Selasa, 10 Mac 2009

selepas hujan - http://www.mannmusa.blogspot.com/


sesapa suka baca blog pakcik hashim zabidi mungkin boleh try baca blog selepas hujan. cerita pasal zaman dulu-dulu dan pengalaman kerja sebagai pekerja belia. ingat pakcik hashim zabidi bapak pipi dulu memang aktif tak patut dengan gerakan belia kat lipis. dan pemilik blog ini pulak dah kerja dengan belia sejak 1979 lagi. zaman tu aku tak lahir lagi. yang syok tentang blog ini sebab boss aku ni kalau tak ada kerja dia akan baca novel sebelum tidur dan waktu senggang. klasik tak patut. boleh baca mungkin ada ayat-ayat novel dalam blog dia.


" respons pakcik hashim zabidi tentang belia dan gerakan belia.."

AMMOSHAM,

Salam...

Pakcik tak napikan kerja kamu sbg. Peg.Belia masa kini. Mmg agak sukar sikit berbanding zaman pakcik. Dulupun tak ramai yg masuk jadi ahli belia 30% pun takde. Yg ambil kesempatan banyak.Pakcik pernah cadang pd Pem. Belia bahawa Pengerusi Belia atau Ketua Belia diwajibkan sama spt adanya Ketua kampung, disetiap kampung. Ertinya Ketua Belia setaraf dgn Tok empat. Pem Belia jawab, tak boleh jadi, susah tu. Tak apalah.

Bagaimanapun belia zaman pakcik senang dikawal, senang diajak berunding dan melakukan kerja kerja dgn kerelaan. Skrg semua pakai duit. Siapa ajar?

Salah siapa? Kita tak boleh nak salahkan siapa siapa. Ini isu nasional. Sebenarnya budak belia dipersimpangan skrg, takde hala tuju. Nak tuju kemana. Nak ikut belia ke, nak ikut politik ? Politikpun sudah buka cawgan belia - putera dan puteri. Pokoknya siapa nak kontrol siapa.

Oleh itu, buatlah kerja mengikut patut. Bekrjasamalah dgn pemimpin. Mengsyorkan boleh, mencadang kena fikir. Polisi jangan buat. Cari jalan selamat, kamu masih muda, akan banyak lagi bukit dan lurah perlu kena daki dan turun.

Pakcik cuma mengingati nostalgia saja, cerita karut marut, tapi sedap dengar kan! ha ha ...

Pakcik Hashim.

2 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

AMMOSHAM, SALAM....,

Alahai,...nak buat apa dgn komen p'cik tu. Semua org baca kot. Komen p'cik tu bukanke nagatif? tidak menyumbang sebarang kemajuanpun. Org sekarng patut lebih aktif, ikut masa. Zaman dah berubah dunia dah maju. Segalanya mesti berubah & maju. Kami dulu buat mesyuarat AJK Daerah di di Belia gabungan ikut giliran. Ke K.Lanar kena naik bot. Ke Telang, Bkt Betong naik k'api. Ke Budu kena naik Ford Prefect cikgu Mat Intan lima enam orang satu kereta. Betapa sukar masa itu. Tapi belia jalan juga. Lepas p'cik ditukarkan ke Ktn, aruah Long Jidin ambil alih, lepas aruah Hj.Ghazali Petani Rest. Lepas tu p'cik pun lupa. Sudah jadi belia we. Sekrg sudah tuapun. Ha ha ha...

mannmusa berkata...

Salam Sham, bila masa gambar tu diambil tak sedarpun....siap yg dua orang tu...tak dapat recall....ai main ambik gambar tak bagitau....

Sham, perjuangkan lah kebangkitan orang muda bagi kesejahteraan bersama...