Khamis, 5 Jun 2008

LU ORANG SEMUA KENA BEB....

petang semalam anak gua mengamuk nak pergi main buai. walaupun penat tak seberapa tengok ping pong gua bawak anak dan isteri ke mydin mall kuala terengganu.

lepas tu abah gua call,

" isi minyak. minyak naik nie..."

" bila naik bah? " gua rasa hairan

" tadi paklah umum.." jawab abah gua.

gua rileks lagi...malam sikit abah call balik,

" stesyen kat lipis jem. siap polis jaga lagi..."

" sini jem jugak bah.." balas gua

lepas tue cakap kat bini gua...

" nak isi tak minyak nie? "

" buat apa berbaris panjang buang masa, lepas nie habis kena isi balik.." jawab bini gua

" setuju. balik rumah tengok berita." jawab gua biar pun gua bukan orang kaya

gua setuju dengan bini gua kalau isi malam nie kena menunggu lama, isi malam ini esok lusa kena isi pulak. buat apa nak panik sangat.

balik rumah gua google pasal pasaran minyak. lawat satu laman web.

NAJIB KATA TAK ADA KENAIKAN MINYAK TAHUN 2008

SHAHRIL KATA MINYAK NAIK OGOS INI.

PAK LAH UMUM KENAIKAN RM 0.78 UNTUK PETROL DAN RM 1.00 UNTUK DIESEL..

" WA KENA BEB...BANG, BANGG, BROOOMMM...."

p/s : rasanya minyak kita masih murah berbanding dengan negara lain. tapi kenaikan mendadak nie bisa menaikan 60% harga-harga barang dan bisa menaikan inflasi. tak reti nak cerita panjang2 pasal subjek ekonomi gua ambik dua kali masa kat U dulu...

4 ulasan:

Huzaiba Baharuddin berkata...

dah tua ni je, bila brg naik, melompat melatah ;) KL ni lagi seksa

ammosham berkata...

seksa memang seksa zeba. mungkin ujian Allah pada kita.

j or ji berkata...

MULTINATIONAL CORPORATION GENOCIDE OF THE STARVING NATION....

camna nak ubah gaya hidup bila selama ini langsung tak bergaya? pening aku!

Zaharuddin bin Abdullah berkata...

KENE LAH MENCARI SUMBER ALTERNATIF.........

I THINK KALAU DI KL MGKN NGV...

KALAU DI LEPEH ADA NGV OK GAK...

CADANGAN SUPAYA NGV DI SETIAP PARLIMEN !