Selasa, 13 April 2010

Siri Sejarah - Asal usul nama Tempoyang

dulu kat lipis ada ramai orang asli. mengikut tafsir para ulamak sejarah mengatakan bahawa orang asli sahaja yang ada kat lipis.

salah satu kesukaan orang asli ialah menari. tarian sewang tu kira macam satu adat yang mesti diorang buat dalam kehidupan diaorang.

pada satu hari ada seorang mamat orang asli yang bernama Yan. dalam sejarah orang asli Yan laa manusia yang paling hebat menari sewang. tak ada dah orang lain.

satu hari tok batin ada idea untuk mempromosikan lipis sebagai tempat perlancongan. maka tok batin tu telah mengadakan pertandingan menari sewang peringkat kebangsaan. pertandingan ini mendapat sambutan mengalakan dari seluruh semanjung malaysia.

disebabkan Yan dari lipis ni manusia yang paling kelas menari maka turn dia last sekali. part ni memang amerika tiru. cuba korang tengok gusti wwf. yang hebat-hebat lawan last sekali. macam cabutan bertuah jugak. hadiah cabutan yang paling special sekali macam basikal, peti ais, motor diorang cabut last sekali. ini semua orang asli dah buat lama dah.

sampai turn Yan menari semua orang terlopong. semua kagum giler dengan Yan. ramai peserta geleng kepala tengok Yan menari. perasaaan ini menyebabkan seorang peserta orang asli dari terengganu berkata-kata ala-ala menjerit,

" hebat sungguh tempo Yang ni, hebat sungguh tempo Yang menari. hebat tempo Yang " disebabkan dia dari terengganu maka dia secara langsung menyebut nama Yan kepada Yang.

maka sejak dari itu nama kampung tempat pertandingan menari itu disebut TEMPOYANG.

5 ulasan:

Huzaiba berkata...

mcm tipu aje

lorihantu berkata...

mujur nama bdk tu yan kalau lan? x ke haru jadinye?

pu3aan berkata...

sangat manis ilusimu ini..peh ni wat sejarah asal - usul nama padang tengku plak..nenek aku xpenah la cite..

sarah shinoda berkata...

terbaek~ hahaa :)

benludin berkata...

nasib baik tak lari tempo. kalu tak nama dah jadi 'tempo yang lari'