Jumaat, 24 Julai 2009

Diskiminasi Obesiti Terpimpin

Gua dapat ucapan tahniah daripada SPA( Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) sebab gua lulus satu periksa untuk satu jawatan kerajaan. Lepas ucapan tahniah dia ada jemput pergi satu Assessment Centre(PAC). Yang gua panas diorang tak dapat nak tukar perkataan Assessment Centre tu kepada bahasa melayu.

Gua jadi panas sebab ada satu ayat yang buat gua pikir ini merupakan satu perancangan untuk memalukan dan menjatuhkan serta menyingkirkan golongan obesiti dalam perkhimatan kerajaan. Kalau para 'chubby' yang lain baca mesti turut merasa panas seperti gua. Gua kasi ayat dia kat sini.

4. Hanya calon yang melepasi peringkat ujian Kecergasan
Jasmani Kebangsaan sahaja yang meneruskan program
'Assessment Centre' seterusnya.
Ujian kecergasan Jasmani Kebangsaan adalah seperti berikut :

a) ujian komposisi badan
b) variasi bangun tubi
c) larian ulang alik
d) lompat jauh berdiri
a) duduk dan jangkau
a) larian 2.4km "

Sekarang ini gua memikirkan banyak hal. Sama ada gua perlu bersungguh-sungguh untuk jawatan tersebut atau gua relak-relak macam sekarang. Kekadang gua rasa panas jugak sebab memikirkan jawatan yang gua pohon tu bukan jenis tangkap orang, main kejar-kejar atau main tembak-tembak dengan orang. Apa kes kena ada UKJK?

Gua harap pada Tuhan agar harap-harap selepas ini tak ada ujian menembak, bawak kepala lori tangki minyak, panjat gunung, teka buah nangka dalam balang dan bedah badan katak untuk jawatan ini pada masa akan datang.

Tapi gua tahu, ini satu bentuk diskiminasi terancang yang dilakukan bagi menghindari golongan obesiti menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Gua rasa laa...

Power to the chubby-chubby seluruh tanah melayu! Makan and take over!

notakaki: kali ini pengunaan perkataan 'gua' mengantikan 'aku' digunakan disebabkan banyak sangat baca blog yang menggunakan kata ganti diri 'gua'. Terutamanya blog hilangpunca.blogspot.com. Macam rock sangat mamat tu...

6 ulasan:

Penanam Sayur berkata...

GUA pergi dah hari tu, petang sebelum balik pekena kerepok lekor dekat pintu belakang, syiok jugak.
Oh, tu kalo PAC kat kemaman.

j or ji berkata...

kang ada staff gomen lembik,lu jugak kuat komplen!

gua suspek lu tak lepas lari 2.4km la.

iyan berkata...

gua da lepas semua tuh...
tang lari gua kantoi...
2.4km dalam masa 12 minit....
lg 300m je lg gua nak habeskan...
mcm cilakak!
x dapat gua keje gomen!

terrarosa berkata...

mesti sukar berada di tempat lu kan ?
takkan nak lepaskan jawatan pengerusi
chubby-chubby seluruh tanah melayu hanya kerana jawatan itu kan ?
ngehngehngeh...

p/s mamat tu tak main blogspot dah, dia pakai 'www' la skrang ni :P

CCZ berkata...

rakyat malaysia sekrg rmi yg obesiti..kena lah jaga pemakanan sikit dan usaha turunkan berat badan..kurus kering pun banyak mcm saya..pun tak elok juga..kena bagi gemuk sikit..lari sejauh yang ditulis pun bukan mampu bagi yang kurus kering..melayang dek angin saja..jadi janganlah terasa ye ammosham..majulah sukan untuk kesihatan..

pu3aan berkata...

ala abg sham..chubby2 pun lepas gak kn..??seb baik la time tu xramai pun yg pi ujian tu..~siti, grup 4, PAC Kemaman~