Isnin, 5 April 2010

din beramboi

masa duduk flat dulu lepas pukul 1 pagi memang tv dah tak ada siaran. yang ada siaran masa tu radio. masa tu radio-radio swasta memang tak banyak. radio muzik masa tu memang pujaan hati. selain radio muzik, radio rtm masa tu memang masuk jugak. tapi jiwang sangat. nak layan muzik hardcore memang tak kuar radio. masa tu mahathir kata punk ni bodoh.

selain mahathir, radio muzik sama radio rtm, radio thr memang masuk jiwa. mula-mula aku rasa macam tak caya jee area flat ni boleh terima radio thr sebab aku dengar cerita radio thr ni boleh dengar bila kat highway jee. mungkin sebab flat aku antara flat tertinggi kat lipis maka secara auto gelombang radio dia datang dari karak highway.

malam-malam hari dari bilik kecik rumah flat aku, aku dihiburkan dengan lawak-lawak dari arwah din beramboi. masa tu aku keliru juga sape dia yang true din beramboi. din beramboi ujang ke atau din beramboi thr. tapi aku tak kisah sangat. janji lawak. kalau layan lawak thr din beramboi memang syok. kekadang dia buat suara apek, suara pondan yang namanya shasha, pakcik tua dan banyak lagi dan aku masa tu memang kacip sama thr. tapi yang tak tahannya program tu menghala ke subuh .

din beramboi memang dalam kenangan. Al-fatihah

2 ulasan:

Grey.Gory berkata...

Tepat. Din Beramboi dah sentuh jiwa kita semua. Moga tenang di sana. Al-Fatihah

tora corgan berkata...

dia buar suara shasha tu mmg terbaik