Ahad, 3 Oktober 2010

Kelab Peminat PUISI

dalam scene puisi selepas Usman Awang, Masuri SN, Aziz Deraman sama Muhammad Haji Salleh, kini gua jatuh suka sama puisi Rahimin Idris. Nasib baik dia bukan awek. gua harap dia boleh buat satu buku berserta borang fanclub macam penulis "aku budak setan' buat dulu-dulu. bersama ini gua sertakan satu puisi yang gua curi ada satu laman web yang namanya dunia penyair.

Dan saat kau lepaskan pesawat kertasmu

Jun 6, 2008

… dan saat kau lepaskan pesawat kertas yang ada ditanganmu itu ke udara, pantas ia meluncur membelah angin, mendarat dan lesap di padang rumput yang tak bernama.

tapi sebenarnya sebelum sempat ia mendarat, bayang-bayangnya telah terlebih dahulu terhempas dan terbakar di atas rumput-rumput dek tembakan terik matahari yang tegak di atas kepalamu itu.

selepas itu:
pesawat kertasmu tiba-tiba lesap entah kemana
ada setompok rumput terbakar hangus
padang itu masih lagi tak bernama
bayang-bayang pesawat kertas menjadi debu-debu
matahari masih tegak berdiri di atas kepalamu
kau masih terpinga-pinga.

hari itu sebenarnya entah siapa yang paling malang diantara pesawat kertas, rumput-rumput hangus, padang yang tak bernama, bayang-bayang pesawat kertas, matahari yang masih tegak di atas kepalamu atau pun engkau — yang masih belum tahu pun entah apa namanya tempat kau berdiri itu.

ABDUL RAHIM IDRIS
Bandar Jengka, Pahang

Belia Melayu Mudah Lupa

sepatutnya hari ni gua ada temu janji sama doktor gigi. tapi sebab gigi gua dah tak sakit gua buat tak tahu sama itu janji. adakah gua seorang munafik? siapakah bangsa yang sanggup menjadi hamba kepada klinik gigi?

Sabtu, 2 Oktober 2010

Kuala Lumpur & Melayu

bulan 10 ni gua akan turun KL untuk dua hal. satu untuk Perhimpunan Agung UMNO dan satu lagi untuk Festival Fotografi Kuala Lumpur. menurun Kuala Lumpur sejak ada Lebuhraya Pantai Timur merupakan satu hal yang sangat sedap. terima kasih kepada kerajaan yang begitu prihatin dengan nasib-nasib kereta.

hal umno kita bincang lepas ni. lagi pun suka tak suka kita tak boleh nafikan bahawa umno telah memainkan peranan penting dalam proses pembangunan negara pada hari ni. bagi gua semua parti memainkan peranan penting dan gua tak reti bahasa sama orang yang cakap politik itu tak penting.

melalui pengamatan gua. scene photo memang begitu mencanak naik sekarang. lebih-lebih lagi scene kamera gantung kat leher. dulu gua selalu gak bakar mamat minah yang gantung kamera kat leher.

scene kamera gantung ni bermula bila 2 biji kamera gua buat onar sama gua. sejak dari itu gua start pakai kamera gantung dan sejak tu hubungan gua sama pelajaran fizik semakin dekat dihati. bagi gua kamera ini tentang persoalan cahaya. walaupun ramai kata cahaya ini bergerak lurus tapi mengikut seorang cikgu matematik gua, cahaya ni bengkong sikit. disebabkan ia bengkong sikit maka ia boleh dibiaskan menjadi satu bende yang lain. sebab tu malaikat boleh merupai banyak bentuk pasal malaikat dibuat oleh cahaya. peh, gua dah masuk bab-bab malaikat ni.

pasal festival ni gua tengok tak ada semangat 1malaysia langsung. dalam promosi klpf tu penganjur menggunakan bahasa cina dan bahasa english sebagai bahasa promosi. inilah nasib bahasa melayu.

oh tidak, tidak. bahasa melayu mana layak untuk bahasa pembangunan. bahasa melayu mana layak untuk negara maju macam malaysia ni. orang melayu mana layak nak membangunkan ekonomi negara.

orang scene kamera tak serius tentang isu bahasa sebab bahasa tak ada kesan dalam kamera. kamera tentang cahaya. kalau nak bercakap pasal bahasa pergi ke dewan bahasa dan pustaka. kalau nak bercakap dalam bahasa melayu pergi tengok rtm sama klasik nasional. ini kuala lumpur. kotaraya metropolitan dimana warganya bercakap english dan mereka rasa malu bercakap melayu.

dalam suasana pasaran bebas ni rasanya tak salah kalau terus untuk kita bercakap bahasa melayu. Ahmaedinejad pun cakap bahasa iran kat UN itu hari. entah bila orang nak bercakap bahasa melayu kat perhimpunan agung Bangsa-Bangsa Bersatu?



ps: sape kata kena cakap orang putih kat persidangan dunia?

Jumaat, 1 Oktober 2010

Melayu History X


" lu jangan tuduh gua beli baju melayu ni kat Mydin "

masa ni gua tengah bercakap pasal isu beli barangan buatan Malaysia sama hal liberalisasi pasaran. sebagai penjunjung pasaran bebas gua hot sikit bila baju melayu gua dikaitkan dengan Mydin.

scene berborak dengan pakcik-pakcik

kalau kena gayanya pagi sebelum masuk opis aku akan melepak kat kedai Bakar. Kedai bakar ni kat sebelah Majlis Daerah Hulu Terengganu. tak tahu sebenarnya apa bende yang sedap makan kat kedai bakar ni. cuma sedap melepak sini pasal banyak hal boleh tahu pasal kejadian-kejadian yang berlaku dalam daerah. Bakar ni Pengerusi JKKK. kalau pengerusi JKKK mesti orang umno.

melepak kat kedai bakar ni aku jumpa macam-macam orang, biasanya jenis yang dah berumur. boleh kata semua jenis 45 tahun keatas. so bila 45 tahun keatas sepatutnya aku kena panggil pakcik. tapi apa kes aku guna "mung dan aku", rasa kurang ajar pulak tapi mesra rakyat bunyinya. ada doktor, ada kontraktor pakai kereta besar, ada kontraktor pakai wira, orang gomen pangkat besar, orang gomen pangkat bawah, pakcik-pakcik rela, orang politik pencen dan sebagainya.

tapi semalam masa aku lepak sama sorang pakcik rela ada satu benda yang true tentang apa yang dia cakap. katanya,

" duit banyak kalau tak sihat tak guna. yang penting sihat tubuh badan. duit boleh cari..."

lepas tu aku tengok banyak tak patut dia makan tapai. tapai ni orang cakap boleh buat sakit badan.

aku geleng kepala sambil bercita-cita nak jadi petani.

Alasan

hari ni dah 22 syawal. scene puasa 6 tak buat lagi. cita-cita nak puasa 6 memang dah tanam dalam hati. sejak setahun dua ni suasana syawal di Malaysia telah berada di satu tahap kenikmatan dan kesenangan duniawi. tetapi kenapa tv dan suratkhabar selalu keluar ayat " sambutan sederhana tetapi meriah..", setiap tahun ayat ni keluar.

bersyukurlah sebab hidup dalam negara Malaysia yang aman permai ni. setiap hari ada jemputan rumah terbuka sama orang kahwin. tahun ni kali pertama dalam dunia aku dengar ada jemputan orang kahwin pada 1 syawal. jemput rumah terbuka tu cerita lain. hari-hari orang jemput. selain orang jemput, pejabat-pejabat gomen juga membuatnya.

aku tak tahu sama hal ini merupakan satu alasan yang baik untuk tidak berpuasa 6. aku tengah pikir sama ada para pemimpin kita pada hari ini ada masa untuk berpuasa 6. bayangkan jadi PM atau Yb misalnya. aku pikir setiap hari ada jemputan macam ni. YB PAS aku taknak cerita. hal orang susah diaorang pikir ke tidak aku tak tahu.

ini betul-betul satu dillema bagi aku dan melayu-melayu baru yang berjaya dengan dasar-dasar ekonomi baru (DEB). kalau dijemput dan lepas tu kita cakap kita puasa, hal ini akan mendatangkan perasaan kecewa tuan rumah dan juga seperti menunjuk yang kita into 'orang-orang alim' dan seterusnya akan menyebabkan kita ditolak kedepan untuk jadi iman.

aku pikir ustaz-ustaz kena buat satu kursus seperti " bagaimana mengurus puasa 6 anda didalam bulan syawal? " atau "bidaah membuat rumah terbuka" atau " bagaimana untuk menjadi ustaz terbaik dalam rancangan tanyalah ustaz? " atau yang paling last sekali " kenapa radio IKIM dah jadi radio pop?"