Rabu, 4 Mac 2009

tolong kasi ada panggung wayang kat kuala terengganu

sebab busy aku layan movie yesman 3 kali bersambung. macam layan drama pulak. tapi aku sedar aku takleh nak kasi komitment sepenuh masa untuk tengok movie. prestasi menonton wayang sama tgk movie kat terengganu sangat lemah. kelemahan dia macam prestasi pasukan PDRM dalam liga super. dah laa kalah, insuran tak bayar pulak tu.

bila tengok yesman aku teringat dua cerita yang jim carrey turut berlakon iaitu eternal sunshine of the spotless mine sama the thuman show. dua-dua cerita tu memang masuk dan lakonon dia memang buat aku psiko.

tiba-tiba aku terpikir yang jim carrey bukan jenis pelakon lawak. dia pelakon psiko sebenarnya. banyak watak-watak yang dia pegang memang jenis psiko. psiko-lawak atau comedy-crazy-punk-rock. pehh..cam gampunk bunyinya.

kekadang watak-watak yang dia bawa memang berat psikonya. try korang tgk cerita masa dia berlakon dalam batman forever sebagai riddler. psiko tak patut sebenarnya. tapi pembawakan dia macam pelawak tapi bukan melawak sebenarnya. dia memang terer bawa watak-watak psiko niee. tak pun aku rasa dia memang psiko orangnya.

psiko sama dengan mental tak?

semua lakonan berkaitan dengan mental. bukan lakonan dalam filem jee. yang kita duduk atas bumi pun lakonan jugak. tak ingat sape yang berkata " bumi ini pentas dan kita adalah pelakon-pelakonnya" psiko tu mental laa. psikologi pulak kajian tentang mental. bagi aku para pelakon kita yang ada didunia tak pun di malaysia ini boleh diberi sijik kelayakan psikologi. macam CF bangunan. sape jadi pelakon secara auto dapat sijil psikologi. yang otai-otai macam m.nasir kerajaan bagi masters. macam mana? tulen tak idea gua?

falsafah filem dan watak-watak dalam filem kita serahkan kepada orang-orang filem. biar abang mamat khalid sama abang pian habib memikirkannya. aku yang duduk kat terengganu ni selagi ada jual cd/dvd filem kat pasaran dan selagi ada duit boleh menonton filem. cuma kat terengganu ni tak ada panggung wayang. orang cerita dulu ada laa. itu dulu bai, aku nak sekarang. sekurang-kurangnya aku tak perlu menapak sampai kuantan untuk layan cerita spiderman macam dulu-dulu. sekarang movie upin dan ipin dah keluar. takkan aku nak ke kuantan lagi kot.

sebab tu ramai orang beli cd dan dvd haram kat sini. (kebarangkalian orang membeli cd atau dvd haram adalah dua kali ganda disini memandangkan sini memang tak ada panggung wayang)

ps: ada 8 keping dvd yang aku tak tgk lagi. cd max payne yang aku beli dulu pun tak tengok lagi. kena tinggal berapa tiang aku tak tahu.

5 ulasan:

al razy berkata...

panggung0178 sekarang inipun banyak dibandar² besar sahaja. Kat kg aku pun dah xda gak panggung dan sekarang ini kalau di n9 kalau mau tgk wayang kena pergi seremban aja. bagaimana dgn org² yg duduk kat daerah² lain. dan aku setuju dvd pirate x pupus sebab kepupusan panggung² di bandar² kecil skarang ini. Filem² melayu pun susah mahu cari makan sebab kebanyakan penonton cerita melayu nih banyak di felda², kg² dan daerah yg jauh dari bandar. Nak harapkan penonton bandar tgk citer melayu, jgn haraplah..belum tgk lagi dah kritik.. dan lebih suka tgk filem luar sebab xnak hilang title urban laa sgt tuh ;)

terrarosa berkata...

salam kenal,
wah dah tengok citer Yesman ?
secara peribadi watak lakonan Jim Carrey dalam tu memang menarik & tertarik...
orang kata "from Zero to Hero"

Jim Carrey pun bukan calang2 pelakon, dia memang menjiwai watak yang diberi, sehinggakan dulu pernah masuk akhbar.. dia ada mengidap penyakit ala - ala migrain sebab terlalu lama memegang watak gila - gila macam The Mask atau Pet Detective.

saya pernah terbaca dalam satu buku motivasi , Jim Carrey ni pernah tulis cek palsu untuk dirinya sendiri pada tahun 1990, cek itu bernilai 10 juta dollar dan bertarikh hari Thanksgiving 1995 untuk bayaran sebagai pelakon. Cek tu dia simpan dalam wallet dan jadikan sebagai target hidup dia dalam bidang lakonan...

dan pada tahun 1995 , selepas kejayaan cerita2 Ace ventura , The Mask dan Dumb & Dumber... Bayaran Jim Carrey meningkat kepada 20 juta dollar bagi setiap cerita.

Amacam ? nampak jer psiko... tapi motivasi tinggi tu :)

dari
pembeli DVD h*r*m !

Shaffik berkata...

yer ker kat terengganu tak der panggung wayang..laa dah tu deorang tgk wayang kat maner?

minah ganu berkata...

kalau tak silap tahun 1997 pangung rex ngan cathay dah kena tutup.skang nie dah jadi kedai pakaian.memang sedih la trg xder pangung.huhu

Enzo Francescoli berkata...

xde panggung wayang pon jd taraf bandaraya.x enjoy langsung...