Sabtu, 13 Mac 2010

Lepih, padeli dan skate



amar, amin sama pp memang buat hal betul dengan padeli.

ps: padeli tak main skate.

perhatian sekali lagi : lagu padeli paling 'in' kat kuala lipis sekarang.

perhatian lagi-lagi sekali : semua babak dalam videoklip ni ok. cuma babak mail berlari entah apa-apa (tengok minit 1.08). gua rasa nak terajang ada sekarang ni.

Rabu, 10 Mac 2010

rage against the machine dan kamera gantung

tahun 2018 kalau ikut cerita terminator masa tu manusia tengah perang sama mesin. dalam suasana dan hal-hal yang panas sekarang ni gua sempat jugak berpikir sejauh kuman.

tengah gua belek-belek kamera gua terpikir satu hari nanti di masa hadapan manusia cipta kamera yang dah siap ada sistem adobe photoshop. kasi ada lubang sumbat mouse lepas tu boleh terus ejas gambar kat dalam kamera terus. senang dan tak payah beli laptop.

tiba-tiba gua rasa nak jadi terminator. ambik gambar terus dari mata. cool tak patut.

Isnin, 8 Mac 2010

thechalatchalat

stam
umt, kuala terengganu

capang dan jendul

gua tengok sekarang cerita-cerita melambangkan hal-hal dan sifat fizikal orang dah macam meletup. semalam gua macam terlayan sikit cerita fatimah juling. hari tu terlayan sikit-sikit drama halimah jonggang.

gua pikir kalau gua jadi pengarah filem mungkin gua cari pelakon yang capang dan berdahi jendul. nama filem dan drama yang gua akan buat bertajuk " lelaki playboy terakhir berdahi jendul " atau " capangtar (ala-ala avatar)"

Sabtu, 6 Mac 2010

darjah celcius

cuaca panas sekarang. nak keluar rumah malas. air kena banyak minum. hujan tak turun-turun. otam datang main muzik kat umt hari ni. mak dia tak marah ke?

air kena minum banyak. kalau ada pening-pening itu tandanya air tak cukup. kalau boleh minum air 8 gelas air sehari tapi gua pikir kita kena up sampai 16 gelas sehari. pergi tandas acap kali takpe.

yang isap rokok jangan buang rokok merata-rata. rumput sekarang ni sensitif betul. terbakar sikit habis terbakar semua. bila semua habis terbakar kat mana kita nak main bola.

sape nak belia kamera canon 1000d sila maklum pada gua.

Selasa, 2 Mac 2010

pisang dan masalah sosial

harga pisang setangkai sekarang gua dengar dalam rm20. kira mahal tu. keadaan harga yang mahal ketika ini menyebabkan orang-orang kampung dan para petani moden dan tak moden mengeluh bila mereka kehilangan pisang mereka.

gua kesian sama petani-petani ni. dimanakan keadilan? adakah keadilan itu tercapai bila kita semua masuk parti keadilan? nampak gayanya besi buruk dah tak laku mana. hasil penyelidikan gua dengan orang-orang kampung semasa melepak mendapati bahawa bukan setakat pisang yang masak sahaja dirembat malah yang tak masak/putik lagi pun dirembatnya. adakah mereka mahu membuat kerepek?

situasi ini sangat merbahaya. selain dadah, komunis dan cili padi. mencuri pisang juga boleh mengugat keselamatan negara. gua pikir telah tiba masanya untuk kita berjuang memastikan pisang-pisang tidak dijual dengan harga mahal dan menghukum pencuri yang mencuri pisang.

elakkan sembelit! makanlah pisang!! hidup masyarakat marhain malaysia!!!