Sabtu, 20 Disember 2008

oh cameron...

sebelum aku duduk kuala lipis aku lepak cameron highland adalah dalam 5 -6 tahun. aku blah dari cameron masa aku darjah 2. cameron? tempat sejuk, pagi pagi mandi air panas. makanan biasa kobis, stawbery dan limau, teh o mesti ada dan 'hai' mat salleh yang lalu belakang rumah aku hari hari.

masa " hari 100 tahun cameron highland " aku memang ada sana kat situ. meriah gile sambutan dia. siap ada helikopter bawa budak-budak lagi bapak aku cakap. sukaneka dia sikit punya meriah. mak aku dan geng-geng perkep dia sibuk tak patut, buat apa entah. masa tu aku duduk rumah polis kat bawah dekat masjid cameron highland yang kat atas bukit tue. kalau sesapa pergi, rumah polis tu dah tak ada sebab diorang runtuh buat apa entah.

hujung bulan lepas aku ada pergi lawat sana, kerja sambil melancong. pehh, tiba-tiba nostalgia mengimbau dalam benak kepala otak aku. syahdu dan ada satu 'bau' yang membuatkan aku jadi sentimental bila sampai kat cameron highland.

realitinya semua dah berubah. cameron 20 tahun dulu tak sama macam sekarang. brincang memang berubah gila-gila. kat tanah rata siap ada starbuck lagi. bar-bar pun ada kat tepi-tepi tue. hotel-hotel tumbuh macam cendawan. cuma sekolah lama srk convent masih lagi macam dulu. tapi ramai kawan aku gelak kat aku bila aku cakap aku sekolah convent sebelum sekolah kat clifford. diorang kata mana ada budak lelaki sekolah convent. tapi realitinya memang aku sekolah darjah 1 dan 2 kat situ.

dulu, ruang-ruang di tanah rata, cameron menjadi jajahan takluk aku. padang bola tanah rata, bandar tanah rata, taman permainan tanah rata tu sampai srk convent tu aku berjalan dengan penuh rasa sayang dan penuh kenikmatan. kehijauan dan kesejukan cameron jadi pujaan aku sehingga ke hari ini.

ada sesuatu 'bau' yang menyentuh sentimental aku. mengegar ruang emosi perasaaan aku. yang mencetus dimensi nostalgia yang mengegar jiwa aku yang sememangnya romantik dan sentimental ini. adakah bau pokok teh? adakah ia bau pokok-pokok rhu yang banyak disini? ataupun dia mungkin bau oksigen-oksigen yang meraikan kedatangan aku kembali kesini?

ada satu petang masa kita orang main layang-layang kat padang tanah rata tu. aku ada dengar ada orang cakap, " layang-layang kita yang paling tinggi dalam dunia nie..." tiba tiba aku rasa bangga, aku rasa syok, aku rasa memang best...yee, aku setuju...layang-layang kami paling tinggi.

notakakis : aku start baca gila-gila masa kat sini

notakakis2 : ada musim-musim aku buat alasan mak aku tak masak air panas kalau malas pergi sekolah. pergi sekolah dulu pakai baju sejuk tapi seluar pendek.

notakakis3: hari tu pergi tidur kat brincang, hotel sana untung giler pasal aircond pun tak ada. tidur 3 lapis baju. duduk atas tandas cangkung siap jerit dulu.

notakakis4 : ada peluang kerja kat sini aku kerja. syahdu beb...teh dia memang syahdu.



ps: gambar kat tanah rata, bukan kat anfield.