simpanan. aku tak kisah sangat sama ada nak jadi Maradona atau Paolo Maldini. maka selepas melihat keupayaan aku maka secara auto diberi jawatan untuk pegang jadi bek kiri. mungkin masa tu Roberto Carlos baru nak naik.

Pada hari pertandingan tu maka bersiap sedialah aku dengan perasaan gemuruh termasuk perasan hensem. sebagai pemain bola sekolah mengenyit mata pada awek junior serta memberi tunjuk ajar tentang macam mana nak lulus PMR merupakan satu hal yang dipandang serius masa tu. mendapat awek junior tinggi kedudukannya daripada mengorat awek sama baya.

tapi pada hari tu apa entah gampangnya MSSD ni. time main bolalah dia buat pertandingan bola tampar. hal ni memang rasa celaka. tiba-tiba keeper kitaorang takada sebab main bolatampar. aku ingat lagi mamat tu. nama dia Wan Mohd Rezal, kat sekolah semua bende dia main termasuk Chess.

maka secara auto semua budak pandang aku. macam gampang perasaan bila orang suruh aku jadi keeper. dah laa sarung tangan besar, baju keeper pun besar.maka secara manual aku pun jadi pucat. berdebar toksak cerita. aku membayangkan perasaan awek-awek junior apabila melihat mat tiara melepaskan gol celah kangkang. hal-hal ini memang bahaya.

disebabkan aku steady maka aku pakai jugak baju keeper. perlawanan akan bermula dalam masa 10 minit. masa tu aku pandai berselawat je. maka aku pun berselawat banyak kali. kekadang tersebut jugak selawat melayu seperti menyebut nama Saidina Ali secara slow-slow. aku tak ingat apa ayatnya tapi nama Saidina Ali memang ada masa tu.

tiba-tiba bas yang bawa peserta bolatampar balik. aku merasa sangat lega. perasaan tu kembali berbunga-bunga dan jurulatih masa tu Abang Kamal secara auto menukar balik posisi aku kepada bek kiri. masa tu perasaan cool kembali hebat. dengan kasut bola aku pinjam dari junior aku melangkah bangga ke dalam padang, sedikit berdebar dan sedikit bongkak sebab dapat wakil sekolah. masa tu pulak semua pelajar diwajibkan pergi tengok bola. peraturan macam ni merupakan satu peraturan yang paling cool sekali. peluang untuk dapatkan awek semakin cerah.

" gampang "

hari tu aku kasi penalti pada pihak lawan. sekolah aku kalah.

3 ulasan:

Hazwan Arif berkata...

hahahaha...sejarah hitam yg manis

lara_nur berkata...

comel!

mesti dulu pujaan aweks. hihhi


teringat sama masa sekolah dulu. musim berkawad kena kawad sampai sunburn. muka jadi hitam mengelupas...

Diego Amani berkata...

Rasanya 7 dari 11 player maktab ari itu terbaring dan krem kaki.

Juga rasanya gol berjumlah 6 atau 7 tanpa balas.

Lawan skolah Badlishah.