Selasa, 30 November 2010

kenapa perut saya besar?

aku dulu kurus kering. gile kurus. muka cangkung macam orang tak makan dan kepala nampak besar dan jelas kejendolan dahi aku. aku tak kisah orang panggil aku mat jendol. salah satu sebab utama ialah peribahasa selalu menyamakan jendul itu dengan mahathir.

tahun 2001 aku masuk kerja gomen. disebabkan aku kerja dalam hal ehwal orang muda dan hal-hal yang suka-suka maka secara auto kat opis aku ada sebuah gimnasium. orang kata orang "gemuk sangat" dan "orang kurus sangat" menang sesuai untuk masuk gim. orang yang kurus boleh membina otot-otot dan orang yang gemuk boleh memecahkan lemak-lemak dalam badan.

dengan kesedaran yang tinggi dan masuk gim secara percuma maka aku pun start main gim secara slow-slow. aku ingat memang slow2 je aku main. kalau korang nak tahu main gim ni ada seninya.

contoh seninya ialah apabila korang buat perut hari ini, maka esok dan lusa janganlah korang membuat hal berkaitan perut. ini boleh mendatangkan kecederaan pada perut anda. dulu dengan ilmu yang serba sedikit kerana intenet tak laju, maka aku buat senaman perut hari-hari. hal ini diakui oleh bini aku yang pada masa tersebut merupakan pelajar praktikal dibawah aku.

so itu salah satu sebab mengapa perut aku besar sekarang.

Ahad, 28 November 2010

Jambatan Bengkok

aku ingat isu jambatan bengkok ni dah selesai. tapi tak selesai-selesai jugak. puas jugak aku pikir tentang hal ni. hal ni kalau tak selesai baik-baik boleh jadi macam korea utara sama korea selatan.

korea selatan sama korea utara tu sama bingai. aku ingat isu idealogi ni tak habis-habis bincang lagi. dari kecik sampai aku besar isu idealogi ni merupakan satu idea bingai yang selalu dibincangkan secara intelektual. adakah ini anjakan paradigma?

beberapa tahun dulu aku pernah try untuk masuk scene intelektual. maksud aku yang real punya intelektual. daripada persoalan falsafah, idealogi, politik, ekonomi dan sebagainya. last-last aku perhatikan bahawa kekadang intelektual ni merupakan satu barah kepada kepada otak dan manusia yang asyik berpikir ini sebenarnya tiada upaya dalam membuatnya.

aku pikir aku tak berminat dengan intelektual. aku berminat dengan bende yang sangat real sepeti pergi kerja pagi balik kerja petang, petang ada masa pergi gim, ada masa pergi sembahyang jemaah kat surau atau masjid,baca yassin malam jumaat, pergi tahlil rumah orang, baca Alquran jika pandai, orang kahwin pergi tolong, orang sakit pergi lawat, ada masa bawa anak berjalan-jalan dan jika ada duit pergi merantau ketempat orang.

tetapi aku sendiri tak tahu kenapa sampai sekarang aku ada masalah sama kapitalisme.

Selasa, 23 November 2010

Trankuiliti Tempoyang



Tahun 2011 nanti, Malaysia ini akan digegarkan dengan satu band hardcore yang bisa menyengat para pemuda dan para pemudi. Muziknya pantas, temponya ada nilai-nilai harcore kontemporari dan yang paling penting liriknya bisa mengoncangkan iman para kapitalisme, sama ada kapitalis baru atau lama!

usaha kearah pembentukan Trankuiliti Tempoyang(TT) ini bermula dengan kesedaran bahawa permasalahan sosial yang melanda dunia pada hari ini adalah kerana nilai globalisasi yang di bawa oleh kapitalis yang sedang menyerang keperibadian pemuda-pemudi yang sememangnya mempunyai jatidiri yang lemah.

TT ini bukan sebagai satu wadah atau aliran atau kefahaman yang baru atau bukan satu band motivasi pagi tapi sebagai satu alternatif kepada remaja belia yang sedang mencari satu pegangan hidup yang keras, teras dan cergas!

hardcore terus sampai tua!!!!

Isnin, 22 November 2010

hubungan Padeli dengan Mimpi

konsep mimpi dalam mimpi merupakan satu konsep paling simple yang pernah manusia cipta hasil pengalaman manusia sendiri. aku jumpa konsep mimpi dalam mimpi ni bila aku balik lipis itu hari.

semua ada kaitan dengan mimpi dan perjalanan. mimpi itu apabila kita kuasa dua kan akan menjadi konsep mimpi dalam mimpi.keadaan mimpi yang direalitikan adalah seperti mimpi basah. bagaimana manusia boleh basah dalam mimpi mereka?

hal ini telah berjaya aku jumpa jawapannya apabila aku balik lipis itu hari. bayangkan mimpi pertama kita ialah balik lipis. sampai lipis entah macam mana aku boleh berjalan pergi cameron highlands. dan mimpi kedua itu kita anggap sebagai pergi cameron highlands. tiba-tiba sebab aku tengok gunung brincang tu menarik maka aku pun naik gunung brincang. maka secara tiba-tiba naik gunung brincang itu kita anggap sebagai mimpi ketiga.

maka secara autonya mimpi dalam mimpi tu merupakan konsep perjalanan dalam perjalanan. jika anda masih tak faham ternyatalah masa SPM itu hari anda tak ambik geografi.

notakaki: ulasan seterusnya dalam catatan akan datang. HUBUNGAN PADELI DENGAN HUTAN DAN HAIWAN. DIMANAKAH KESILAPANNYA?

Punca Punca Masalah Sosial

dalam keadaan orang sibuk buat makan kat rumah, adik gua boleh pergi menjala ikan. panas gak gua ni. dah laa rambut warna coklat. mesti orang taman pelik macam mana pengerusi surau taman tempoyang ni anak dia boleh berambut coklat? adakah tok mat liberal orangnya dan penyokong pasukan chelsea yang nampak sayur sekarang?

Ahad, 14 November 2010

Lawatan Sambil Belajar SRK Clifford

Kenangan UPSR tiba-tiba beralun dalam kepala otak aku. anak melayu kalau tak bermemori memang bukan anak melayu. anak melayu yang true ialah anak melayu yang mempunyai banyak memori. memori pulak bukan calang-calang memori. ini memori melayu baru ala DEB.

habis UPSR kitaorang ada beberapa minggu yang banyak dihabiskan dengan bermain-main. disebabkan selalu bermain-main maka secara tak langsung pihak sekolah buat satu lawatan ke Kuantan dan Terengganu. masa tu pergi melawat belah-belah pantai merupakan satu lawatan yang sentiasa membuatkan hati ini berdebar-debar.

sebagai orang kampung yang duduk didalam hutan bukit, bayangan tentang pantai selalu bermain-main di dalam jiwa ini. tahun 1991 bila orang sebut penyu maka secara auto aku telah bayangkan besarnya penyu daripada kura-kura. ada satu kes kawan aku kata ada seekor penyu kat Terengganu besarnya macam bas pakcik mie.

bas pakcik mie merupakan satu bas lagenda dalam kuala lipis. siapa tak naik bas cik mie memang dia kodi giler. membayangkan besar penyu tu lebih kurang sama dengan bas pakcik mie membuatkan aku dan kawan-kawan membuat hipotesis bahawa nelayan-nelayan di terengganu akan jadi kaya raya kalau tangkap penyu. dipendekan cerita melawat Rantau Abang , Terengganu masa tu merupakan satu hal yang menyebabkan jiwa dan perasaan ini menjadi romantik. lebih-lebih lagi masa tu lagu kumpulan Iklim tengah naik.

bersambung ( jam dah 12 malam kalau menulis lagi apa kata mak mertua...)

Tulis dalam telefon

Tulis blog dalam telefon ni memang tak true

Sabtu, 13 November 2010

Haji D.I.Y

apa cerita Palestin? lama tak dengar cerita pasal Palestin. dah bebas ke Palestin? apa cerita Gaza? anak-anak di Gaza tengah main bola ke? anak anak Gaza sibuk dengan facebook ke? atau anak-anak Gaza sedang sibuk makan McD.

apa cerita jemaah haji di Saudi? harap semua sihat dan dilimpahi keampunan Allah. Jemaah haji Malaysia macam mana? sihat kah? apa khabar tabung haji? banyak tak dapat komplen daripada jemaah haji Malaysia? bersabarlah. dengar cerita dari Ustaz Azhar Idrus dari ceramahnya jemaah haji Malaysia ni manja-manja orangnya.

harap-harap semua di sana berdoa untuk kesejahteraan orang-orang palestin, orang selatan thailand, orang-orang moro dan untuk orang-orang Islam seluruh dunia. doa-doa kalian disana, samaada kalian haji tabung haji, haji DIY atau haji VIP sentiasa akan didengari oleh Allah.

Semoga Palestin bebas dan tak jauh lari dari hati kita.

power to the Palestin!

Jumaat, 12 November 2010

tak 5A hilang di dunia

sekali sekala tengok berita ni sedap jugak. aku sebenarnya dah lama tak tengok berita secara serius. sejak waktu maghrib dan isyak masuk awal sekarang ni, hubungan dengan tv berita dah tak berapa gam.

semalam keputusan UPSR keluar. masa aku kecik lagi UPSR ni dah ada. selama 6 tahun belajar di sekolah rendah maka UPSR lah penentu kehidupan budak selepas akhil baligh. masa nak periksa UPSR-lah bermulanya era nak mengorat makwe.

banyak tahun dah aku tengok adegan budak menangis sebab dapat 5A. lepas tu budak menangis masa dapat 8A dan seterusnya budak terus menangis bila dapat 10A1.

dimanakah kita belajar budaya menangis ni? kenapa orang cerdik mesti menangis? kenapa tv1 sama tv3 tunjuk budak-budak menangis. tidakkah orang amerika gelak kat kita nanti bila tengok budak-budak ni menangis?

semalam aku tengah pikir sama ada nak turut menangis atau terus gelak. bukan apa, sekarang ni bersepah budak U berijazah tak dapat kerja. ada radio tv tunjuk diaorang menangis tak?

Khamis, 11 November 2010

Kerja Sebenar Gua

kerja sebenar gua bukan menulis. untuk menulis dan mengajak orang lain berfikir jauh sekali. mengajak orang berfikir merupakan satu hal yang amat payah dalam dunia moden pada hari ini. keterbukaan manusia dah semakin terhakis dengan kewujudkan laman-laman sosial untuk melahirkan ke'ujub'ban manusia.

gua bekerja dengan manusia. gua tak tahu kenapa gua memilih manusia untuk berkerja tetapi bukan dengan mesin. gua ingat kerja dengan mesin seperti enjin kereta dan lampu neon lebih senang dari bekerja dengan manusia. ini kerana mesin tiada konflik jiwa dan tak pandai memainkan perasaan manusia. mesin cuma tahu buat hal dan manusia boleh baiki mesin jika tahu kenapa hal ini berlaku.

manusia? mereka pandai buat hal. tapi amat susah yang amat untuk menyelesaikan hal. orang politik, orang agama, orang ekonomi, orang seni dan orang sastera memang tak boleh menyelesaikan masalah manusia. orang-orang ini semua pandai bercakap saje dan menjadikan hal ini lebih besar.

ramalan masa depan mengatakan bahawa berlakunya perang antara manusia dan mesin adalah kerana manusia itu sendiri dengki sama mesin dalam proses penyelesaian masalah. manusia dapat tahu bahawa mesin dapat menyelesaikan masalah atau hal mereka dengan mudah tetapi tidak bagi manusia. bagi mesin 1 tambah 2 ialah 3 tetapi bagi manusia 1 campur 2 belum lagi dapat 3.

inilah persoalan yang menjadi hal kepada kerja sebenar gua.

Rabu, 10 November 2010

Mimpi dalam Mimpi dalam Mimpi

gua sendiri tak tahu kenapa musim banjir ni gua sibuk sampai masuk opis tak bukak pun internet. adakah ini di namakan kesibukan? adakah gua berada didalam mimpi orang lain?

realitinya gua baru semalam tengok cerita mimpi dalam mimpi tu. bagi gua kepercayaan ni bahaya. kita mimpi dalam mimpi dalam mimpi punya orang. hal ni macam tak logik. gua ingat nak bakar dvd inception ni. selain bakar ini merupakan satu tanda protes kepada ketiadaan panggung wayang di terengganu. gua ingat nak buat demo masa sukan asia ni.

novel gua memang gua tengah buat sekarang ni. sebab nak nampak seni dan memerlukan latarbelakang yang real maka gua sekarang betul2 cuba bermimpi untuk mendapatkan rahsia pada tahun 1993, 1997, 2001 dan 2005. cikgu gua ajar, latarbelakang dalam sesebuah novel tu penting. tanpa latarbelakang maka watak itu akan mati. buat novel macam buat filem. tapi pakai skrin hijau sebagai latar belakang memang tak true.

sekarang apa cerita gua layan fm2011 tanpa rasa peduli tentang waktu untuk bermimpi dan tulis novel.

Ahad, 7 November 2010

Selamat Hari Lahir Damia Nur Qistina

Hari ini Damia dah 5 tahun. tahun ni lain sikit pasal sambut kat Tabika Kemas Kg Sekati Manir. disebabkan dapat cuti free maka hari ni aku pakat join sambut ramai-ramai harijadi damia di sekolah Damia. yeah, this is sekati dan sekati ni semangat dia macam semangat Anfield.





Jumaat, 5 November 2010

Geng Gastrik

gua yakin ramai bebudak U sekarang ada itu gastrik. gua mengaku gua memang ada gastrik. biasanya budak-budak U yang miskin ramai yang kena gastrik. ini kerana masa belajar dulu diaorang ni memang tak ada atau kurang duit nak makan sarapan, makan tengahahri sama makan malam. lepas tu diaorang memang die hardcore berjaga sampai pagi untuk belajar atau main game.

gua berdoa agar PM Najib lekas baik daripada sakit gastrik. gua faham benar dengan orang yang kena gastrik ni. kepada bebudak U yang kena gastrik, anggaplah ini sebagai kesan liberalisasi pendidikan zaman mahathir dulu.

Khamis, 4 November 2010

Novel

semalam gua start berangan. bayangkan 100 ribu daripada 28 juta rakyat malaysia beli novel gua. bayangkan pp bagi gua seringgit dari keuntungan jual novel. gua dah ada 100 ribu. dari 100 ribu tu gua dah boleh bayar penuh duit pinjaman bank yang gua buat masa kahwin dulu. duit pinjaman masa belajar dulu pun gua kasi setel semua.

daripada 100 ribu tu gua pikir gua nak berjalan satu dunia. dari malaysia gua naik basikal sampai thailand lalu china pergi india dan lepak kat himalaya sekejap. dari puncak everest gua boleh kasi update blog gua.

selepas tu gua masuk eropah ikut turkey. dari situ gua travel satu eropah. dah habis eropah gua naik kapal murah pergi belah-belah amerika selatan. dari situ gua boleh sebarkan agama islam. selepas puas masuk hutan amazon gua akan pergi ke amerika pulak. gua dengar cerita 50 buah negeri dalam amerika tu satu pun tak ada sama besar sama malaysia. so bagi gua sape dapat wakil amerika tu dah kira power.

selepas tu gua balik malaysia. 100 ribu tu banyak lagi. dari situ gua beli tanah kelapa sawit. tanam kelapa sawit. gua dengar cerita 7 tahun tanam dah dapat hasil. hasil 3000 sebulan daripada kelapa sawit tu boleh tampung hidup gua. dari situ gua boleh tulis novel balik. dan semestinya gua jadi kaya masa tu.

kaya! kaya! kaya!

Isnin, 1 November 2010

The Curious Case of " The Voice Of God Is Government" part 1

ini pilihanraya bukan pilihan jalan raya! viva !











The Get Up Kids

baru-baru ini dalam kesibukan aku bertugas di Galas, Gua Musang, aku dapat sms dari bini katanya Damia akan main sukaneka wakil tabika tempat dia belajar. hal ini merupakan satu hal yang serius. hal ini kat Amerika kalau mak ayah tak datang maka ia akan menimbulkan rasa sedih kepada anak. maka selepas habis satu program kat Lojing, aku cabut balik sekejap ke Terengganu.