Jumaat, 20 Mei 2011

malas nak faham

masalah utama manusia ialah malas nak faham. mereka faham tapi mereka malas nak faham. nak kasi mereka faham ni senang tapi nak kasi mereka rajin untuk faham ni susah.

kesusahan ni macam main sudoku. bende nak buat senang, tapi nak kasi senang buat tu malas. contoh paling senang sekali ialah nak buat kerajaan. kalau nak bentuk kerajaan mesti menang pilihanraya. nak kasi memang pilihanraya kena masuk bertanding.

kalau nak buat negara islam, kena masuk bertanding semua kerusi parlimen. masuk bertanding 222 kerusi parlimen. bila dah menang semua kerusi parlimen baru boleh ada cita-cita nak buat negara islam.

bende-bende ni semua kena faham. ada jugak yang jenis dah faham tapi malas nak berfikir. bende-bende ni semua akan jadi masalah kemudian hari.

Ahad, 15 Mei 2011

Bincang-Bincang

banyak bende kena bincang. duduk lepak-lepak sambil berbincang ni merupakan satu hal yang perlu dalam hidup manusia. nak nampak power dan elit sikit perbincangan orang panggil mesyuarat.

mesyuarat peringkat akar umbi yang paling orang nak masuk ialah mesyuarat JKKK. tapi sekarang aku tengok mesyuarat JKKK tak true mana. sape-sape ahli JKKK pergi mesyuarat dapat elaun. mesyuarat dengan elaun ni merupakan satu mesyuarat yang tak true dan tak power sangat.

mesyuarat yang paling atas dan paling power ialah mesyuarat kat PBB aku rasa. ini melibatkan mesyuarat yang melibatkan negara-negara bangsa. mesyuarat ni paling true sebab ianya melibatkan banyak bahasa. tapi setakat ni ni tak pernah pulak wakil tetap malaysia cakap bahasa melayu.

sebenarnya bincang-bincang, mesyuarat atau syura yang kita buat selama ni bertujuan untuk menjauhkan kehidupan manusia daripada anarchy. anarchy walaupun nampak sedap didengar oleh anak muda merupakan satu hal yang sangat bahaya dalam hal bernegara.

tujuan utama ada meeting JKKK adalah bertujuan mengelak kampung berada dalam keadaan anarchy dan begitu jugak meeting peringkat PBB untuk mengelakkan negara lain tak buat onar kat negara lain. persamaan itu juga untuk mengelakkan dunia ini berada dalam huru hara.

minggu lepas aku hari-hari mesyuarat. sampai sekarang hidup masih lagi huru-hara. semangat Amerika kena ambik sekali sekala dalam hidup ini.

Ahad, 8 Mei 2011

Another Side of Tok Mat

orang tempoyang panggil abah aku Tok Mat. kalau ikut teori kemanusian dalam organisasi gelaran Tok yang digunakan dalam masyarakat marhain Malaysia menunjukkan bahawa Tok itu seorang yang tua atau orang lama dalam masyarakat tersebut.

namun yang demikian, walaupun tua, Tok Mat bukanlah pendukung utama humanisme iaitu manusia yang mementingkan pemikiran yang rasional dan nilai sekular. ini adalah kerana mengikut pengetahuan aku, Tok Mat merupakan rakan sekelas kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang iaitu Dato Ahmad Yakup.

tapi kekadang aku merasai kagum dengan keupayaan mengingat abah aku. satu hari sedang duduk melepak abah aku akan bukak cerita lama seperti,

" bukan kau dulu taknak kahwin ke? lepas tu berangan nak travel satu dunia? mana semangat kau sekarang? "

satu hari masa duduk dalam kereta sambil kasi semangat pada jeman dan jeri abah aku bukak cerita,

" abang kau dulu pergi interview kerja entah sape dia pinjam baju, seluar sama kasut hitam. setiap kali interview pergi pinjam kasut orang. cuba laa syukur sikit sekarang ni.."

paling power abah aku cakap,

" abang kau ni orang panggil apek, kat mana cinanya entah..."


gampang...hari ini hari ibukan? pasal apa aku cerita pasal Tok Mat?

notakaki : sambut hari ibu gua rasa macam bidaah jee...

Bayangan Kau

selain mat rap gua sebenarnya into hardcore metal dulu-dulu. terima kasih kepada mamat yang masukkan lagu ni dalam youtube. kaset keluar tahun 1997. tahun 2010 baru ada dalam internet. canggih tak patut. walaupun kaset ni mahal tak patut, gua ada kasi dubbing dari member gua. kah kah kah kah...biar rugi syarikat tu..kah kah kah...

Selasa, 3 Mei 2011

Kawan saya Bharu

" kawan abang Bharu beli kereta grand livina " gua bukak cerita depan bini gua

" baru ke 2nd hand? " tanya bini gua

" baru" gua jawab

" baru ke 2nd hand? " tanya bini gua

" baru " gua jawab lagi

" tahulah kawan abang Bharu tu. dia beli yang baru ke yang 2nd hand? "

" dari tadi dah cakap baru "

notakaki : cakap biar jelas

Isnin, 2 Mei 2011

Selamat Hari Pekerja

ok macam ni. dalam kompenen kebendaan ada 3 benda yang perlu dipikirkan. pertama golongan permodal, kedua golongan pekerja dan ketiga kerajaan. kerajaan ni kira orang tengah.

ok. try pikir macam ni. golongan kapitalisme ada modal. golongan pekerja merupakan sumber dan kerajaan merupakan jenis bende yang ada kuasa. antara modal, sumber dan kuasa mana yang lebih power?

kalau kerajaan ikut sangat pekerja, kapitalis akan marah dan merajuk macam bini. bila merajuk susah nak dapat modal. kalau kerajaan ikut sangat kapitalis maka sumber ni ramai dan boleh menyebabkan hura-hara dalam negara. kalau kerajaan buat bodoh tak layan kapitalis sama pekerja, kerajaan itu merupakan satu kerajaan yang banggang dan buat apa nak jadi kerajaan.

senang cerita macam ni. gajah lawan sama gajah, pelanduk kena lenyek kat tengah-tengah.

Selamat Hari Pekerja!