Khamis, 17 Julai 2008

cerita dari cambodia

aku baru habis baca reader's digest keluaran jun 2008. muka depan gambar barack obama, bakal orang besar amerika. amerika memang negara yang besar. satu negeri dia tak ada pun sebesar semenanjung malaysia. maka kesimpulan aku kalau sesapa yang dapat wakil amerika dalam acara sukan memang dia terer gaban!

aku ada cita-cita nak pergi amerika. tgk amerika football sama baseball. sawan beb tgk dalam tv itu sukan. aku dengar cerita tak ada lagi orang mati gaduh-gaduh pasal tgk baseball sama football macam gaduh-gaduh tengok bola kat england.

aku bukan nak cerita pasal amerika tapi aku terkagum sehingga mengusik jiwa dan perasaan dengan satu cerita yang aku baca dalam RD nie. the healing fire karya sokreaksa s. himm atau nama senangnya sok(aku ringkaskan). mamat nie hidup masa zaman khmer ruoge. korang mesti tahu cerita-cerita pasal kekejaman rejim nie. satu hari kalau tak bunuh orang memang tak sah.

keluarga sok merupakan keluarga yang menerima kekejaman ini. suatu hari bapak dan adik-adik dia termasuk laa sok ni kena tangkap pasal disyaki dalang amerika. disebabkan diaorang nie memang kejam (askar-askar), dalang ke tak dalang, disyaki besar ke disyaki kecik ke maka secara manualnya confirm kena bunuh. maka dihentaknya bapak, adik beradik dan sok sendiri dalam satu lubang yang besar. tapi nyawa sok memang panjang. lepas askar-askar tue blah dari lubang tu dan pergi mencari mangsa baru maka sok bangun dan blah dari situ. dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sok melepak dicelah-celah hutan tak jauh dari lubang kubur tue.

tiba-tiba sok nampak mak dan kakaknya di bawa berhampiran dengan kubur tue dan askar-askar tue membunuh dengan kejamnya. sok nak menjerit tapi tak terkeluar suaranya. lepas membunuh semua ahli keluarganya askar-askar tue pun blah dari kubur tue dan sok ambik kesempatan untuk menatap wajah ahli-ahli keluarganya untuk kali terakhir. di depan mayat ahli keluarganya sok telah bersumpah untuk menuntut bela kematian mereka, jika tidak dia akan menjadi sami dan jika tak dapat menuntut bela dan jadi sami, dia akan blah dari combodia.

sok tak jadi sami. sok juga tak jadi tuntut bela.maka sok blah ke kanada. sok jadi paderi. tapi dendam kesumat dan mimpi ngeri sentiasa menghantuinya. memang laa. tgk mak ayah dan satu keluarga di bunuh depan mata. sapa tak trauma. ini bukan kes kecik. bukan kes tersepak batu atau tangan tersepit pintu atau kaki terkena ekzos motor. ini hal hidup dan mati.

jiwa sok tertekan, perkara lepas menghantuinya. sok ambik keputusan balik combodia. balik kampungnya dan cari pembunuh keluarganya. dia berjumpa dengan 2 orang yang membunuh keluarganya. yang menarik dia balik kampung bukan nak tuntut bela, tapi nak beri kemaafan kepada mereka yang telah membunuh keluarganya.

"aku datang ke sini hari ini adalah untuk memaafkan kamu. aku datang ke sini untuk membebaskan kamu dari hutang kamu terhadap keluarga aku. aku tidak mahu mengapakan kamu tapi memaafkan kamu..." sok berkata-kata demikian ketika berjumpa dengan mereka yang telah membunuh keluarganya.

kalau korang baca cerita ni memang korang rasa sedih. kalau korang baca yang aku tulis memang susah nak rasa sedih. aku tak dapat nak bayangkan orang seperti sok ini boleh memaafkan orang-orang yang telah membunuh keluarganya. korang boleh bayangkan? itu baru seorang manusia. manusia yang berjiwa besar. sanggup memberi kemaafan kepada manusia lain yang melakukan kesalahan yang besar kepada dirinya.

jika seorang manusia seperti sok boleh memaafkan orang lain dalam satu perkara yang cukup besar, bagaimana pula dengan kita dalam hal-hal yang kecil?

" aku menangis...menangis...menangis sehingga hilang rasa takut itu..." sokreaksa s. himm

2 ulasan:

ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN berkata...

Salam.

Post ini sangat menarik. Izinkan saya berkongsi satu cerita.

Rasulullah setiap kali pulang dari masjid akan berjalan melalui lorong yang bersebelahan dengan rumah seorang Yahudi. Satu hari orang yahudi ini menuangkan perut unta ke atas diri Rasulullah.

Kemudian yahudi itu berkata, "Aku menuangkan perut unta ke atas mu!". Tapi Rasulullah berkata "Kamu tidak sengaja ni". Kemudian orang yahudi itu berkata, "Tidak, aku sengaja menuangnya".

Keesokkan harinya Rasulullah melalui jalan yang sama dan yahudi itu juga melakukan perkara yang sama. Kemudian Rasulullah berkata "Tak apa, kamu tidak sengaja".

Pada hari yang ketiga, Rasulullah melalui jalan yang sama dan perkara yang sama juga berulang. Yahudi itu merasa hairan dengan kesabaran Rasulullah.

Sebenarnya Rasulullah sama sekali tidak pernah marah, bersangka negatif apa tah lagi merasa dendam dengan yahudi tersebut malah menganggapnya tidak sengaja.

Akhirnya dipendekkan cerita, Yahudi ini ingin menguji kebenaran Rasulullah dan memeluk Islam setelah melihat akhlak dan keperibadian Rasulullah.

Dalam Islam, marah itu perlu tetapi hendaklah mengikut lunas syarak. Bagi pembunuh, hanya Allah yang mengampunkan dosanya dan juga diri orang yang membunuhnya di akhirat kelak. Waris atau paderi tidak boleh memaafkan kesalahan dosa besar orang lain. Malah tidak boleh menjadi perantara antara manusia dengan Allah.

Terima kasih kerana meletakkan link blog saya di dalam blog ini.

rawatankesihatan.blogspot.com

Ahmad Belia berkata...

terima kasih atas komen yang diberikan. Akhlak junjungan besar kita nabi Muhammad sangat perlu dijadikan ikutan.