Jumaat, 19 Mac 2010

bolasepak, politik dan fotografi - siri 1

aku baru selesai kursus kejurulatihan awalan C semalam. last sekali aku ambik kursus ini pada tahun 2006. setelah 4 tahun menunggu untuk buat Lesen C dengan FAM melalui Terengganu FA tapi sampai hari ini tak panggil-panggil maka secara auto aku ambik balik kursus awalan C ni. kalau hari tu aku berkursus dengan Mr Jibam dari Terengganu maka kali ini aku berkursus dengan Mr fuzaimi Ibrahim bekas jurulatih Pahang.

benda yang diajarnya merupakan benda-benda asas dalam bolasepak seperti cara menendang dan mengawal bola dengan betul. banyak betul coaching point yang aku dapat dari mamat fuzaimi ibrahim ni. yang penting sebagai seorang jurulatih ialah memahami coaching point dalam setiap bende yang di buat. kalau dah terer dan hafal hal2 coaching point maka secara auto kita dah boleh nak manage real madrid.

selepas kursus awalan c selama 4 hari, maka kita layak untuk pergi kursus Lesen kelas C selama 2 minggu. tapi lesen C cabaran dia memang boleh tahan. dia ada beberapa ujian praktikal latihan dan juga periksa undang-undang bolasepak. biasanya yang pergi kursus awalan C akan dapat sijil daripada FAM. tapi kelas C sape tak lulus dia tak kasi sijil. antara mamat yang ada kelas C ialah shebby singh astro tu.

selama ini aku ingat dia ada kelas A ke B ke. cakap sedap tapi kelas B dan kelas C tak pergi. ok siapa yang berjaya akan dapat Lesen C FAM/AFC. lesen tu AFC yang keluar bukan FAM. so sebab tu aku nak sangat ambik kursus lesen C sebab kita boleh dah laa nak jadi pembantu jurulatih untuk mana-mana daerah dalam Asia.

lepas C boleh ambik B, B ni lama sikit dalam 3 minggu kalau tak silap aku. macam C kursus dia ada 3 pratikal, paper undang-undang dan satu paper sport sains sama belajar komunikasi. bila dah lulus dapat laa Lesen AFC B dan kalau lepak malaysia boleh laa jadi jurulatih Piala presiden atau FAM Cup. kalau cerdik sikit boleh jadi pembantu jurulatih liverpool youth kelab.

lepas B pergi laa ke A. A ni aku dengar lama sikit. sebulan ke dua bulan dan melepak kat banyak tempat. Ujian dan periksa dia pun mencabar sikit. sape ada A boleh jadi jurulatih kat seluruh dunia. Fuzaimi Ibrahim kata Ken Worden pun buat A sama dengan dia.

persoalan aku sekarang apa yang menjadikan seorang itu jurulatih yang baik dan bagus? kalau ikut modul semua yang diajar sama jee dari C sampai A diseluruh dunia. apa beza fuzaimi ibrahim dengan rafa benitez? apa beza zainal abidin hassan sama wenger? apa beza norhisham mohamed dengan mourinho? mereka belajar bende yang sama disekolah sukan. mereka menyepak bola sfera yang sama.

aku pikir kalau aku latih liverpool bila dapat A nanti mungkin tak jadi masalah nak jadi juara epl. inilah berkat daripada bermain championship manager sejak tahun 1997.

5 ulasan:

Pipiyapong berkata...

Masalahnya skang, itu hari janji nak bawa Padeli pergi kursus sama? Skang apa cerita? Haa? Tikam belakang?

StingRay berkata...

bezanya diorang buleh maki hamun dalam bahasa liverpool kot.

bahasa chelsea pun boleh jugak.

pu3aan berkata...

hubby aku penah amik kursus awalan ni gak dulu..
skrg jurulatih bola sepak UTHM..huhuu..
bangga la jugak..katanye pasni nak amik lesen B lak..tp lum ade duit lg katenye..hurmm..

mrfactoid berkata...

Cayalah Mat...duduk dlm gomen ada masa gi amik kursus berstamina tinggi..ada sorang brader tu yg aku kenal (kerja gomen jugak) pasal otai kot, terus dipinjamkan ke FAM, tak payah dudok opis lagi jadi coach ref merata...marduk..

Hiddy Asri berkata...

cmno nk apply awalan C ni? Hubby I tanya..